UMNO YANG MENJIJIKKAN – satu ringkasan sejarah

UMNO yang menjijikkan – satu ringkasan sejarah

th

UMNO yang lahir dengan restu dari pihak British sebenarnya adalah satu parti yang diwujudkan sebagai satu platform untuk melaksanakan dasar-dasar British. Apa yang terjadi di tahun 1957 adalah serupa dengan apa yang terjadi di Iraq, di mana Amerika mewujudkan parti Al-Dawa (yang telah lari jauh dari landasan parti Al Dawa yang asli) yang diterajui President Iraq sekarang ini Nouri Al Maliki sebagai suatu kelangsungan pemerintahan Amerika di Iraq.

Pihak British telah dengan mudah memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana UMNO merupakan wakil British, di mana kebanyakan  pemimpin UMNO mendapat pendidikan dan tunjuk-ajar dari mereka untuk memerintah Malaya di masa itu.

Lebih dari 90 peratus ekonomi Malaya juga berada di tangan British dan sistem British telah mantap di Malaya ketika itu.

Raja-raja Melayu hanya menjadi boneka dan pemegang ‘rubber stamp’ untuk meluluskan semua kemahuan British/UMNO. Ugama Islam juga dijabatankan (compartmentalized), dan dipisahkan dari amalan harian orang Melayu, yang hanya digalakkan berkhatan, berkenduri-kendara dan berpoligami.

Setelah menguatkan cengkaman keatas rakyat, UMNO menjadi rakus dengan kuasa dan wang, untuk menambah kuasa dan harta dan bukan untuk kepentingan rakyat. Orang Melayu dikaburi dengan slogan dan propaganda UMNO yang dijalankan oleh media, wartawan, sasterawan, ahli sejarah, badan-badan kerajaan, jabatan kerajaan, kementerian-kementerian dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Akhirnya raja Melayu hilang kuasa dan taraf mereka menjadi seperti rakyat biasa yang UMNO boleh kenakan tindakan undang-undang. Orang Melayu masih miskin, hidup susah dan meminta-minta seperti peminta sedekah di tanah air sendiri! Kaum-kaum di Malaysia dilaga-lagakan.

UMNO pula rakus merebut projek dan mencuri duit rakyat. UMNO berhutang sana-sini sehinggakan hutang Negara melebihi RM460 billion di tahun 2012 dan rakyat diperhambakan untuk membayar hutang tersebut sehingga beberapa generasi akan datang.

Apabila segala kekayaan negara seperti bijih timah, besi, kayu balak, getah, petrol satu persatu dihabiskan oleh UMNO, akhirnya rakyat menderita dan berebutan antara satu kaum dan kaum yang lain untuk hidup seharian.

Segala perbuatan UMNO ini sangat menjijikkan dan yang lebih menjijikkan adalah kerana UMNNO tidak mahu mengaku segala perbuatan keji mereka selama 56 tahun berkuasa di Malaysia.

Walaupun penyelewengan UMNO telah banyak didedahkan dan terkini Deepak Jaikishan berani mempertaruhkan nyawanya untuk mendedahkan skandal Najib, Rosmah dan beberapa pemimpin UMNO yang lain, malangnya Ketua Turus UMNO, Mahathir Mohamad menyuruh Najib abaikan sehaja segala apa yang didedahkan oleh Deepak, tanpa sebarang siasat susulan dari pihak berwajib.

Mahathir pula berbuat demikian kerana beliau juga terlibat dengan penyelewengan dan sekiranya Najib disiasat, maka Mahathir juga perlu disiasat.

UMNO dari dulu dan selamanya bergelumang dengan penyelewengan, rasuah, mencuri wang rakyat, penipuan, pembohongan, kerakusan dan kekejaman. UMNO dengan bertopengkan kemajuan dan pembangunan sebenarnya telah menjadikan Malaysia berada diambang kehancuran.

UMNO tidak harus diberi mandat untuk menjahanamkan negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s