PRU-13 di bulan Februari?

PRU-13 di bulan Februari? Tarikh sebenar PRU-13 tidak relevan lagi

PRU 13 Najib

Terdapat telah banyak ramalan bilakah PRU-13 akan diadakan. Setiap pertimbangan mulai dengan nombor kegemaran Najib ’11 ‘, setiap ucapan diberikannya terutamanya politik ucapan, maklumat dari kalangan dalaman yang  rapat dengan Najib dan sekutu rapatnya, tempahan banner UMNO / BN dan poster di kalangan pencetak, angka-angka ekonomi, keadaan cuaca yang akan menghalang PRU diadakan, pungutan suara/pendapat , tahap aktiviti SPR dan juga jawapan Najib kepada soalan dari wartawan serta sebarang kenyataan beliau akan digunakan untuk meramal tarikh setepat mungkin. Semasa di India Utusan menyentuh tarikh PRU-13 di bulan Februari.TETAPI semua ini tidak relevan lagi kerana pungutan suara yang dibuat oleh The Edge Malaysia jelas menunjukkan Najib tidak boleh diberikan mandat lagi.

Najib sekarang ini berada dalam keadaan tidak berdaya dan mana-mana tarikh yang dia pilih tidak akan memberi apa-apa kelebihan yang jelas kerana tempoh yang singkat Cuma tinggal 30 hingga 90 hari untuk dipilih dan dengan keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan,serta keadaan sosial dan politik yang tidak menentu di negara ini. Oleh itu, selagi ia tidak jatuh pada beberapa majlis-majlis perayaan, tarikh sebenar adalah tidak relevan.

Pembangkang telah 90 peratus bersedia untuk menghadap PRU pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan PRU-13 akan diadakan, baki 10 peratus adalah bagi kontingensi. Oleh itu Pakatan Rakyat hanya perlu menunggu dan sentiasa peka pada keadaan.

Yang penting sekarang ini adalah saat untuk bertindak bagi pihak yang bertelagah di dalam UMNO

Yang penting bagi kumpulan yanag bertelagah di dalam UMNO bukannya tarikh pilihanraya tetapi masa yang paling penting bagi mereka ialah saat kritikal untuk bertindak mengalahkan pihak bertentangan . ‘Kungfu Infightings’ mereka masih gagal untuk reda, seolah-olah berlarutan beberapa pusingan hingga mencapai angka yang tidak pernah berlaku sebelum ini! Mereka sama-sama kuat dan sentiasa mempunyai kelebihan yang boleh digunakan untuk mengalahkan satu sama lain. Pihak yang bertelagah di dalam UMNO mesti melambatkan tarikh PRU-13 seberapa lama yang boleh dan sehingga ada satu ketika satu puak dalam UMNO mempunyai kelebihan yang jelas.

Jika kumpulan anti-Najib adalah pemenang maka mereka akan memaksa Najib untuk mengumumkan tarikh PRU-13 maka kumpulan pro-Najib berada di dalam keadaan yang kurang bersedia. Tetapi jika Najib berjaya untuk menahan serangan mereka, maka Najib akan mempunyai kebebasan untuk mengumumkan tarikh dan melakukan apa sahaja yang dia suka.

Masalah utama Najib adalah senarai calon “winnable” yang belum lengkap lagi kerana terdapat dua atau tiga nama untuk setiap kerusi dan kerana lambat membuat keputusan inilah kelemahan utama beliau. Kerana perkara ini, Najib telah terlepas beberapa peluang untuk mengadakan PRU-13.

Setelah menghadapi semua serangan ini dari semua pihak dan sudut, masa tidak menyebelahi beliau, maka Najib telah terperosok ke satu sudut dan terdapat tanda-tanda bahawa Najib berada di dalam keadaan yang paling terdesak dan kini dalam peringkat mengelabah yang gaban.

Petunjuk pertama keadaan mengelabah ini adalah apabila beliau telah hanya diam membisu setelah Deepak dan Musa Hassan mendedahkan beberapa perkara negatif mengaitkan Najib. Najib tidak boleh berfikir secara rasional lagi.

Petunjuk seterusnya jelas bahawa Najib mengelabah apabila beliau mengisytiharkan bahawa setiap calon BN mesti ditapis oleh SPRM. TETAPI Najib gagal untuk menyedari bahawa dalam mengatakan demikian, beliau adalah individu yang paling penting yang perlu ditapis  terlebih dahulu! Mereka yang menentang Najib dalam UMNO / BN boleh menolak untuk ditapis dan mendesak supaya Najib orang pertama ditapis!

