ZAHID HAMIDI TERJERAT

Zahid Hamidi terjerat

Zahid Hamidi

malaysialetter-zahid hamidi

Apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan untuk menulis surat kepada Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan ( FBI ) Amerika Syarikat Mark F.Giuliano , mengesahkan bahawa ” Paul Phua Wei Seng bukan ahli dan juga tiada kaitan dengan  kumpulan kongsi gelap “Triad 14K” di Malaysia ” , berupa  menyokong Taiko judi haram dan menyangkal laporan awal yang diterima oleh FBI dari polis Malaysia – pada tahun 2008 seperti yang dilaporkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan bahawa Phua Wei Seng terlibat dalam kegiatan kongsi gelap di Malaysia – Zahid tidak pernah terfikir bahawa ia akan kembali seperti bumerang yang menghantuinya.

Lebih-lebih lagi kes ini sedang dibicarakan di Amerika Syarikat dan surat-menyurat seperti ini adalah perkara rahsia.

Terima kasih kepada South China Morning Post yang mendedahkan surat itu dan , manakala sekarang surat tersebut telah ditarik balik dari mahkamah di Amerika Syarikat oleh Putrajaya , ini adalah bukti bahawa surat itu memang ada.

Pada dasarnya surat ini terkandung dua aspek utama :

a) Zahid berasa kasihan terhadap Phua maka beliau bersedia untuk memberi sokongan peribadi kepadanya . Semestinya , Zahid telah diberi penerangan tentang siapa Phua sebenarnya. Oleh itu , jika Phua hanya orang biasa, Zahid bukan hanya akan mengabaikannya malah akan memberikan memarahi Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana mengheret dia ( Zahid ) ke dalam kemelut ini.

b ) Zahid mengesahkan bahawa sememangnya kerajaan Umno / BN telah meminta bantuan Phua dalam hal-hal keselamatan Negara.

Kita tahu apa yang Musa Hassan memaklumkan kepada kami bahawa PDRM dicemari dengan gangguan politik  dan dikaitkan dengan pertubuhan kongsi gelap . Kini, dengan Zahid sebagai menteri di Kementerian Dalam Negeri , surat itu mengesahkan apa yang Musa telah katakana.

Tetapi adakah benar kerajaan Umno / BN telah menggunakan perkhidmatan Phua ? Atau Zahid hanya menyatakan di dalam surat itu semata-mata untuk mewajarkan keperluan untuk menyokong Phua ?

Jika sesungguhnya perkhidmatan Phua telah digunakan, maka kerajaan Umno / BN tidak boleh dipercayai untuk menjaga keselamatan negara kita , dengan mengguna khidmat orang seperti Phua , kerana Phua boleh mempermainkan kerajaan atau boleh merasuah  pegawai-pegawai kerajaan  untuk tujuan tertentu.

Kemudian seluruh negara akan dijadikan tebusan . Ini adalah kerja gila!

Tetapi jika Zahid menyatakan perkhidmatan yang diberikan oleh Phua dalam surat itu semata-mata untuk mewajarkan sokongannya, maka ini adalah isu peribadi . Oleh itu Zahid sendiri sebagai seorang individu perlu menjelaskan apa kaitan istimewa beliau dengan Phua.

Dari aspek mana sekalipun, kerana Zahid telah menulis surat itu, beliau perlu membuat penjelasan terpeinci  dan jika isu ini tidak diselesaikan dan ditutup tidak lama lagi, pentadbiran Najib perlu menjauhkan diri daripada Zahid kerana Zahid boleh menjadi suatu liabiliti.

Pihak-pihak yang bercita-cita tinggi di dalam Umno juga sedang memerhatikan episode ini dan mengharapkan wujud suatu peluang yang isu ini boleh meletupkan dengan itu Zahid boleh digugurkan. Najib juga boleh menggunakan peluang ini untuk menyelesaikan masalah peribadi dengan pesawat 9M – NAA dan percutian golf beliau.

Tetapi bagaimana Zahid akan membersihkan namanya dalam perkara ini? Cari kambing hitam !

Bagi rakyat Malaysia , kita mesti pastikan bahawa Zahid tidak akan menduduki tempat yang lebih tinggi di dalam Umno dan setrerusnya menjadi Perdana Menteri di masa depan, kerana kita semua akan menjadi mangsa kepada Taiko-taiko judi dan kongsi gelap! (TERJEMAHAN)

Artikal asal di sini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s