SEKIRANYA MALAYSIA MAHU BERTARAF DUNIA, Najib mesti disiasat dan dibawa ke mahkamah

Sekiranya Malaysia mahu bertaraf dunia, Najib mesti disiasat dan dibawa ke mahkamahNajib

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk ketua-ketua negara sama ada mereka masih di dalam atau di luar jawatan yang terlibat dalam skandal akan disiasat dan dibawa ke mahkamah.

Silvio Berlusconi

Silvio Berlusconi, bekas Perdana Menteri Itali dan hartawan media  yang menjawat sebagai Perdana Menteri sebanyak tiiga kali; 1994-1995, 2001 hingga 2006 dan 2008-2011 mempunyai banyak rekod dakwaan jenayah, termasuk pakatan sulit mafia, perakaunan palsu, penipuan cukai, rasuah dan sogokan pegawai polis dan hakim akhirnya dibawa ke muka pengadilan semasa beliau masih Perdana Menteri.

Berlusconi telah dibicarakan di mahkamah Itali dalam beberapa kes. Berlusconi didakwa membayar untuk seks dengan penari kelab malam Karima El Mahroug antara Februari dan Mei 2010 apabila dia berada di bawah umur 18 tahun. Dia juga didakwa telah menyalahgunakan kuasa politik beliau dalam usaha untuk menutup hubungan seks dengan remaj bawah umur ini. Skandal seks inilah yang akhirnya memaksa Berlusconi untuk melepaskan jawatan.

Monica Lewinsky & Clinton

Bill Clinton bekas Presiden AS mempunyai hubungan seksual dengan seorang peatih, Monica Lewinsky di White House antara November 1995 dan Mac 1997, Bill Clinton mempunyai sembilan pertemuan seks dengan Monica Lewinsky dalam bentuk fellatio dan lain-lain perbuatan seksual di Pejabat Oval. Kedua-dua Clinton dan Lewinsky telah dipanggil menghadap  juri dan Clinton memberi keterangan melalui televisyen litar tertutup,

Thaksin Shinawatra

Thaksin Shinawatra bekas Perdana Menteri Thailand telah dibicarakan tanpa hadir. Penjualan Shin Corp kepada firma pelaburan Singapura Temasek pada Januari 2006 yang mendapat banyak bantahan merupakan pemangkin utama di mana Thaksin terpaksa meletak jawatan, dan kerajaan Thailand membongkar semua  rekod penjualan tersebut. Mahkamah telah memutuskan untuk merampas lebih 40 bilion Bhat wang Thaksin. Ini adalah wang yang kerajaan Thai bekukan berikutan tuduhan rasuah kerana Thaksin menjual Shin Corp tanpa mengenakan sebarang cukai.

Suharto

Pada 29 Mei 2000, Suharto telah diletakkan di bawah tahanan rumah apabila pihak berkuasa Indonesia mula menyiasat rasuah semasa rejim beliau. Pada bulan Julai 2000, kerajaan Indonesia telah mengumumkan bahawa Suharto akan didakwa menggelapkan AS $ 571.000.000 yang diderma kerajaan kepada salah satu daripada beberapa yayasan di bawah kawalannya dan kemudian menggunakan wang untuk membiayai pelaburan keluarga beliau.

Anwar Ibrahim

Lain pula dengan kes Anwar Ibrahim di mana beliau telah dituduh melakukan liwat bukan satu tetapi sebanyak dua kali berdasarkan bukti yang direka, tetapi beliau telah dibersihkan oleh mahkamah. Walaupun begitu,  beliau bukannya seorang Ketua Negeri dan tidak mengumpul kekayaan yang begitu banyak.

Kalau tidak ada angin, pokok tidak akan bergoyang.

Semua kes-kes di atas telah bermula dengan khabar angin, kritikan, dan tuduhan-tuduhan dan akhirnya pihak berkuasa pergi untuk menyiasat dan memfailkan tuduhan terhadap mereka.

