LAWAK JENAKA? Najib mahu mandat daripada rakyat untuk merubah UMNO!

LAWAK JENAKA? Najib mahu mandat daripada rakyat untuk merubah UMNO/BN!

Mereka tertawakan Najib

Mereka tertawakan Najib

Seorang pemimpin adalah orang yang memimpin dan bukan dipimpin oleh orang lain, lebih-lebih lagi bagi pemimpin sebuah parti politik; beliau mesti merubah dan membuat parti menjadi lebih baik dan menarik untuk rakyat, maka rakyat akan memilih parti tersebut TETAPI bukan sebaliknya!

Bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia, pemimpin mesti terkehadapan, berpandangan jauh dan dapat merencanakan usaha pembangunan yang diperlukan, BUKAN seorang yang memerlukan dorongan dari orang lain di belakangnya atau yang boleh diperkotak-katikkan  seperti Najib.

“Jika saya mahu merubah parti, saya memerlukan mandat daripada rakyat. Tanpa mandat daripada pengundi bagaimana saya boleh mengubahi parti? “Kata Najib kepada Malay Mail dalam satu temu bual disiarkan hari ini (7hb.Dec.2012). Apa yang dia mengarut ni? Baca di sini .

Adakah patut untuk Najib meminta mandat dari rakyat supaya dia boleh mengubah UMNO? UMNO bukan dimiliki oleh rakyat dan rakyat tidak berhutang apa-apa dengan  UMNO, malahan UMNO adalah parti yang berhutang segala-galanya kepada rakyat, daripada penubuhannya  dan terus wujud berterusan sehingga kini. Maka terpulanglah kepada UMNO untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri untuk berubah dan jika orang-orang UMNO sendiri tidak mahu merubahnya, siapa yang peduli?

Najib, jika anda mahu merubah UMNO, ubahlah dengan cara apa pun, tiada siapa yang akan menghalang anda kecuali orang-orang dalam UMNO sendiri!

Lagipun orang-orang dalam UMNO sedang berada di zon selesa dengan aktiviti rasuah, jadi mengapa mereka perlu perubahan?

UMNO tidak akan berubah dan tidak boleh diubah kerana tiada sesiapa  di dalam UMNO yang boleh membawa perubahan.

Perkara ini merupakan satu malapetaka bagi kita kerana UMNO mempunyai pemimpin tertinggi yang tidak berupaya memimpin UMNO yang diunjurkan pula sebagai perdana menteri. Apakah orang jenis ini, yang tidak boleh memimpin dan merubah UMNO diberi kepercayaan untuk menerajui negara kita?

Ya  Tuhan ku … ini adalah satu kerja gila! Adakah orang ramai terutama penyokong UMNO / BN masih tidak sedar tentang perkara ini? Tidakkah mereka sedar tentang semua skandal dan bencana yang telah melanda negara?

UMNO sedang mengidap penyakit yang kronik

UMNO sebenarnya telah ditimpa dengan berbagai penyakit yang tidak boleh diubati umpama sakit kanser tahap 4. Tetapi di dalam kes UMNO, ia bukan hanya satu jenis penyakit sehaja, ia mengidap semua jenis penyakit, rasuah, tamak-haloba, membazir, tidak prihatin, perkauman, kronisme dan anda boleh menamakan berbagai lagi, UMNO mengidap semuanya.

UMNO adalah satu-satunya parti yang paling korup dan penganalisis mengatakan bahawa sebahagian besar data yang diambil untuk merumus indeks rasuah adalah transaksi dan urusan yang melibatkan kerajaan! Kerajaan sekarang  adalah UMNO / BN yang menyebakan angka CPI tersebut bertambah..

Mengapa Najib perlu meminta mandat dari pengundi sedangkan UMNO tidak benar-benar prihatin tentang kebajikan rakyat dan negara? Jika UMNO benar-benar peduli mengapa Hutang Negara kita kini mencecah RM484 bilion? Mengapa UMNO tidak mengambil sebarang  tindakan ke atas orang-orang yang menyeleweng? Cuba rujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara dan sudah tentu banyak perkara boleh dilakukan. Mengapa tidak disiasat kenapa segala pemerolehan(pembelian) kerajaan sentiasa dua hingga tiga kali ganda terlalu mahal dan kadang-kadang lebih dari itu?

Di sini Najib silap lagi kerana, dengan segala ancaman, hasutan bagi menakut-nakutkan rakyat, propaganda UMNO yang  terang-terangan melalui media kerajaan, membeli undi dan manipulasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Najib tidak perlukan mandat. UMNO boleh menang dengan cara menipu.

Sebenarnya  Najib perlu menang PRU-13 secara bersih, dan bukan dengan cara menipu secara haram untuk membentuk kerajaan yang ‘legitimate’ melalui pilihanraya yang bebas dan adil! Satu perkara yang hampir mustahil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s