ADUN Pulau Manis, Pekan, Pahang Hamun Mahasiswa; TAHNIAH!!

Adun Pulau Manis, Pekan, Pahang Hamun Mahasiswa; TAHNIAH!!!

Baru-baru ini kita digemparkan dengan Bawani yang menyuarakan pandangan beliau, tetapi dimarahi oleh Sharifah Zohra. Mahasiswa yang berada di dalam dewan tersebut pula langsung tidak bangun menyokong Bawani walaupun isu yang ditimbulkan mempunyai kaitan dengan mahasiswa, iaitu PTPTN.

Sebelum ini, kita ada Adam Adli dari UPSI dan seterusnya Safwan Anang dari universiti yang sama, memperjuangkan masalah mahasiswa dan negara. Di Univeristi Malaya pula, beberapa mahasiswa menunjukkan kemarahan terhadap pemerintah dengan menconteng kata-kata sindiran terhadap Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang bergelar “FLOM”;  “First Lady of Malaysia” yang hanya layak diberikan kepada Ke Bawah Duli Permaisuri Agong, Bagi Rosmah “FLOM” lebih tepat dimaksudkan sebagai “Fat Lady of Malaysia”.

Kejadian yang berlaku di satu tempat di Pulau Manis seperti video ini;  menyerlahkan kepada umum mengenai, seorang yang dikatakan Adun UMNO, di mana beliau telah berhujah dengan mahasiswa dan kita dapat memahami pemikiran, pandangan, tahap intelek dan kewibawaan pemimpin UMNO. Kita harus berterima kasih kepada beliau kerana telah memberikan banyak sebab kenapa UMNO tidak harus diberikan kuasa memerintah. Saya akan huraikan perkara ini nanti.

Kumpulan mahasiswa yang berasal dari beberapa negeri dan universiti mesti dipuji kerana mereka sanggup keluar berjemaah pergi ke Luar Bandar untuk memberikan penjelasan kepada rakyat dengan perbelanjaan sendiri. Kumupalan ini dikatakan dari Gerakan Mahasiswa PRU13. Kumpulan ini berbeza dengan kumpulan yang berada di dalam dewan bersama Bawani di UUM; kumpulan ini (yang di dalam dewan) terdiri dari mereka yang BACUL!

Mahasiswa-mahasiswa di Malaysia telah lebih 20 tahun dikekang oleh AUKU yang telah menjejaskan taraf mahasiswa ke tahap pelajar sekolah menengah. Untuk mencapai kemajuan, mahasiswa mesti diberi autonomi ketika berada di Menara Gading. Maka ada masanya mahasiswa boleh menegur professor yang salah.

Di masa rakyat mahukan perubahan politik dan menukar BN kepada PR, mahasiswa juga mesti berubah sama, kerana mereka inilah yang bakal menjadi pemimpin dan meneruskan usaha membangunkan negara, dan bukan menjadi golongan yang dangkal pemikiran seperi Adun Pulau Manis dan Shariafah Zohra di dalam video-video tersebut.

Hujah-hujah dangkal Adun Pulau Manis

Pertama, sebagai pemimpin dan bertaraf “bapa” kepada golongan mahasiswa sepatutnya beliau bersemuka dengan kumpulan mahasiswa tersebut secara tertib. Olehkerana beliau mengaku boleh mengarahkan penduduk untuk datang memukul mahasiswa tersebut, kenapa tidak menjemput mahasiswa ke rumahnya sebagai tetamu, atau ke dewan orang-ramai. Berhujahlah seperti seorang pemimpin, bukan berlagak macam samseng dan mengugut dan menggertak seperti seorang ketua samseng.

Malaysia adalah sebuah negara yang ada undang-undang dan memberi kebebasan bersuara dan memilih pemimpin. Gelagat Adun ini seperti undang-undang ditangannya dan rakyat dipaksa memilih UMNO. Beliau menuduh mahasiswa biadap, tetapi cara beliau mengherdik mahasiswa adalah lebih biadap dan tidak mencerminkan pemikiran intelek dan seorang yang telah banyak pengalaman.Ramai pemimpin UMNO yang bersifat begini, malahan Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang juga berperangai demikian. Lihat di sini.

Memandangkan penyokong UMNO selalu bertindak kasar, biadap dan ala samseng terhadap kumpulan mahasiswa di berbagai perhimpunan, kumpulan mahasiswa ini mesti dipuji kerana bergerak secara aman dan berhadapan dengan Adun biadap dengan penuh adap dan berhemah. Tahniah sekali lagi.

