UMNO SEMAKIN RAKUS – AES hanya satu rompakan jalanan RM1.2 billion setahun

UMNO semakin rakus – AES hanya satu rompakan jalanan RM1.2 billion setahun

UMNO tidak berhenti-henti menyusahkan rakyat dengan berbagai tindakannya yang hanya menguntungkan pemimpin dan kroni-kroni mereka.

Memang benar Najib menghulurkan berbagai bantuan, tetapi hanya untuk memancing undi dan meredakan kemarahan rakyat. Cuba kita fikir sejenak, berapakah nilai RM500.00 pada hari ini? Malahan bukan semua rakyat menikmatinya! Pemimpin UMNO mengaut berjuta-juta Ringgit dari setiap projek yang dilaksanakan dan harta yang berjaya dikumpulkan tidak boleh dihabiskan selama tujuh keturunan!

Kita pernah terbaca berita van syarikat keselamatan dan lori penuh dengan cip-cip komputer yang dirompak di jalanraya dan juga di lebuhraya. Rompakan ini melibatkan nilai berpuluh juta Ringgit dan ada mangsa yang terbunuh. Ini di lakukan oleh perompak yang tidak berhati-perut, secara dirancang dan kejam sekali. Tetapi ini semua tidak menghairankan kerana ianya dilakukan oleh mereka yang diistilahkan sebagai penjenayah yang tidak takut pada pihak berkuasa dan undang-undang. Walaupun begitu, sekiranya tertangkap, pihak berkuasa sudah pasti akan meghukum mereka dengan setimpalnya.

Tetapi lain pula dengan rompakan yang dilakukan oleh UMNO

Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, merupakan dua syarikat kroni UMNO/BN yang telah diberikan kontrak oleh kerajaan UMNO/BN untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Kedua-dua syarikat tersebut diberikan hak untuk mendapat sebahagian dari bayaran saman dari pengguna jalanraya dengan permulaan RM16 bagi setiap saman. Nilainya akan bertambah setelah 5 juta saman dikeluarkan pada tahap pertama, kedua hingga ke tahap ketiga.

Dari perancangan yang dibuat oleh UMNO, kedua-dua syarikat, akan memungut RM600 juta bagi Ates dan RM800 juta bagi Beta tegap dalam setahun!

Jika 831 unit kamera telah dipasang, ini bermakna kos membekal dan memasang setiap unit ialah di antara RM722,000 hingga RM962,000.Baca di sini

Dua perbezaan yang ketara di antara peompak di atas dan UMNOialah pertama; UMNO merompak secara sah mengikut undang-undang dan kedua perompak di ats Cuma merompak seklai-sekali atau merompak sekali sehaja, UMNO pula melakukannya 24/7 dan 365 hari setahun!

Berapakah kos sebenar dalam setahun ianya mula beroperasi?

  1. Berdasarkan aggaran kos mengikut pecahan Jadual A,B,C dan D yang berikut, jumlah kasar perlaksaan projek ini di tahun pertama ia beroperasi ialah RM23,918,550.00, katakanlah RM24 juta.
  2. Sekiranya kita andaikan bahawa anggaran ini tidak tepat, kita boleh gandakannya satu kali bermakna kosnya ialah RM48 juta dan kita genapkan angkanya menjadi RM50 juta.
  3. Mungkin ada pihak MAMPU mempertikaikan angka ini, kita gandakan sekali lagi menjadi RM100 juta.
  4. Mungkin syarikat mahukan untung yang banyak, kita gandakan lagi sekali menjadi RM200 juta.

Persoalannya sekarang, walaupun telah digandakan sebanyak 8 kali, dari RM24 juta jadi RM200 juta dalam setahun, adakah ianya masih tidak mencukupi? Ini tidak munasabah!

Maka, di manakah rasionalnya kedua-dua syarikat tersebut diberikan hak untuk memungut RM600 juta bagi Ates dan RM800 juta bagi Beta tegap dalam setahun!

Maka UMNO sedang melaksanakan satu rompakan yang amat dahsyat 24 jam sehari sepanjang tahun berjumlah RM1,200 juta setahun! (RM600+RM800 – RM200)

Baik, bagi mereka yang mempertikaikan angka-angka ini harus keluarkan angka mereka sendiri untuk perbandingan.

Bagaimanapun teknologi yang digunakan oleh AES sudah wujud sejak satelit pertama buatan manusia telah dihantar ke orbit dan tidak ada masalah besar tentang hal itu. Pixel tinggi kamera digital pertama kali digunakan oleh NASA dalam penerbangan ke bulan ( selepas penerbangan pasukan pertama)  dan telah digunakan dalam industri pembuatan untuk mengesan kecacatan dalam proses pembuatan dan teknologi camera digital berpixel tinggi ini memerlukan pengubahsuaian mudah untuk kegunaan lain.

