FIKIR-FIKIRKANLAH; BR1M melambangkan apa sebenarnya?

FIKIR-FIKIRKANLAH; BR1M melambangkan apa sebenarnya?

BR1M

Semasa mempertahankan kedudukan ekonomi Malaysia apabila dikritik, Mahathir membandingkan kuasa membeli rakyat Amerika dengan rakyat Malaysia di mana beliau menegaskan bahawa walaupun Amerika merupakan negara yang berpendapatan tinggi, mereka tidak mampu untuk membeli kuantiti barangan yang sama dengan rakyat Malaysia kerana harga pelbagai barangan di Amerika terlalu mahal, sekali gus membuktikan tahap ekonomi rakyat Malaysia adalah lebih baik.

Maka Mahathir selalu mengingatkan rakyat Malaysia harus sentiasa bersyukur dengan kerajaan UMNO/BN. Beliau tidak sedikit pun menjelaskan kesilapan dan kegagalan UMNO/BN di dalam  menangani masalah ekonomi negara.

Pandangan Muhyiddin Yasin pula berlainan kerana di tahun lepas (2012) beliau mengisytiharkan bahawa UMNO / BN kini sedang membuat pelbagai transformasi untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.  Seorang pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan yang bertentangan. Nah, sekiranya baik bagi Malaysia di dalam keadaan sekarang kata Mahathir, kenapa pula mesti menjadi negara ‘berpendapatan tinggi’?

BR1M 5jpg

Sekiranya Muhyiddin berkata jujur, ini adalah satu hasrat yang baik dan bagus tetapi persoalannya sekarang, seperti apa yang Mahathir telah jelaskan; Adakah rakyat Malaysia nanti mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi daripada sekarang?

“Kuasa membeli” bermakna mempunyai “wang lebihan” selepas membayar semua hutang, pinjaman, keperluan harian , cukai dan lain-lain tanggungan. Lebih banyak “wang lebihan” yang kita punyai dalam poket, semakin tinggi “kuasa membeli” kita.

BRIM 4

Mempunyai lebih banyak wang juga bermakna ada wang untuk di simpan atau menderma bagi membantu orang lain. Ini juga bermakna bahawa orang ramai akan mempunyai lebih banyak simpanan di dalam bank dan pihak bank dapat meminjamkan lebih banyak untuk menyediakan modal pembiayaan kepada sektor perniagaan dan keusahawanan, sekali gus menjanakan aktiviti-aktiviti ekonomi yang akan diterjemahkan kepada pertumbuhan yang lebih tinggi.

UMNO mendakwa telah mencapai banyak kejayaan… Adakah itu benar?

Kedua-dua cerita di atas hanya rekaan pemimpin UMNO semata-mata untuk mengelirukan rakyat; diucapkan untuk menjustifikasikan kepincangan yang telah dilakukan oleh UMNO selama 56 tahun memerintah.

Hakikatnya kini, semua petunjuk dan petanda-petanda sekarang ini menunjukkan bahawa ekonomi kita sebenarnya menjunam kebawah.

Kita tidak mempunyai “wang lebihan” untuk disimpan dan berbelanja. Ramai dari kita hanya mampu menanggung hidup dari hari ke hari, dengan sedikit dana kontingensi bagi kes-kes kecemasan. Kita mempunyai pelbagai hutang, malahan ramai yang telah muflis dan ada yang terlibatkan dengan Ah Long  dan berkesudahan dengan kesedihan dan adakalanya mengerikan.

BR1M 6

Ramai di antara kita mengharapkan satu keajaiban akan berlaku untuk membantu menyelesaikan semua hutang, tetapi ini hanyalah satu angan-angan sehaja;  ia tidak akan berlaku. Realiti yang nyata adalah kita semua berada di dalam satu periuk besar sup yang sedang mendidih panas dengan masalah kewangan.

Apa yang lebih mengecewakan adalah walaupun Mahathir dan Muhyiddin telah memberikan penjelasan seperti di atas, UMNO tidak langsung melakukan apa-apa mengenainya. Memang benar, ini memakan masa dan memerlukan perancangan yang terpeinci untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi, ianya telah diambilkira di dalam Wawasan 2020 yang kini menuju kegagalan. Kita semua pula, berada di dalam keadaan yang terdesak di masa sekarang ini!! Kita perlukan sesuatu jalan penyelesaian sekarang semasa kita masih hidup, dan bukan pada tahun 2020 atau di masa terhadapan ketika Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi!!

