KEPUTUSAN MAHKAMAH MENGENAI TRANSGENDER – Dr. Murizah Mohd Zain

KEPUTUSAN MAHKAMAH MENGENAI TRANSGENDER – Dr. Murizah Mohd Zain

Transgender

Keputusan mahkamah rayuan terhadap hak golongan transgender berpakaian silang dan menyerlahkan identity transgender mereka membatalkan enakmen mahkamah syariah Negeri Sembilan.

Keputusan baru-baru ini merupakan satu titik tolak yang memperakukan hak golongan Transgender ini dan memperkecilkan institusi kehakiman syariah.

Adakah keputusan ini berlaku adil kepada mereka?

Jika dilihat sepintas lalu ianya seolah-olah adil kerana itu apa yang dituntut.

Tetapi jika dilihat kepada perspektif yang lebih luas lagi ia mempunyai implikasi yang besar bukan saja kepada golongan Transgender sendiri tetapi juga kepada masyarakat amnya.

Ianya mengiktiraf apa yang mereka alami adalah satu penyakit yang tidak ada jalan keluar justeru mereka harus diizinkan untuk kekal dalam identity baru mereka.

Sedangkan apa yang mereka alami adalah kecelaruan yang memerlukan bantuan untuk keluar dari perangkap identiti yang mereka hadapi.

Ianya tidak mustahil kerana persoalan kejiwaan boleh diatasi dan dibantu dengan kemahuan yang tinggi.

Jika kita mengiktiraf maka kita sebenarnya mengiyakan kecelaruan identiti yang mereka hadapi dan memberi dokongan terhadap apa jua tindakan yang bakal timbul ekoran dari ini.

Tidak mustahil jika selepas ini pelbagai tuntutan seperti pertukaran jantina, perkahwinan sesama jantina dan keinginan untuk mempunyai anak melalui pelbagai teknik bantuan reproduksi akan juga melakari sejarah Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, I-Medik merasakan setiap hak harus didahului dengan hak kepada agama. Jelas agama tidak mengizinkan perkara ini kerana implikasi yang besar terhadap kestabilan hidup masyarakat.

Marilah kita menjadi masyarakat yang prihatin dengan menghulurkan tangan unuk membantu mereka keluar dari kecelaruan dan mengembalikan mereka kepada fitrah kejadian yang selari dengan kesihatan reproduksi.

Transgender dan Kesihatan Reproduksi

Lelaki dan wanita diciptakan Allah berbeza dari sudut genotype dan phenotype. Perbezaan ini mempunyai hikmah yang tersendiri untuk memastikan kehidupan di atas muka bumi terjadi secara seimbang serta memastikan kelangsungan spesies manusia ini melalui proses pembiakan yang memerlukan kehadiran lelaki dan wanita.

Memahami asas perbezaan; genotype dan phenotype.

Genotype atau genetik bermakna lelaki dan wanita berbeza dari sudut maklumat genetik yang dibawa. Seorang lelaki mempunyai kromosom 46XY dan seorang wanita mempunyai kromosom 46XX.

Samada seorang itu ditakdirkan mempunyai genotype lelaki atau wanita bergantung kepada proses percantuman benih lelaki dan wanita samada benih wanita atau ovum disenyawakan sperma yang membawa kromosom 23X atau sperma yang membawa kromosom 23Y.

Phenotype bermaksud perkembangan yang diserlahkan disebabkan perbezaan genotype tersebut iaitu perkembangan fizikal dan organ reproduksi serta tingkah laku.

Seorang yang mempunyai kromosom 46XY akan dilahirkan sebagai seorang lelaki yakni mempunyai organ reproduksi lelaki (testis dan penis)dan apabila mencapai kematangan reproduksi atau baligh organ ini merembeskan hormone lelaki iaitu tetosterone lalu terserlahlah ciri-ciri kelelakian seperti bentuh tubuh seperti lelaki, suara yang menjadi garau, perasaan dan sifat kelelakian.

Bagi wanita pula genotype 46XX akan menyebabkan pembentukan organ reproduksi dalaman wanita seperti (rahim dan ovari) dan organ reproduksi luaran wanita iaitu faraj dan apabila mencapai kematangan reproduksi atau puberti, organ reproduksi mulai merembeskan hormon wanita iaitu estrogen lalu terserlahlah ciri-ciri kewanitaan seperti perkembangan buah dada, kedatangan haid serta bentuk tubuh, suara dan lain-lain ciri kewanitaan.

Sesungguhnya Allah SWT menetapkan penciptaan manusia dalam Surah an Najmu:
[44]Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
[45]Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan,

Transgender

Transgender dilahirkan dengan mempunyai genetik dan phenotype yang normal tetapi dia merasakan seolah-olah terperangkap dalam diri yang berbeza jantina lalu melakukan pelbagai langkah untuk ‘membetulkan keadaan’ termasuk mengambil suntikan suntikan hormone; misalnya bagi transgender lelaki mengambil hormone estrogen untuk membesarkan buah dada dan melakukan pembedahan untuk mendapatkan organ genitalia seperti wanita. Mereka diistilahkan mengalami apa yang dikenali sebagai “Gender Identity Disorder”

I-Medik tidak menafikan setiap kita dilahirkan berbeza.

Walaupun genetik dan “phenotype” lelaki, ada sebahagian lelaki lebih ‘macho’ sementara sebahagian yang lain lebih berjiwa sensitif dan berwatak lembut. Ini banyak dipengaruhi persekitaran, pembesaran serta pendidikan anak-anak ibubapa.

Perbezaan dari sifat lahiriah ini walaupun wujud tidak seharusnya dipupuk sehingga melahirkan tahap seseorang itu ingin hidup sebagai jantina yang lain.

Ibu bapa seharusnya prihatin dengan kelainan seorang anak dan membimbingnya seandainya terlihat sebarang kelainan dari kecil.

Justeru itu, setiap anak lelaki harus diajar menjadi ‘jantan’ sejak dari kecil dan anak perempuan harus diajar dengan ciri-ciri perempuan sejak kecil lagi.

Tindakan ibubapa memakaikan pakaian perempuan pada anak lelaki atau sebaliknya adalah tidak wajar kerana dikhuatiri menyumbang terhadap permasalah identiti gender ini.

I-Medik juga tidak menolak sepenuhnya dengan istilah “Gender Identity Disorder” atau “Gender Dysphoria” yang diberikan melalui International Classification Disorder (ICD-10) ini kepada golongan transgender kerana dalam dunia psikologi atau kejiwaan banyak kecelaruan jiwa dan perasaan yang boleh timbul.

Permasalahan jiwa seperti “Obsessive Compulsive Disorder”, “Anxiety Disorder”, ” Personality Disorder” dan lain lain kecelaruan perasaan ini adalah bukan satu yang ditakdirkan terjadi tanpa ada proses untuk menyembuhkannya.

Kebanyakan “disorder’ ini boleh dibantu dan boleh diperbetulkan dengan pelbagai teknik rawatan psikoterapi.

Justeru saya merasakan isu Transgender ini bukan perangkap tanpa jalan keluar.

Ini terbukti dengan kehadiran beberapa bekas Transgender yang kembali ke pangkal jalan dan seterusnya menjadi agen perubahan dalam masyarakat untuk memperbetulkan sudut pandang Transgender dan kesihatan reproduksi. – 12 November, 2014.

– See more at:  here

Related articles;
1. The LGBT story
2.  The wasteful death of Noramfaizul Mohd Nor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s