Balasubramaniam, Najib & Altantuya

Pada masa ini, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikaitkan dan dituduh dengan beberapa skandal dan Deepak Jaikishan  juga telah tampil ke hadapan untuk memberitahu segala-galanya yang dia tahu berkaitan dengan Pengisytiharan Berkanun ke-2 yang dibuat oleh bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaarribuu serta wang komisyen  RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd. yang diragui kerana telah hilang entah kemana apabila pengaliran wang tersebut disiasat hingga ke Hong Kong.

Apa yang menghairankan tentang kes ini adalah bahawa di Malaysia tidak seperti apa yang berlaku di negara-negara yang disebut di atas tadi; Najib tidak disiasat dan dihadapkan ke mahkamah, tetapi Razak Baginda dan dua anggota polis telah dibicarakan dan akhinya kedua-dua anggota polis tersebut menjadi kambing korban.

Altantuya, Baginda & Najib

Sekiranya Malaysia benar-benar mahu bertaraf dunia seperti yang diwar-warkan oleh UMNO/BN maka, pemimpin dan pihak berkuasa mesti mencontohi negara-negara yang disebutkan di atas dan lebih-lebih lagi apabila skandal RM7.3 bilion kapal selam Scorpene-Altantuya melibatkan Malaysia, Perancis, Mongolia, Hog Kong, Singapura dan India.

Apa yang istimewa dengan Najib, apabila dia kini menghadapkan  Mahathir ke muka pengadilan?

Mahathir 230812

Kita kini mempunyai peluang kedua untuk mengetahui perkara sebenar apabila Deepak sanggup untuk memberitahu semua yang dia tahu mengenai kes Balasubramaniam dan skandai Scorpene-Altantuya, tetapi malangnya apa yang Najib lakukan bukan untuk menyiasat segala tuduhan Deepak tetapi Najib menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat mengenai pemberian kerakyatan secara tidak sah kepada pendatang haram di Sabah untuk meraih undi , untuk mengalihkan isu-isu yang berkaitan dengan tuduhan Deepak terhadap Najib dan isterinya Rosmah,  dan pada masa yang sama untuk menghentam Mahathir yang telah cuba untuk memaksa beliau meletak jawatan.

Untuk menghentikan rancangan Mahathir, Najib secara tidak langsung telah membicarakan Mahathir melalui kes yang disiasat  RCI  ketika ini. Tetapi ini tidak membuktikan bahawa Najib tidak bersalah dan ini tidak akan memberi  menafaat  kepada Najib dan UMNO / BN kerana RCI akan hanya mengesahkan fakta-fakta yang kita sudah tahu. Taktik Najib ini tidak akan memberi manfaat kepadanya walaupun untuk seketika kerana Najib serta isterinya Rosmah mempunyai lebih banyak skandal dan perlu dibongkar.

Membentuk RCI adalah baik tetapi Najib perlu membersihkan namanya. Penafian semata-mata dan mengatakan bahawa Deepak tidak boleh dipercayai tidak akan membersihkan namanya dan memperbaiki imej beliau, tetapi ia telah membuat Najib lebih diragui dan orang tertanya-tanya mungkin memang Najib bersalah terhadap semua tuduhan yang dibuat oleh Deepak.

Rosmah, Deepak & Altantuya

Anwar telah jelas difitnah, tetapi di dalam kes Najib, terdapat beberapa bukti-bukti yang kukuh, saksi dan soalan-soalan penting yang hanya beliau boleh memberikan jawapan. Jika Najib benar-benar bersih ataupun  jika dia takut untuk disiasat dan akhirnya didakwa di mahkamah, mengapa tidak mendakwa Deepak di mahkamah?

Najib mesti buktikan bahawa semua tuduhan oleh Deepak tidak benar atau dia mesti membuat pengakuan dan berundur serta-merta. Sekiranya Najib enggan melakukan salah satu daripada itu, maka ini adalah alasan yang sangat tepat selain dari lain-lain alasan, bagi rakyat untuk kalahkan UMNO / BN di PRU-13 yang akan datang tidak lama lagi, supaya perkara sebenar mengenai semua salah-laku Najib dapat diketahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s