PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 – Najib syok sendiri

Perhimpunan Agong UMNO  2012 – Najib syok sendiri

PAU 2012 a

Perhimpunan Agong UMNO ke-66 yang baru berakhir merupakan satu perhimpunan yang amat penting di dalam kalender aktiviti UMNO sebagai salah satu langkah UMNO untuk memenangi PRU-13 yang mesti diadakan pada tahun hadapan (2013) yang tidak boleh ditangguh lagi dengan alasan apa sekalipun kerana parliamen akan terbubar sendirinya pada bulan Mac nanti.Tun Dr. Mahathir menyatakan perhimpunan agong UMNO 2012 tampak lebih kuat dan bersemangat1.

Tetapi adakah ianya berjaya ?

Setelah mengambil-alih teraju memimpin UMNO dan Malaysia dari Tun Abdullah Badawi pada 6hb April 2009, Presiden yang baru Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah membuat beberapa tindakan sebagai usaha untuk memperbetulkan beberapa keadaan yang meruncing seperti;

  • Memastikan kekalahan BN di tahun 2008 tidak berulang
  • Memperbetulkan kelemahan UMNO/BN kerana perbalahan dalaman
  • Membendung kekuatan pembangkang
  • Menjana ekonomi yang lemah supaya senang meraih undi

Manakala Perhimpunan Agong UMNO ini seharusnya menjadi kemuncak  dan pelengkap kepada segala usaha Najib ini. Ia sepatutnya menjadi satu  perhimpunan yang benar-benarmencerminkan perjuangan “hidup mati UMNO/BN2” seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menang di dalam PRU-13 yang  merupakan “ibu segala pilihanraya3”.

Najib/UMNO gagal memanfaatkan perhimpunan kali ini untuk mencapai kejayaan di PRU-13.

Tetapi malangnya, segala usaha yang Najib lakukan sepanjang tiga tahun tidak menepati matlamat kerana resipi yang digunakan Najib tidak sesuai dan tidak merangkumi aspek-aspek penting yang mesti diambil-kira.Najib gagal untuk menangani 4 perkara penting di atas.

Perhimpunan ini juga telah gagal membendung kekuatan PR kerana pemimpin UMNO hanya menuduh PR dengan berbagai fitnah,tohmahan,  andaian dan gertakan untuk menakutkan rakyat tanpa memberi  sebarang bukti.

Perhimpunan ini gagal menyakinkan rakyat bahawa UMNO/BN merupakan satu-satunya pilihan yang ada.

Perhimpunan ini juga gagal menghayati seruan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin supaya mendekati dan mempengaruhi golongan muda yang terdiri dari majoriti 2.9 juta pengundi baru; UMNO terpisah dari pengundi, terutama pengundi muda.

Langkah awal Najib menemui kegagalan yang memalukan

Strategi permulaan Najib adalah membuat beberapa transformasi, berpaksikan dan berkisar pada dirinya sehaja.

Najib memfokuskan segala usaha untuk menjadikan dirinya seorang pemimpin yang terpopular, terbaik dan terpenting dari segalanya dan secara langsung membelakangkan orang lain di dalam UMNO/BN.

Najib percaya apabila “imagenya” dapat disempurnakan sebagai pemimpin terulung Malaysia dan mendapat sanjungan tinggi dari semua lapisan rakyat, seperti Mao Zedong, Kim Il Jong, Winston Churchill, Nelson Mandela dan, Mahatma Ghandi dan sebagainya, pemimpin bawahan, ahli-ahli UMNO/BN, penyokong dan rakyat akan menjadikan beliau satu ikon ataupun idola dan akan memberikan sokongan padu padanya. Dengan ini Najib sangka beliau boleh membawa kemenangan kepada UMNO/BN.

Najib mahu menjadi lebih hebat dari Mahathir dan berjaya gerhanakan legasi Mahathir dan cemerlangkan legasinya sendiri!

Sebab itulah Najib mendapatkan khidmat nasihat APCO Worldwide dan menggunakan khidmat FBC Media4 dengan membelanjakan RM94 juta5duit rakyat untuk tujuan ini. Pemimpin UMNO yang lain menjadi gusar, kerana sekiranya berjaya maka mereka tidak akan mempunyai pengaruh dan peranan untuk menentukan kedudukan masing-masing danmasa depan UMNO.