Kerajaan wajib selesaikan masalah yang kita hadapi ini sekarang!!

Perkara kedua yang mengecewakan ialah kenyataan Mahathir baru-baru ini yang mengatakan” hutang negara” kita masih dalam keadaan sihat. (Walaupun telah meningkat ke RM460 billion). Jika begitu, mengapa pula Najib memberikan BR1M secara besar-besaran untuk kali kedua dan Muhyiddin bercadang untuk meningkatkannya lagi dari RM500 ke RM1000 jika BN menang PRU-13 nanti?

Najib juga jelas menyebut bahawa BR1M bukan untuk membeli undi tetapi untuk menunjukkan bahawa kerajaan UMNO / BN bertanggung-jawab, dan Najib mengaku bahawa rakyat sedang menghadapi keperitan hidup! BR1M adalah untuk membantu meringankan beban rakyat jelas Najib.

Nah, apakah yang kita boleh tafsirkan dari pemberian BR1M ini?

TGNA  pula memberikan perumpamaan memberi ayam beras atau padi, memberi lembu, jerami di mana pendekatan sebegini bukan cara yang sesuai untuk menerapkan Islam. Ini bukan cara Islam untuk mendidik rakyat untuk memahami Islam.

BR1M adalah lambang kegagalan UMNO!!

Tidakkah anda semua sedar bahawa kita semua tidak mempunyai pendapatan yang cukup, sehingga UMNO terpaksa member BR1M!! Ini terjadi setelah UMNO memerintah selama 56 tahun. Inilah kesudahannya, akibat kegagalan UMNO yang rasuah!!

Kerajaan UMNO / BN terpaksa membantu tiga juta penduduk Malaysia untuk meringankan masalah mereka. Tengok, bukan hanya satu keluarga, juga tidak beberapa ratus,juga  tidak beberapa ribu, bukan sahaja mereka yang berada dalam senarai jabatan kebajikan, tetapi 3 juta daripada kita!

Bukan itu sahaja,  mereka tidak mampu untuk menyimpan atau membantu atau menderma kepada orang lain, mereka sekarang ini pula yang memerlukan bantuan seperti pengemis mengharapkan ihsan kerajaan!!

BR1M 3

Yang 3 juta dari kita ini boleh lupakan tentang berpendapatan tinggi. Anda semua tertipu lagi!! UMNO telah menipu anda lagi. Malahan tidakkah anda semua lihat di kaca tv? Lihatlah mereka beratur, dengan penuh harapan di wajah-wajah mereka dan terpancar rasa kelegaan apabila memegang RM500 dalam tangan mereka?  Tidakkah anda pernah melihat suasana begini? Ini adalah senario kebiasaan yang kita lihat di kaca tv dan di internet semasa orang ramai beratur untuk mendapatkan bantuan makanan di negara yang ditimpa bencana. Pemandangan serupa boleh dilihat di negara-negara yang dilanda bencana! Setelah 56 tahun,UMNO membawa bencana kepada rakyat!!

BR1M 2

BR1M adalah natijah sebenar akibat dari  kegagalan kerajaan UMNO / BN yang memuncak menjadi satu  bencana. Sekiranya benar BR1M akan diteruskan maka ini merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan UMNO/BN tidak mampu menjadikan Malaysia negara Maju dan Berpendapatan Tinggi; rakyat perlu dibantu berterusan untuk mengelakan rusuhan di satu masa nanti, seperti apa yang terjadi di Algeria.

Tetapi perkara ketiga yang mengecewakan kita adalah perbuatan Najib yang  tidak bertanggungjawab menggunakan BR1M sebagai pengaruh untuk membeli undi!

BR1M 1

Tetapi perkara keempat yang paling mengecewakan kita adalah kerana Najib  telah menggunakan wang kita untuk melaksanakan BR1M dan muslihat pilihanraya.

Bukalah minda anda semua, sedarlah bagaimana jahatnya  minda pemimpin UMNO dan ini perlu dihentikan semasa PRU-13.

One response to “FIKIR-FIKIRKANLAH; BR1M melambangkan apa sebenarnya?

  1. Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia

    Bankruptcy Laws untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrupt pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s