APABILA PELAJAR MENEGUR PROFESOR YANG SALAH; Bravo Bavani!

Apabila pelajar menegur bahawa profesor yang salah; Bravo Bavani!

Brave Bavani; BRAVO!

Brave Bavani; BRAVO!

Terdapat dua kategori pelajar-pelajar di universiti-universiti di Malaysia. Universiti yang ulung hanya akan menerima masuk pelajar-pelajar cerdas, manakala pelajar-pelajar yang kurang berkelayakan diterima masuk ke universiti yang lebih rendah standardnya. Tetapi kita tidak perlu mempertikainya tentang kedua-dua kategori pelajar tersebut kerana kebanyakan universiti mengambil kedua-dua mereka. Tetapi persoalan utama yang mesti diutarakan ialah berapa ramai di antara pelajar-pelajar ini menggunakan otak mereka?

Dari klip video terhangat masakini, kita boleh merumuskan secara kasar bahawa ramai pelajar universiti kita tidak menggunakan otak mereka untuk berfikir, tetapi lain pula dengan Cik Bavani; beliau berada di dalam kelasnya tersendiri; beliau menggunakan otak dan mempunyai keberanian untuk bercakap bagi menyuarakan pendapat beliau. Cik Bavani mempunyai “telur” malahan lebih besar berbanding dengan pelajar-pelajar lelaki di dalam dewan tersebut dan juga ahli panel forum di atas pentas di dalam dewan di UUM, yang walaupun mempunyai “telur”, mereka sebenarnya bacul!

Adakah mahasiswa-mahasiswa bacul seperti yang di dalam dewan UUM ini yang kita harapkan untuk menjamin masa depan kita? Mereka yang sebegitu ramai, hanya mengharapkan Bavani seorang saja untuk menyuarakan pendapat!!! Yang lain langsung tidak berbuat apa-apa…inilah mahasiswa UUM yang memalukan!!!

Foolish Shariafh Zohra

Foolish Shariafh Zohra

Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, bagaimanapun bukan hanya memalukan kebanyakan dari kita, beliau juga memalukan diri sendiri! Malah Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa Sharifah Zohra tidak mewakili BN melalui tweet beliau. Sharifah Zohra telah dipinggirkan dan beliau kini bersendirian menghadapi kritikan yang begitu banyak dari orang ramai di blog, Facebook, dan lain-lain media social, ada juga yang mengutuk beliau. Mereka mempersoalkan untuk apa beliau lakukan perbuatan memperkecilkan Bavani dalam forum tersebut dan olehkerana perkara ini telah dirakamkan beliau tidak boleh menafikannya, tetapi menerima akibat bahawa beliau telah tersilap bertindak demikian di saat itu. Sharifah Zohra lambat-laun akan menyesal seumur kerana kejadian ini.

Tetapi tidak dinafikan bahawa sudah tentu ada pihak yang berfikiran sama seperti Sharifah Zohra dan mereka menyokong beliau, tetapi apa sahaja yang mereka cuba hujahkan dan buktikan, mereka tidak mempunyai isi yang konkrit.

Sharifah Zohra terbukti tidak mempunyai kewibawaan setelah memperkecilkan dan mempersenda Cik Bavani. Dengan berbuat demikian Sharifah Zohra hanya mempersendakan dirinya sendiri! Sharifah Zohra bukan lawan Bavani. Zohra tidak akan mampu untuk bertindak menyuarakan pendapat seperti Bavani jika dia berada dalam situasi yang sama.

Sharifah Zohra adalah contoh hasil daripada 56 tahun pemerintahan UMNO dan dia tidak sedar bahawa dia telah diperbodohkan oleh UMNO. Sharifah Zohra telah berjaya di ‘brainwash’ oleh UMNO! Sehinggakan beliau telah memalukan UMNO tanpa disedari; bukti produk kelas rendah UMNO setelah 56 tahun berkuasa dan mendidik rakyat.

Zohra gagal menjadi contoh dan mempamerkan sifat yang bongkak walaupun telah lebih berusia dan memegang ijazah, setalah gagal berhujah secara intelektual dengan Bavani. Ini merupakan kes klasik pelajar cerdik menegur profesor yang silap!

Setelah menonton klip video tersebut ia membuatkan saya berasa marah pada pelajar-pelajar universiti kita yang, kebanyakannya hanya bertepuk tangan tanpa memikirkan apakah tujuan dan matlamat forum tersebut diadakan.Forum tersebut hanya merupakan acara indoktrinasi oleh UUM ala Biro Tata Negara dengan harapan agar pelajar-pelajar akan menerima bulat-bulat apa jua penganjur rancang untuk mereka.

Ambiga with Hillary Clinton and Michelle Obama

Ambiga with Hillary Clinton and Michelle Obama

Pihak penganjur hanya memutar-belitkan semua peristiwa-peristiwa terkini dan isu semasa dan secara tidak langsung mengutuk pembangkang dan cuba mengutuk Ambiga dan A Samad Said, yang kedua-duanya adalah orang-orang yang berhemah tinggi dan berintegriti. Jika pelajar-pelajar tidak mampu untuk menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan UMNO, maka mereka tidak boleh diharapkan untuk menyumbang kepada perkembangan intelektual di universiti. Nampaknya memang UMNO telah berjaya untuk menghasilkan pencacai UMNO seperti Sharifah Zohra.