Sensor sonar , kelajuan dan lampu kilat telah wujud sebelum Perang Dunia I, jadi alat pengesan kelajuan di dalam  komponen camera AES telah lama wujud dan digunakan, maka tidak menasabah kosnya teramat tinggi.

Ingat, kos alat elektrik dan elektronik turun mengikut masa cuma rasuah di Malaysia sehaja yang meningkat dengan masa! Kos kamera polis trafik kira-kira sepuluh tahun yang lalu dibeli oleh kerajaan untuk PDRM adalah di antara RM15, 000 hingga RM18, 000 sehaja, dan camera tercanggih pun tidak semahal ini Baca artikal ini.

Perisisian computer  untuk AES ini sudah ada banyak versi di dalam pasaran antarabangsa dan perisian yang digunakan adalah yang sedia ada, dan sepatutnya tidak mahal.

 

Item Description Amount
A Set up company, main office, staffing ,maintenance and vehicles
1 *Setting up of company and office 150,000.00
2 **Rentals; Office and equipment @RM10,000/mth for 12 mths 120,000.00
3 Boss salary @RM20,000/mth for 12 mths 240,000.00
4 Managerial staff 3 nos. @ RM10,000/ mth for 12 mths 360,000.00
5 Engineers 5 nos. @ RM5,500/mth for 12 mths 330,000.00
6 Clerical and account staff 2+1 @ 2,500/mth for 12 mths 90,000.00
7 Power and water @RM15,000/mth for 12 mths 180,000.00
8 Telephones and internet @RM5000/mth for 12 mths 60,000.00
9 Vehicle down payments – 18 units @RM15,000 270,000.00
10 Vehicles and fuel for 5 nos. @ 15,000/mth for 12 mths 180,000.00
11 Contingencies; medical, repair, etc (Tea/Cleaner lady) 100,000.00
12 EPF & SOCSO contributions 123,400.00
Total cost 2,203,400.00

*Forming, register, advance office rental, renovation, furniture,cabinets basic necessities for 10 personnel ** Monthly rentals; Office and equipment. All salaries

Item Description Amount
B Regional roving maintenance team(Office, vehicle, staff) – *8 locations
1 Engineers 8 locations with 1 nos. @ RM5,500/mth for 12 mths 528,000.00
2 Technicians 8 locations with 4 nos. @RM4,000/mth for 12 mths 1,536,000.00
3 Office/rental/utilities/ staff 8 locations @RM25,000/mth for 12 mths 2,400,000.00
4 Vehicles and fuel : 2 uints, 8 locations @RM15,000/mth for 12 mths 2,880,000.00
5 Contingencies + EPF SOCSO 255,000.00
Total cost 7,599,000.00

*Peninsula= North,Central, South, East Coast, /Sarawak = North , South /Sabah = North , South

Item Description Amount
C Setting up, server, monitoring and control system at HQ
1 *Supply , install and commission main server, complete with back up 200,000.00
2 **Setting up VDU 16 nos. wide screen @ RM5000 80,000.00
Overal cost 280,000.00

*Standard server and customised software **Standard 40” LCD monitor for 14 states+ 2

Item Description Amount
D Supply, install and commissioning of cameras on site
1 *Price per unit camera 2048 X 1088 pixel 340 fps with IP connection 15,000.00
2 ᶧHousing 200.00
3 ᶧPost and support 450.00
4 **Installation and commissioning 1,000.00
Overall cost per unit 16, 650.00
Total for 831 cameras 13,836,150.00

*Based on standard security fixed CCTV camera at high security area with internet/broadband connection – purchased by AES concessionaires** Transport, logistics,manpowerStandard market cost – all these are sub-contracted to others

Item Description Amount
A Set up company, main office, staffing ,maintenance and vehicles 2,203,400.00
B Regional roving maintenance team ( Office, vehicle, staff) – 8 locations 7,599,000.00
C Setting up, server, monitoring and control system at HQ 280,000.00
D Supply, install and commissioning of cameras on site 13,836,150.00
Cost for one year ( first year in operation) 23,918,550.00
Advertisements

6 responses to “UMNO SEMAKIN RAKUS – AES hanya satu rompakan jalanan RM1.2 billion setahun

  1. Alaaaa…..maybe syarikat dah untung bejuta2 tanpa perlu tunggu duit saman pun. Kalu tak, takkan harga kamera berpuluh2 kali ganda dari harga asal. Kita sume diperbodohkan.