Sesetengah pemimpin UMNO telah menyuarakan ketidakpuasan hati, seperti Rafidah Aziz yang mengataka bahawa UMNO/BN tidak boleh menang hanya dengan Najib seorang sehaja6.

Najib hanya syok sendiri.Akhirnya najib mengaku kalah – Mahathir masih mengawasi segala tindak-tanduknya7.

Najib seterusnya mengisytiharkan slogan 1Malaysia.

Dengan hanya menumpukan usaha menarik perhatian penyokong Melayu yang telah mula berubah angin kepada PR, UMNO telah menjadi kurang menarik kepada seluruh rakyat Malaysia yang lain.

Najib perlu lakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan dengan meliberalisasikan dasar pro-Melayu dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia. Malangnya Najib pun tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia ini. Malahan bukan hanya kata-kata dan tindakan beliau tidak benar-benar mencerminkan konsep 1Malaysia, kata-kata dan tindakan Najib adakalanya bertentangan dengan konsep yang diilhamkannya sendiri!

Selain dari Najib mereka yang mempromosikan konsep 1Malaysia ini hanya Rais Yatim dan MAMPU. Malangnya cubaan mereka untuk menerangkan dan menjelaskan konsep ini sering menemui jalan buntu, menjadikan orang lebih keliru dan membuat keseluruhan konsep 1Malaysia in kabur sehinggakan, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO / BN tidak boleh menerima konsep 1Malaysia ini sebagai konsep mereka sendiri dalam menyatukan UMNO dan mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia.

Mahathir sendiri menyanggah  Najib denganmenyatakan beliau tidak faham tentang konsep 1Malaysia yang sebenar. Sehingga kini Najib masih gagal menjelaskan konsep 1Malaysia tersebut!

Slogan 1 Malaysia telah memakan dirinya sendiri; Najib terperangkap.

Pemimpin bukan Melayu sekarang ini menuntut bemacam-macam dari Najib/UMNO terutama kerusi-kerusi ADUN dan parliamen sebagai membuktikan kejujuran 1Malaysia Najib.

Maka ramai pemimpin UMNO sangat marah pada Najib kerana mereka terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada pemimpin MCA . MIC, Gerakan dan PPP yang tidak langsung menyumbang sesuatu kepada UMNO, BN dan Malaysia! Apakah sumbangan Chua Soi Lek, Koh Tsu Koon, Palanivel dan Kayveas?

  • Chua S.L terlibat dengan video lucahnya sendiri dan tidak berhenti menghina Islam.
  • Koh Tsu Koon ditolak oleh pengundi terutama orang China.
  • Palanivel pula tidak ramai yang mengenalinya kerana beliau seolah-olah tidak wujud.
  • Kayveas perlu diberi kerusi kerana beliau adalah presiden PPP, itu sehaja.

Orang Melayu  akan dipaksa oleh Najib/UMNO untuk mengundi pemimpin-pemimpin parasit ini dan beberapa orang-orang kuat mereka.

Program-program transformasi

Program transformasi Najib ialah transformasi kerajaan (GTP) yang melibatkan beberapa perkara; ekonomi (ETP), politik (PTP), boiteknologi (BTP) dan beberapa transformasi yang lain dengan menggunakan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dan wujudlah singkatan NEM, NKRA, NKEA, KPI, BR1M, KR1M, KI1M, KK1M dan lain-lain yang berakhir dengan menaburkan wang RM100, RM200 dan RM500 untuk membeli undi.

Tidak perlu dijelaskan di sini  dengan panjang-lebar mengenai kegagalan rancangan Najib ini yang berakhir dengan ;

  • Proses membeli undi menggunakan wang rakyat
  • Rakyat umpama peminta sedekah kerana beharap wang yang ditaburkan oleh Najib
  • Perhimpunan Agong UMNO kali ini tidak menjanjikan apa-apa untuk rakyat.

Perhimpunan kali ini tidak memberi perhatian kepada masalah rakyat bagi menyakinkan rakyat bahawa UMNO prihatin kepada masalah mereka, tetapi apabila tumpuan hanya diberi kepada mengekalkan kuasa UMNO; UMNOlah yang sebenarnya gila kuasa dan rakyat dipinggirkan begitu sehaja!

