SEGALA-GALANYA SUDAH TERLAMBAT BAGI UMNO

Segala-galanya sudah terlambat bagi UMNO

UMNO syaitan

Sebagai makhluk Tuhan, kita sentiasa diingatkan tentang masa hadapan di mana Tuhan telah mengutuskan para Nabi dan Rasul. Di dalam istilah Ingeris dipanggil “Prophets”, mereka yang memberikan maklumat tentang apa yang akan terjadi di masa hadapan iaitu”prophecy”, lengkap dengan amaran dan cara-cara untuk berjaya ,serta menyelamatkan diri dari bencana dan juga beberapa larangan. Tetapi malang sekali ramai dari manusia tidak hirau langsung kepada apa yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul tersebut.

Apa yang terjadi pada UMNO sekarang ini ialah perkara sama yang terjadi kepada manusia yang lalai dan tidak mahu mendengar dan mengambil iktibar dari segala keluhan,teguran dan saranan yang dibuat oleh rakyat, parti pembangkang, malahan dari sesetengah ahli dan pemimpin UMNO yang prihatan tentang UMNO serta mereka dari parti komponen BN.

UMNO sebenarnya merupakan sebuah parti yang mendapat restu British ditubuhkan khas untuk mencapai kemerdekaan dan tidak ada perkara lain dari itu.

Maka, setelah mencapai kemerdekaan, UMNO tidak ada arah tuju yang jelas. Ini terbukti sekarang ini. Yang sebenarnya tidak ada satu apa pun yang luarbiasa di negara ini selama 55 tahun UMNOmemerintah, malahan sebarang parti yang diamanatkan untuk memerintah negara, juga mampu lakukan apa yang UMNO telah buat selama ini, malahan mungkin lebih bagus.

Apa yang boleh dibanggakan setelah 55 tahun ini?

UMNO wang

Apa yang jelas, setelah 55 tahun UMNO memerintah rakyat terpaksa menanggung berbagai beban; harga barang naik, tol yang tiada kesudahan, PTPTN yang membebankan seumur hidup, harga rumah tidak mampu dimiliki, kos hidup meningkat, taraf ekonomi menurun, tahap pendidikan yang merosot, kadar jenayah yang tidak menurun, pekerja asing yang berkeliaran di seluruh negara tanpa kawalan, dan hampir 90 pertus rakyat berhutang di sekeliling pinggang serta semakin ramai yang muflis.

Kita lihat Singapura, Korea, Hong Kong dan Negara China.Ke-empat-empat negara ini sama-sama mundur dengan Malaysia di tahun 50an dan 60an, tetapi kesemuanya jauh lebih maju dari Malaysia sekarang ini. China akan mennjadi satu kuasa besar, menyaingi Amerika di dalam tempoh sepuluh tahun lagi, kalau tiada kejadian  di luar jangkaan. Malaysia pula akan bankrap di dalam jangka masa tersebut sekiranya tidak ada usaha kerajaan untuk mengelaknya.

UMNO ditubuhkan hanya untuk mencapai kemerdekaan.

Berbalik keada penubuhan UMNO, maka setelah mencapai kemerdekaan, apa pula halatuju UMNO?

UMNO lembu

Dengan naluri manusia yang mahu menjadi kaya, tamak, haloba dan berkuasa, pemimpin-pemimpin UMNO secara sepakat menggunakan UMNO untuk kepentingan masing-masing, termasuk keluarga, kaum kerabat dan kroni. Mereka berebut-rebut mencari peluang, membuka jalan untuk mengaut segala hasil-mahsul negara selagi boleh. Mereka menjadi penyamun, perompak, penipu yang sah di segi undang-undang yang mereka lulusan di parliamen, tetapi sangat menjijikan dari segi moral. Mereka lakukan semua ini secara terang-terang dan tanpa rasa segan-silu.

Contoh-contoh apa yang telah mereka lakukan terdapat di dalam internet. Kita cuma perlu ‘google’ dua perkataan “umno rasuah”, akan tersenarailah lebih dari  2,230,000 perkara di dalam masa 0.27 saat sehaja!

Kerana terlampau rakus dan yakin pada keupayaan mereka menggunakan UMNO untuk memuaskan nafsu tamak-haloba mereka selama 55 tahun, pemimpin-pemimpin UMNO ini telah  menjadi bongkak dan lalai. Mereka masih menganggap rakyat jelata kesemuanya bodoh dan boleh diputar-belitkan pemikiran mereka. Pemimpin UMNO ini yakin bahawa segala badan dan jentera kerajaan boleh memastikan mereka menang setiap kali piliharya diadakan. UMNO menipu setiap kali pilihanraya diadakan.

Pencacai UMNO yang juga hidup susah seperti 90 peratus orang lain, mengatakan kalau UMNO menipu, kenapa pembangkang masih menang? Soalan ini telah lama terjawab, tetapi kerana kurang daya fikiran, pencacai UMNO tidak mudah faham. Telah berkali-kali dinyatakn bahawa, sekiranya UMNO tidak menipu, pembangkang akan lebih Banyak menang dan UMNO mungkin telah lama lingkup!

Malangnya pemimpin pemimpin UMNO pula baru mula sedar setelah kepala mereka terhantuk. Tetapi mereka malang buat kali kedua kerana segala-galanya sudah terlambat buat UMNO.

UMNO terpaksa berserah kepada takdir

ABU

Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu serta Hutang Negara berjumlah lebih dari RM460 bilion setakat tahun 2012, kedaan dalaman UMNO yang kucar-kacir kerana berebut kerusi, BN yang hampir tiada upaya dan PR yang semakin kuat serta sokongan rakyat telah beralih dari UMNO/BN rakyat kini lebih suka berada di atas pagar atau pun menyokong PR.

Apa yang pemimpin-pemimpin UMNO ini boleh lakukan  di dalam tempoh tiga atau lima bulan untuk mengubah keadaan, sedangkan mereka tidak berupaya melakukan yang terbaik selama 55 tahun? Kalau semua pemimpin dan ahli UMNO mengalirkan air mata darah sekalipun, ini tidak dapat melembutkan hati  ramai rakyat untuk memaafkan mereka. UMNO tengkorak

UMNO sebenarnya telah mempersia-siakan peluang  55 tahun yang diberi.Sekiranay pemimpin UMNO menfaatkan masa 55 tahun yang telah berlalu, keadaan UMNO tidak akan menjadi getir seperti kini.

Pendek kata, UMNO telah terbukti gagal dan peluang 55 tahun itu telah cukp lama, maka rakyat tiada pilihan lain dari menukar UMNO/BN kepada yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s