Petunjuk seterusnya Najib sedang menghadapi situasi paling buruk apabila dia mengancam untuk menukar calon pada saat-saat akhir. Apabila ada peluang untuk Najib mencapai kompromi dan berdamai dengan musuh-musuh dalam UMNO denganbersetuju untuk membariskan calon dari semua puak yang bertelagah dalam UMNO mengikut nisbah yang dipersetujui, Najib secara tidak berfikir panjang telah mengisytiharkan bahawa walaupun pada saat-saat terakhir calon-calon boleh diubah!

Isi di dalam sanubari beliau yang strategik ini terkeluar dari mulutnya! Ini sudah dikira ‘pecah lobang’. Musuh Najib tahu bahawa dia tidak akan mengotakan janjinya yang dipersetujui. Beliau sebenarnya telah menikam dirinya dengan ancaman itu, walaupun tujuan sebenar mungkin untuk menakut-nakutkan musuhnya dan amaran kepada mereka yang terpilih supaya telus dan bersih.

Dalam beberapa pusingan terakhir di dalam pertelagahan ini semasa menghadapi PRU-13 Najib tidak memikirkan pembangkang dalam fikirannya. Najib amat bimbang kepada faktor-faktor dalam UMNO / BN yang paling mengancam kedudukan dan masa depan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Najib telah tidak berupaya untuk mengekang kemajuan pembangkang, kerana apa yang telah dilakukannya menjadi sia-sia belaka; Pakatan Rakyat semakin kuat dan berjaya mempengaruhi lebih banyak kawasan hari demi hari.

Najib juga membuat persedianan menghadapi PRU-13 tanpa mengambil kira hal-ehwal rakyat

Apabila UMNO / BN sejak dahulu lagi asyik menipu di dalam pilihan raya, merampas kekayaan negara sepanjang zaman dengan menyalur keluar  dana melalui semua projek dan pemerolehan kerajaan, kemudian rakyat diketepikan dan mengambil kesempatan terhadap rakyat, bagaimana rakyat mahu menyokong mereka lagi?

Dengan kehadiran internet dan media sosial yang menjadi sebahagian daripada budaya belia masakini, apabila mereka pergi kembali ke  rumah atau kampong halaman, mereka akan memberitahu ibu-bapa mereka dan orang kampung yang lain perkara sebenar apa yang telah berlaku di negara ini dan memberitahu mereka tentang semua skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO / BN .Rakyat tidak sebodoh seperti dahulu dan tidak mudah diperbodohkan.

Bilakah pembubaran parlimen akan diumumkan?

Pada asasnya terdapat tiga puak utama di dalam UMNO; pertama kumpulan pro-Najib yang tidak berapa ramai seperti yang telah digambarkan dalam pelbagai perhimpunan yang diberi upah suapaya datang, perwakilan  UMNO yang terpilih untuk menghadiri beberapa perhimpunan UMNO dan propaganda di media . Kedua, mereka yang menentang Najib yang merupakan majoriti dalam UMNO dan ketiga; beberapa golongan atas pagar. UMNO tidak mengamalkan demokrasi apabila Najib telah diberi kuasa untuk membuat keputusan, maka puak majoriti yang sebenar (yang anti-Najib) tidak mempunyai kuasa rasmi. Golongan atas pagar hanya akan bergoyang mengikut tiupan angin.

Dalampertelagahan mereka, setiap pemimpin UMNO sedar bahawa huru-hara seperti apa yang  UMNO alami sekarang ini boleh, digunakan untuk ‘manangguk di  air keruh’. Maka orang-orang yang menentang Najiblah yang banyak mewujudkan masalah kepada UMNO, dalam usaha mereka untuk memaksa Najib supaya berkompromi dan memberikan mereka bahagian yang saksama mengecapi kedudukan dan peluang mengumpul harta sekiranya UMNO/BN menang kelak. Sekiranya Najib masih berdegil, maka mereka tidak teragak-agak menjatuhkan Najib samada sebelum atau  secepat mungkin apabila kepurusan PRU-13 diumumkan kelak.

Namun Najib masih berkeras dengan agenda sendiri dan bertekad untuk kekal berkuasa. Ini memaksa musuh-musuhnya untuk melakukan beberapa gerakan yang terdesak. Maka adakah mereka sanggup mencetuskan huru-hara seperti mewujudkan rusuhan kaum untuk terus berkuasa?

Artikel berkaitan:

  1.  Adakah UMNO akan cetuskan rusuah kaum untuk mencapai matlamatnya?
  2. Desperate year for UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s