Winnable candidates; tiada demokrasi di dalam UMNO

Najib telah mendapat mandat untuk memutuskan siapa calon UMNO yang layak bertanding berdasar penilaian beliu sendiri dan bukan berdasarkan pemilihan dari ahli UMNO secara demokrasi.

Najib terpaksa berbuat demikian kerana di dalam UMNO tidak ada demokrasi lagi kerana semuanya mengamalkan rasuah dan politik wang; siapa yang mampu menaburkan wang, dia akan menjadi calon.

Walaupun Najib diberi mandat dari perwakilan, mereka ini adalah ahli UMNO yang terpilih dan semestinya mereka menyokong Najib, maka Najib telah mendapat mandat. Golongan yang tidak bersetuju dengan Najib tidak diberikan ruang untuk bersuara dan mereka ini adalah golongan yang menyebabkan UMNO bertelagah, sabotaj sesama sendiri dan menikam dari belakang.

Golongan ini terdiri dari mereka yang telah pernah mengecapi faedah sebagai wakil rakyat, dan jawatan-jawatan di dalam kerajaan dan kabinet. Mereka juga mempunyai penyokong tertentu dari pemimpin UMNO yang lebih tinggi dan pengikut dari akar-umbi.  Maka golongan ini tidak mudah diketepikan begitu sehaja oleh Najib yang sedang menyusun barisan sendiri dengan “winnable candidates” untuk menggantikan mereka ini.

Golongan yang tidak terpilih sebagai calon merupakan duri di dalam daging UMNO yang Najib gagal tangani di dalam perhimpunan agong UMNO ke-66.

Perhimpunan Agong UMNO  2012 yang gagal

Ucapan demi ucapan, laungan demi laungan untuk membakar semangat perwakilan telah berjaya Najib lakukan, tetapi hakikatnya, bara yang membakar semangat mereka sama seperti bara membakar sate; perlu sentiasa dikipas dan akan malap dan terus padam apabila kipas berhenti. Selesai perhimpunan ianya akan sejuk kembali.

Mungkin perwakilan boleh duduk di bawah satu bumbung, tetapi Najib telah gagal menyatukan hati semua ahli UMNO8, terutama mereka yang akan dipinggirkan.

Najib boleh tawarkan jawatan dan kedudukan alternatif bagi mereka ini, seperti menjadi pengerusi syarikat GLC, duta ke luar negara dan menduduki lembaga pengarah di organisai separa-kerajaan. Tetapi mereka tahu, kedukan mereka seperti telur di hujung tanduk, seperti apa yang terjadi kepada Tun Musa Hitam yang terpaksa diberhenti  sebagai pengerusi Sime Darby. Malahan, kedudukan alternatif ini amat terhad untuk menampung semuanya. Najib perlu juga ambilkira parti komponen BN yang lain dan juga mereka yang lompat parti atau yang bebas setelah keluar dari PR.

Perhimpunan Agong UMNO 2012 hanya merupakan suatu pertunjukan pentas di mana pemimpin UMNO bekokok seperti ayam, tetapi ekor bergelumang tahi.

Najib gagal menjadikan pembanterasan rasuah dan salahguna kuasa sebagai agenda utama bagi menyelamatkan UMNO yang semakin teruk bergelumang dengan masalah ini.Inilah punca kegagalan UMNO sebenarnya; rasuah dan penyelewengan.

Semasa persidangan, rakyat di kejutkan dengan pendedah Deepak Jaikishan ; skandal tanah milik Kementerian Pertahanan yang di jual oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita UMNO Selangor yang melibatkan Najib semasa beliau Menteri Pertahanan.Sepupunya Hishamuddin Hussein pula telah menyalahkuana kuasa seperti didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan kerana menggangu pengurusan PDRM.

Tindakan kedua-dua orang “ternama” ini sudah tentu didalangi oleh pemimpin UMNO yang tidak berpuas dengan Najib.

Perhimpunan UMNO ke-66 ini tidak akan memberi sebarang impak untuk memberi kemenangan kepada UMNO/BN. Ia hany merupakan pentas pertunjukan Najib yang disaksikan oleh mereka yang Najib biayai (sponsor) dan tidak mencerminkan keadaan sebenar. Najib hanya syok sendiri.

Related articles;

  1. Desperate year for UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s