HARUSSANI ZAKARIA – Mufti dengan telatah yang tidak bertepatan

Harussani – Mufti dengan telatah yang tidak bertepatan

Harussani with Najib

Mufti adalah seorang ulama Islam yang  berkedudukan tinggi dalam masyarakat yang mempunyai segala kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan menyebabkan dia mampu untuk mentafsirkan undang-undang Islam, memberi fatwa dan menghakimkan sesuatu perbalahan.

Beliau mesti ada jatidiri, tidak berpihak, , tidak berat sebelah, adil, saksama, bebas rasuah dan tidak dipengaruhi kegiatan duniawi. Beliau adalah titik rujukan dalam pertikaian dan konflik. Beliau hanya takut pada Allah dan amat berwaspada dalam membuat segala tindakan dan dalam melaksanakan tugasnya.

Oleh itu terdapat banyak insiden dalam sejarah di mana mufti telah diganggu, diseksa dan juga dibunuh oleh mereka yang berkuasa kerana tidak bersetuju dengan pemerintah. Maka mereka mesti juga mempunyai keberanian yang kental walaupun tidak gagah perkasa atau mempunyai pengikut yang ramai. Itu adalah sifat, peranan dan pengorbanan seorang mufti dalam mengekalkan maruah dan integriti mereka di dalam sesuatu masyarakat.

Andainya beliau tidak sanggup menghadapi semuanya ini,  maka beliau tidak harus menerima tanggungjawab tersebut.

Di Malaysia kita mempunyai 14 mufti yang dilantik kerajaan bagi setiap negeri, semua berdasarkan kelayakan akademik mereka tetapi kebanyakan mereka kekurangan kemahiran lain dan ciri-ciri yang disebutkan di atas.

Wan Junaidi Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan Jamil Khir Baharom dengan memberikan fatwa bahawa ia adalah dibenarkan untuk menggunakan wang zakat bagi yuran peguam peribadi Jamil manakala baru-baru ini Dr Juanda Mufti Perlis gagal dalam tugasnya dalam mencegah penyalahgunaan wang oleh Lembaga Zakat di mana beliau adalah Pengerusinya.

Harussani, Mufti Perak adalah jauh berbeza.

Nurul Izzah Anwar

Walaupun tahu bahawa dia mesti bersikap adil dan mendapatkan semua maklumat penting dan bukti sebelum membuat sebarang kenyataan beliau telah mengabaikan peraturan asas ini, apabila beliau mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang dibuat berkaitan dengan paksaan dalam agama bagi bukan Islam dan juga untuk orang Islam. Harussani hanya merujuk apa yang dinyatakan di dalam akhbar pro-kerajaan yang kita tahu dalam kes Utusan Malaysia, telah kerap didakwa dan didapati bersalah.

Maka beliau bukan sahaja silap kerana tidak meminta penjelesan dari  Nurul Izzah sendiri, tetapi memetik dari media yang sangat tidak boleh dipercayai.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) bekas Mufti-Perlis telah lebih awal

Dr.MAZA

membantu meleraikan kekusutan dengan mendapatkan penjelasan daripada Nurul Izzah. Dr. MAZA yang jauh lebih muda dan kurang pengalaman telah menunjukkan kepada kita bagaimana cara yang betul bagi seseorang mufti harus melaksanakan tugasnya.

Apabila PAS membuat doa di khalayak ramai ke hadrat Ilahi supaya UMNO dimusnahkan, di sini sekali lagi Harussani bertindak hanya demi menjaga kepentingan diri sendiri berhubung isu itu. Beliau hanya menyatakan bahawa “Doa hancurkan sesama Islam adalah bidaah” tanpa menghuraikan lebih lanjut yang menyebabkan PAS membuat doa demikian. Setidak-tidak pun, Harussani mesti mendapat penjelasan dari pemimpin PAS sendiri supaya berlaku adil.

