INSIDEN LAHAD DATU; Siapakah yang akan mendapat kelebihan?

Siapakah yang akan mendapat kelebihan daripada insiden Lahad Datu?

Penduduk Sabah yang kini berjumlah 3.5 juta terdiri daripada kira-kira 50 kumpulan yang berlainan kaum dan etnik. Majoritinya Kadazan-Dusun terdiri dari 18%, diikuti oleh Bajau (14%), Brunei Melayu (5%) dan Murut (3%) yang berhijrah dari Sarawak dan selebihnya terdiri dari kaum/etnik minoriti.

Manakala Suluk / Tausugs yang mendapat perhatian sekarang ini adalah sebahagian daripada kaum minoriti yang berasal dari Filipina.

Walaupun Kadazan-Dusun boleh mendakwa diri mereka sebagai pribumi sebenar Sabah dan penduduk majoriti, mereka bersifat akomodatif, bertolak ansur dan cintakan keamanan. Mereka boleh sabar melihat manusia yang durjana dan kaum-kaum lain merampas kekayaan negeri dengan bersekongkol dengan jutawan balak dan sekutu mereka; ahli-ahli politik. Mereka boleh membiarkan begitu ramai pendatang asing masuk ke Sabah tanpa dihirau pihak berkuasa serta menerima orang-orang Pakistan untuk mengaut untung dan pendatang haram mengambil semua pekerjaan.

Secara umumnya pula, hamper seluruh rakyat Sabah boleh menjalankan kehidupan harian mereka dengan aman, walaupun terdapat banyak perbezaan dalam kepercayaan, agama, budaya, dialek dan bahasa. Penduduk Sabah boleh hidup bersama secara aman, manakala masalah yang kerap berlaku hanya terjadi di dalam kumpulan individu masyarakat itu sendiri .

Walau bagaimanapun, dalam kes kaum Suluk, mereka sedikit berbeza; mereka bersifat kasar dan provokatif, bertentangan dengan Kadazan-Dusun yang lebih lembut yang menghasilkan pemimpin seperti Pairin dan Jeffery Kitingan.

Secara keseluruhannya jika terdapat satu aspek interaksi sosio-kaum yang negatif, adalah perasaan benci atau rasa curiga oleh kaum-kaum lain terhadap kaum Suluk di kalangan kebanyakan rakyat Sabah.

Suluk adalah kaum yang dikenali sebagai pendendam dan mereka boleh bertelagh antara keluarga selama beberapa generasi hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh. Ia tidak menghairankan sekiranya kaum Suluk akanberbunuhan antara satu sama lain akibat dari  pertikaian kewangan sebanyak RM60.

Dengan 50 kumpulan orang yang berbeza, konsensus umum rakyat Sabah terhadap sebarang isu tidak boleh dipastikan dengan mudah. Oleh itu bagi sebarang  isu yang timbul di negeri ini, tidak ada kumpulan tertentu daripada kalangan kaum dan  penduduk yang sepenuhnya akan menyokong, menolak atau berdiam diri.

Walaupun Kadazan-Dusun menyokong pembangunan ekonomi dan kemajuan, kaum yang lain tidak mempunyai sebarang pendirian yang khusus. Kaum China pula lebih berminat untuk membuat duit dari segala jenis aktiviti, tanpa memperdulikan masa depan Sabah. Kaum China banyak mengeksploitasikan kaum pendatang di Sabah yang juga penyebab ramainya kaum pendatang di negeri ini; kaum China perlukan tenaga pekerja yang murah untuk mendapat untung yang besar!

Memandangkan kaum-kaum lain tidak ramai yang hiraukan isu semasa, maka wang amat berkesan sekali untuk mempengaruhi mereka dan wang juga boleh membentuk pendapat umum di Sabah.

Kebanyakan rakyat Sabah dengan senang hati akan mengundi BN sekiranya mereka diberi RM30 hingga RM50. Mereka pula tidak akan berfikir panjang untuk mengundi pihak yang memberi wang, berbeza dengan rakyat Kelantan yang akan mengambil wang, tetapi tidak semestinya mengundi pihak yang memberikan wang tersebut.

Kesempatan inilah yang membuat UMNO/BN menang setiap kali pilihanraya diadakan di Sabah.

Bagaimana pula dengan serangan di Lahad Datu?