  2. Kalau tak nak bagi duit kita dekat kerajaan maupun kontraktor AES senang je, SILA PANDU MENGIKUT HAD LAJU YG DITETAPKAN DAN PATUHI UNDANG UNDANG JALANRAYA & necsaya syarikat kontraktor AES akan bankrup kerana tiada pulangan hasil spt yg dijanjikan oleh kerajaan. Tak perlulah masyarakat diMalaysia ni bertelagah mengenai AES ini kerana ianya telah dimainkan sebagai isu isu semasa oleh pihak pihak yg berkepentingan terutamanya orang orang politik. Kalau statistik menunjukkan ada penurunan kadar kemalangan setelah AES dikuatkuasa maka kita patut menyokong perlaksanaannya demi kebaikan kita semua. Kalau ditanya kepada pelancong pelancong yg datang melawat kenegara kita ni apakah satu perkara yg menakutkan mereka pasti mereka akan mengatakan tentang sikap pemandu pemandu kita apabila berada dijalanraya.

    • Ada setengah pihak mengatakan bahawa kita tak usah hiraukan masalah AES kerana kita boleh pandu perlahan apabila hampir di depan kamera tersebut. Dengan cara ini kita tidak akan disaman dan pihak syarikat kroni UMNO tak dapat pungut duit. Tetapi berapa ramai dari kita mampu berbuat demikian untuk mengelakkan disaman? Ingat sekarang cuma baru 14 kamera sudah disaman lebih 200,000 kenderaan, belum lagi 831 buah!

      Kalau kita perlahankan kenderaan, bagaimanapula orang yang di belakang kita? Adakah mereka juga akan perlahankan kenderaan mereka, ataupun mungkin kemalangan boleh berlaku!!

      Sikap menyerah begini akan memberanikan UMNO untuk membuat lebih banyak onar. Perbuatan mengelak di depan kamera AES sama seperti kita menggunakan laluan lain untuk mengelak dari diganggu oleh samseng yang menunggu di tengah jalan yang biasa kita gunakan. Sampai bila kita terpaksa gunakan jalan lain cuma kerana samseng yang jahat berada di tengah jalan? Sepatutnya samseng itu yang perlu ditangkap dan dihukum kerana menggangu jalan awam. Lagipun jalan itu bukan bapak samseng tu yang punya!!!

  3. AES tu projek JPJ dan JPJ tu bertanggungjawab kepada kerajaan dalam menjaga keselamatan pengguna jalanraya. Wajarkanh kerajaan menghalang JPJ menjalankan projek mereka untuk keselamatan pengguna jalanraya ? Majoriti pengguna adalah menyokong tindakan JPJ dan hanya segelintir mereka yang suka jalan laju membantah. Saya cadangkan supaya had kelajuan ditambah supaya dengan kelajuan 110 tidak kena saman tetapi had 150 memang patut disaman.

    • Yang jadi masalahnya ialah AES digunakan UMNO untuk ambil duit dari projek ini.Lagipun kenapa UMNO fokus kepada masalah kelajuan sehaja kerana kelajuan bukan penyebab kemalangan. Kemalangan disebabkan tertidur, mabuk, leka, sms ketika memandu, tidak tumpukan perhatian ketika memandu, jalan licin, jalan berlubang, jalan berombak, jalan gelap, memandu secara bahaya, kenderaan terlampau perlahanpun boleh menyebabkan kemalangan, tidak memberi isyarat, kesilapan pemandu lain, brek tidak berfungsi, tayar botak, rekabentuk jalan yang tidak sesuai, tanda arah tidak tepat, kon amaran tidak diletakkan di tempat sesuai, hujan lebat, pejalan kaki yang tidak gunakan jejantas, kenderaan diletakkan sembarangan,binatang ternakan berkeliaran di atas jalan, benda terjatuh dari kenderaan dan bermacam-macam lagi. TETAPI kenapa kelajuan sehaja di fokuskan seolah-olah ianya satu sehaja jalan penyelesaian?

      Kalau benar kelajuan menyebabkan kemalangan sudah tentu F1 diharamkan, sedangkan UMNO mempromosikan F!!! Had minimum di lebuhraya Jerman dipanggil Autobahn ialah minimum 150km/j.

      Ketika kenderaan melintas di depan camera AES, kenderaan tersebut tidak langsung menyebabkan kemalangan, cuma sekadar dipandu laju sehaja, pemandu akan disaman, ini tidak adil. Cuba bayangkan ketika seseorang di dalam kecemasan antara hidup atau mati, dan perlu pandu laju di depan kamera AES yang hadnya 80km/j, sedangkan dimasa itu tiada kenderaan lain, contohnya pukul 2.30 pagi. Patutkah pemandu itu disaman?

  4. jangan buat salah,sesiapa pun tak dapat untung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s