A.Samad Said

A.Samad Said

Orang-orang yang hanya bertepuk tangan tanpa menggunakan otak mereka dan hanya menunggu untuk disuap dengan apa jua yang akan diberi, tanpa penapisan, sangat malang sekali. Mereka akan sanggup menerima ‘sampah’ sebagai maklumat berguna. Tidak seperti komputer yang walau hanya sebuah mesin, sekurang-kurangnya ia akan mengeluarkan sampah apabila sampah dimasukkan ke dalam komputer, tetapi pelajar universiti kita akan menyimpan dan menyerap ‘sampah’ dan menerimanya sebagai sebahagian daripada sesuatu yang mereka perlukan untuk hidup. Ayuh sedarlah pelajar-pelajar semua, sila bangun, kita tidak perlu sampah, kita mesti lupuskannya!

Malaysia memerlukan lebih ramai orang seperti Cik Bavani, syabas kepada Bavani dan katakan tidak kepada orang-orang seperti Sharifah Zohra yang hanya akan membawa kehancuran kepada negara kita kerana secara taksub  mempertahankan UMNO. Sedarlah UMNO terlalu banyak terlibat dengan skandal dan penyelewengan; cari saja di internet, melambak maklumat yang boleh didapati.

Adam Adli

Adam Adli

UPSI telah menghasilkan seorang wira yang berdarah-daging dalam bentuk Adam Adli, UUM telah menghasilkan heroin kita; Bavani. Anda telah menyumbang sesuatu yang sangat penting untuk kebaikan negara kita yang tercinta melalui tindakan yang kecil tetapi amat bermakna. Saya tabik anda.

Artikal berkaitan;

1Adam Adli- real flesh and blood hero

2. Could UPSI be the catalyst for change?

3. Kedangkalan pemikiran di kalangan muda-mudi Malaysia

4 responses to “APABILA PELAJAR MENEGUR PROFESOR YANG SALAH; Bravo Bavani!

  1. Cube fikir dalam2 sikit.
    Selame ni cine, india ade ke respect kite melayu ni( i mean in real life).
    Xde. Sikit pun xde. Kite dihenyak-henyak je.
    Daripada point yg disampaikan Bawani tu, cube fikir umur 19-22 boleh nampak ke isu-isu macam tu siap fakta walaupun xberapa tepat.
    Mesti ade pihak yg eksploitasi budak tu.
    Lagi 1, orang melayu islam kite ni memang memerlukan orang-orang berani macam Sharifah ni.
    Dalam banyak isu lain, ade orang melayu islam kite ni nak marah bile orang lain sentuh hak kite. Xde jugak. Sembang je lebih, telur masuk ke dalam.
    Nampak rasis,semestinya. Ini yang kite perlukan untuk survival melayu.
    Jangan sampai diorang dah dapat kuasa, tahu la korang kat mane lepas ni kalau xjadi kuli, korang berambus la dari Malaysia(Tanah Melayu xde dah). Fikir-fikirkan la.

    • Saya yakin bahawa saudara rizal berfikiran sempit kerana taksub dengan UMNO yang rasuah secara membabi-buta.

      Bavani menyatakan perkara yang benar; kerana kenapa PTPTN perlu diwujudkan? Sharifah Zohra sekiranya berwibawa, sepatutnya memberikan penjelasan dan berhujah sebagai seorang intelektual dan berpendidikan tinggi, bukan dengan mempersendakan dan memperkecilkan Bavani.

      Sharifah Zohra tidak dapat memberikan hujah kerana beliau tidak ada kredibiliti. Tanpa kredibiliti Sharifah Zohra dan juga pemimpin-pemimpin UMNO yang hampir semuanya rasuah dan menyeleweng, di manakah kewibawaan orang Melayu?

      Orang UMNO umpama penjenayah yang telah ditangkap dan didapati bersalah, tetapi masih tidak mahu mengaku salah!! Penjenayah UMNO ini pula memberikan berbagai-bagai alasan dan justifikasi sekadar untuk menegakkan benang yang basah.

      Kalau pemimpin Melayu UMNO berwibawa, kaum lain sudah tentu menghormati mereka dan orang Melayu dihormati. Inilah akibatnya 56 tahun UMNO memerintah dengan rasuah dan penyelewengan, maka rakyat telah hilang kepercayaan kepada Melayu UMNO.

      UMNO lah yang merosakkan Melayu, umpama harapkan pagar, pagar makan padi.

  2. very good article.

  3. http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/isu-bawani-sharifah-dan-pendidikan-percuma/459083060811418

    hmmm, boleh gak tengok link ni… Susah kalau semua benda nak dipolitikkan… Asal ada peluang, mmg akan ada yang response walaupun politik murahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s