TGNA & TGHAH

Saya ingin memberi satu analogi atau contoh satu kumpulan penyangak yang telah melakukan begitu banyak masalah dalam masyarakat kita dan manakala usaha yang begitu banyak telah dibuat untuk membendung aktiviti buruk mereka tetapi gagal. Pemimpin masyarakat memutuskan untuk menganjurkan satu solat hajat berjemaah dan berdoa ke hadrat Ilahi supaya kumpulan penyangak tersebut dimusnahkan,supaya mereka tidak melakukan kekacauan dan mengganggu masyarakat lagi.

Adakah mendoakan sedemikian itu salah? Ia mendoakan agar hanya “kumpulan penyangak” yang dimusnahkan tetapi tidak ahli-ahli kumpulan atau individu dalam kumpulan itu sama ada mereka beragama Islam atau tidak.

Tetapi dalam kes UMNO hanya ahli yang takut kepadaTuhan akan mengambil iktibar tetapi Harussani sebagai mufti mesti terangkan secara jelas, bukan sahaja untuk umat Islam tetapi untuk semua orang memahaminya. Harussani mendakwa bahawa PAS telah menganjurkan solat hajat dan mendoakan kebinasaan umat Islam; ini adalah tidak benar. Analogi di atas menjelaskan keadaan.

Harussani mesti mendapatkan penjelasan daripada pemimpin-pemimpin PAS sebelum memberi kenyataan umum yang tidak adil bagi PAS, tetapi memihak kepada UMNO dan kebenaran telah terlindung dari pengetahuan umum.

Beliau juga menambah secara sembrono mengatakan bahawa Nik Aziz berkata UMNO telah ‘murtad’ juga berdasarkan laporan Utusan Malaysia.

Harussani dan Melayu Kristian

Harussani juga merupakan orang yang membuat tuduhan pada bulan Februari 2011 bahawa 100,000 hingga 250,000 Melayu telah murtad dan memeluk Kristian. Dan di bulan November 2006  Harussani menyebarkan khabar angin mengatakan pihak Kristian akan melakukan upacara ‘baptism” untuk Melayu Kristian di Ipoh menyebabkan 300 orang berhimpun satu gereja di Ipoh untuk membuat bantahan. Baca di sini.

Telatah Harussani secara membuta-tuli dan tidak dirancang dengan sempurna telah memalukan umat Islam dan secara tidak langsung mengancam pihak Kristian di Malaysia tanpa bukti, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang mufti yang berwibawa. Beliau bukan sahaja memperbodohkan dirinya, beliau juga memperlecehkan institusi mufti itu sendiri dan membuat umat Islam ditertawakan.

Harussani juga tidak pandai memainkan peranan. Beliau  gagal untuk menyedari bahawa jika benar-benar itulah yang berlaku, maka UMNO selama tahun 55 berkuasa dan memperjuangkan “Ugama, Bangsa dan Negara” telah gagal mempertahankan Islam kerana 250,000 umat Islam telah murtad.

Beliau sudah tentu telah dimarahi pemimpin UMNO dan keadaan kembali tenang untuk seketika. Harussani sekali lagi bertindak melulu apabila beliau mengulas bahawa tindakan Najib dan Rosmah mengambil bahagian dalam upacara agama Hindu di Batu tanpa mendapatkan fakta-fakta yang betul. Sesungguhnya Najib tidak mengambil bahagian, tetapi hanya memerhatikan dari jauh dari atas sebuah  pentas.

Harussani mesti belajar untuk mentup mulut dan pastikan semua fakta sebelum menyuarakan sesuatu. Beliau mesti lebih waspada dan bukannya merapu setiap kali beliau membuka mulut. Jika tidak, beliau harus melepaskan jawatan mufti tersebut.

Mungkin juga Harussani tidak berniat mahu menyusahkan mana-mana pihak tetapi hanya berminat menjaga periok nasi beliau saja. Maka Harussani sanggup membuat fitnah semata-mata mahu membodek UMNO untuk kekalkan jawatan agaknya.

Kalau Mufti UMNO berperangai begini, tak hairanlah pencacai UMNO kesemuanya merapu tak tentu pasal semasa memberi komen di mediasosial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s