Adun Pulau Manis ini tidak faham isu semasa mengenai kalimah “Allah”, “kerajaan zalim”, Rosmah pakai Cin-Cin RM24 juta”, “kempen pilihanraya”, “PTPTN”  dan beliau silap di dalam semua hujah beliau.

Kalimah “Allah adalah isu berkaitan penganut Kristian dan bukan isu kaum Cina. ” Kerajaan zalim”tidak semestinya tidak membunuh dan menyiksa rakyat, rasuah yang diamalkan UMNO/BN dan peraturan-peraturan yang menyusahkan, gagal menangani kenaikan harga barang, mencuri duit rakyat dan membebankan rakyat dengan PTPTN juga dikira zalim. PTPTN, AES, cukai GST, dan lain-lain dikira zalim juga. Zalim disegi istilah bermaksud “tidak meletakkan sesuatu di tempatnya” bermakna sesuatu yang tidak kena, dikira zalim. PTPTN memang membebankan, baca  di sini

Rosmah pakai cin-cin telah tersebar luas di semua media, malahan di dalam Utusan Malaysia sekalipun, dan Rosmah tidak menafikannya malahan mengatakan beliau menjelaskan ini semua hasil dari menyimpan wang dari zaman sekolah. Kalau tuduhan itu tidak betul, kenapa Rosmah tidak mahu menyaman pihak yang “memfitnah” beliau? Cuma baru-baru ini sehaja Rosmah mengatakan beliau tidak ada cin-cin RM24 juta tersebut, tetapi cuma penafian sehaja, tanpa bukti atau meyaman pihak yang menuduh beliau.

Adun Pulau Manis mengatakan mahasiswa menyiarkan risalah dan berkempen pilihanraya. Tetapi UMNO mengawal semua media dan menggunakan semua media untuk membuat propaganda dan pembohongan dan putar-belit setiap hari. Mahasiswa tersebut bukan berkempen piliharaya, mereka hanya meyiarkan maklumat. UMNO juga bebas meyebarkan risalah dan memburuk-burukkan pembangkang dengan kartun dan berbagai karya dan media, kenapa ini boleh, tetapi mahasiswa tak boleh? Malahan kumpulan mahasiswa ini bertindak secara aman dan cuma meyiarkan fakta sehaja.

Adun Pulau Manis ini silap lagi kerana mengatakan segala pemberian dan bantuan adalah duit kerajaan. Ini tidak betul kerana  ianya adalah duit rakyat, dan bukan duit kerajaan BN!! UMNO/BN pula menang PRU dengan cara menipu, maka kerajaan UMNO/BN sekarang ini adalah kerajaan yang tidak sah!!

Beliau juga mengatakan banyak telah ditaburkan di Pekan oleh Datuk Seri, tetapi beliau tidak mengatakan berapa banyak Najib telah kumpulkan wang dari skandal RM7.3 billion Scorpene-Altantuya, yang menyebabkan kematian dan komisyen RM 500 juta kepada syarikat perunding yang tidak berpengalaman. Semua ini tersebar luas di internet, malahan Deepak Jaikishan mempertaruhkan nyawanya bagi mendedahkan skandal ini, tetapi pihak berkuasa masih gagal menyiasat perkara ini ke akar umbi.

Najib sanggup menghabiskan RM2 juta untuk menganjurkan konsert Psy. Adakah ini untuk kepentingan rakyat atau UMNO?Dan sekarang telah jelas rakyat menolak BN seperti video di Pulau Pinang ini.

Adun Pulau Manis ini mengatakan bahawa Mahasiswa tersebut telah dipergunakan oleh pihak tertentu, tetapi orang Melayu bukan sehaja dipergunakan oleh UMNO malahan diperkudakan selama 56 tahun supaya pemimpin UMNO dapat kekal berkuasa dan mengumpul harta dan orang Melayu masih mengemis, meminta-minta di tanah air sendiri.

Syabas kepada kumpulan mahasiswa ini kerana daya usaha mereka mencurah bakti untuk kebaikan negara. Walaupun kumpulan kecil, diharapkan akan dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswa lain. Ingatlah, masa depan anda dan negara, berada di tangan anda sendiri.

Pemimpin UMNO memang tidak boleh diharap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s