Akibat dari insiden bersenjata Lahad Datu sekarang ini, perasaan benci dan curiga terhadap kaum Suluk yang sedia di kalangan seluruh rakyat Sabah telah bertambah sekurang-kurangnya dua kali ganda. Mereka dilihat sebagai punca berbagai masalah, maka pencerobohan ini adalah sebagai bukti nyata bahawa kaum Suluk ini sememangnya membawa masalah.

Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa akan ada penghijrahan kaum Suluk yang masuk secara haram kembali ke Filipina tidak lama lagi, lebih-lebih lagi mereka yang mendapat kad pengenalan dan kerakyatan secara tidak sah.

Walau bagaimanapun, kejadian ini telah mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan kaum Suluk Sabah (bukan pendatang haram) yang telah lama menetap di sana. Mereka berdepan dengan dilema sama seperti masyarakat Jepun di Hawaii semasa serangan tentera udara Jepun ke atas Pearl Harbour, mereka terperangkap di tengah-tengah.

Maka tidak hairanlah sekiranya rakyat Sabah dari keturunan  Suluk (yang bukan pendatang haram) berharap sangat Najib dapat membunuh kesemua 200 penceroboh tersebut pada hari pertama tanpa kehilangan nyawa di kalangan pasukan keselamatan kita.

Malangnya Najib tidak memikirkan orang ramai, dia lebih berminat untuk menjadikan serangan ini sebagai satu kelebihan kepada beliau walaupun melibatkan perbelanjaan yang besar dan menggadai nyawa  anggota keselamatan dan orang awam yang tidak bersalah! Najib dan sepupunya Hishamuddin memang tidak boleh diharapkan.

Rakyat biasa Sabah di tempat lain sebaliknya mempunyai perasaan bercampur-campur dan ramai juga yang tidak peduli langsung pada insiden ini. Mereka yang miskin dari mana-mana etnik di Sabah mempunyai 1001 masalah harian yang lain. Mereka tidak bimbang dan tidak peduli siapa yang mati dan siapa yang memerintah negeri ini kerana kehidupan mereka tidak akan berubah; tetap susah dan miskin. Mereka masih akan kekal miskin dan akan terus diabaikan.

Hanya satu kumpulan kecil yang berpendidikan dan mempunyai kesedaran politik yang berasa bimbang terhadap kejadian ini. Tetapi mereka masih lebih bimbang pada masalah ekonomi dan  Projek IC. Sama seperti rakyat Sabah dari kaum Suluk yang sah, mereka berharap bahawa Najib akan mengambil tindakan pantas. Maka selepas serangan udara oleh jet TUDM ke atas penceroboh tersebut mereka tidak lagi merungut dan menerima sehaja apa yang Najib telah dilakukan, sebagai suatu tidakan yang baik.

Secara umum, apabila rakyat Sabah melihat anggota keselamatan kita di kawasan yang terjejas kini, mereka berasa lega. Mereka juga tidak bimbang terhadap saki-baki penceroboh kerana apakah masalah yang penceroboh tersebut boleh lakukan untuk lebih menyusahkan lagi kehidupan mereka apabila mereka telahpun menghadapi pelbagai kesusahan sejak hari mereka dilahirkan! Lagipun, pencerobohan bersenjata warga asing telah kerap terjadi si Sabah dan satu lagi insiden tidak memberi sebarang impak yang besar.

Malahan bagi rakyat Sabah yang berada jauh dari tempat kejadian ini, ianya tidak menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Percaturan Najib supaya insiden ini akan memberikan kelebihan kepadanya, tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan, malahan ianya tidak akan mengubah status quo di Sabah. TETAPI  kesannya akan dirasai di Semenanjung Malaysia di mana pengundi pasti mengawasi secara terpeinci segala tindak-tanduk politik yang dibuat oleh Najib terhadap pembangkang.

Spekulasi terbaru bahawa Anwar boleh dipenjara berdasarkan beberapa bukti yang direka, saksi yang dibayar dan pengakuan yang dipaksa berkaitan dengan insiden Lahad Datu ini, di mana UMNO / PDRM memang telah terkenal, hanya akan membuat mereka di semanjung untuk membuat keputusan atau menegaskan pendirian mereka untuk mengundi pembangkang.

Anwar pasti akan dapat lebih banyak sokongan antarabangsa, pembangkang boleh memenangi PRU-13, dan ditambah dengan hubungan yang tidak berapa normal dengan Indonesia dan hubungan tegang dengan Filipina, UMNO / BN akan menjadi pariah di kalangan  masyarakat antarabangsa.

One response to “INSIDEN LAHAD DATU; Siapakah yang akan mendapat kelebihan?

  1. betul kah jgk nir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s