SETELAH UMNO MENDAKWA, berjaya membawa berbagai kemajuan …

Setelah UMNO mendakwa berjaya membawa berbagai kemajuan …

UMNO rasuah

Sepanjang 56 tahun UMNO menguruskan negara, ia dengan mudah boleh senaraikan ribuan pencapaian dalam setiap bidang:-  sosial, ekonomi, pendidikan, politik, undang-undang & penguatkuasaan, pembangunan, pengangkutan, seni, industri dan lain-lain sektor.

Senarainya  panjang tetapi boleh disediakan oleh UMNO bagi membuktikan kepada rakyat terhadap pencapaiannya. UMNO boleh meyakinkan rakyat tanpa bersusah-payah dan dengan gambaran yang dipaparkan melalui media pro-UMNO, sesungguhnya UMNO harus mampu untuk menang dalam setiap pilihan raya tanpa ragu, tanpa menabur wang ataupun menipu.

UMNO busuk

Tetapi mengapa setelah mencapai segala kemajuan UMNO masih perlu menipu dalam setiap pilihan raya umum? Mengapa UMNO perlu memberi wang dan lain-lain bentuk rasuah untuk mendapat undi? Jika pemimpin UMNO begitu baik, mengapa mereka perlu melakukan apa sehaja untuk memenangi pilihan raya?

Walaupun pembangunan telah banyak dilaksanakan oleh UMNO seperti yang didakwanya, UMNO kini terpaksa mengemis agar  rakyat terus memberikan mereka mandat. Setiap pemimpin UMNO sekarang ini berkeliaran di mana sehaja seperti pengemis, mengemis simpati daripada rakyat.

Najib pula telah melakukan segala macam usaha yang sesetengahnya tidak masuk akal seperti membuka akaun Facebook dan menggunakan bots untuk “Like”, menganjurkan perhimpunan besar-besaran, menghantar kad ucapan dan menabur janji di  mana-mana dia pergi dan yang terbaru, membawa Psy dengan Gangnam Style untuk menghibur orang-orang di Pulau Pinang yang akhirnya memakan diri sendiri kerana para penonton mengatakan “Tidak” kepada BN. 

 Apakah semua ini membuktikan? 

Semua ini menunjukkan bahawa apa yang UMNO telah lakukan selama 56 tahun yang lalu tidak berharga sama-sekali. Rakyat tidak menghargai apa yang telah dilakukan UMNO. Tiada apa-apa perkara luar-biasa yang UMNO telah dilakukan yang membuat orang merasa terhutang budi kepada mereka. Tiada apa yang cemerlang dalam prestasi UMNO yang orang boleh berasa terhutang budi kepada UMNO.

UMNO gangster

Apa yang UMNO gagal memahami ialah bahawa apa yang mereka telah lakukan selama ini, tidak cukup bagi rakyat. UMNO mesti lakukan lebih dari apa yang dicapai setakat ini. UMNO gagal untuk memenuhi KPI yang ditetapkan oleh rakyat. UMNO gagal untuk menerima hakikat bahawa dalam 50-an dan 60-an, Singapura, Hong Kong, Korea adalah lebih miskin daripada Malaysia tetapi selepas 56 tahun mereka berada dalam liga mereka tersendiri dan Malaysia masih bergelut dengan apa yang perlu dilakukan untuk maju!

Ia adalah kesalahan UMNO sendiri untuk bermegah-megah dengan segala apa yang mereka capai walaupun pencapaian tersebut tidak seberapa, malahan di bawah par. Sifat bermegah-megah ini telah menjadi tabir mata kepada UMNO dan natijahnya adalah kesan negatif yang sedang dirasai dan dilihat sekarang. UMNO enggan mengakui bahawa mereka telah berbuat salah dan mesti  berubah. UMNO tidak menunjukkan sebarang penyesalan di sebalik semua pendedahan perbuatan salah mereka tetapi masih mahu menafikan atau menjustifikasikan tindakan mereka yang salah.

Ini kerana pemimpin UMNO telah hanya sibuk mencuri apa sahaja yang mereka boleh, secara sah di sisi undang-undang, di samping usaha membentuk negara. Kita tahu contoh terkini, skandal NFC bernilai RM250 juta yang walaupun ada bukti yang sangat jelas dan tidak boleh disangkalkan melibatkan wang awam oleh pengurusan NFC yang diketuai oleh Mohammad Salleh, suami Shahrizat, UMNO telah cuba menutup kes tersebut walaupun ianya salah, kerana menggunakan wang untuk membeli kondo dan kereta mewah. Malahan Datuk Shamsubahrin pula yang didakwa!

Pendek-kata rakyat tahu bahawa UMNO adalah benar-benar rasuah!

 Rakyat telah mual dengan UMNO

UMNO juga mesti terima hakikat bahawa mereka tidak boleh dapatkan kedua-duanya sekali iaitu; terus dengan amalan rasuah dan masih mahu rakyat terus mengundi mereka. Tidak boleh dinafikan memang ada senarai pencapaian UMNO yang boleh diterima, tetapi untuk berlaku adil, mesti ada satu senarai salah-laku dan penyelewengan UMNO yang lebih panjang .

UMNO nisan

Pada hari-hari terakhir d UMNO berkuasa, dan tanpa kredibiliti, UMNO terpaksa mengemis secara berterusan kepada rakyat. UMNO berkelakuan seperti kanak-kanak yang degil dengan berbagai kerenah, sehingga membangkitkan rasa bosan rakyat.dengan telatahnya.

Apa lagi yang UMNO mahukan? Kita mesti  terajang  UMNO supaya mereka terkeluar dari tampuk kuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s