YANG RASUAH DAN TAMAK HALOBA ADALAH UMNO

Yang rasuah dan tamak haloba adalah UMNO- Syed Ali Alattas dan Dewan Perdagangan Melayu pengecut

Apa yang Datuk Syed Ali Alattas, Presiden Dewan Perniagaan Melayu nyatakan , “Rasuah dan tamak haloba gagalkan agenda bangsa”semasa merasmikan Kongres Ekonomi Melayu 2012 di PWTC sememangnya benar. Beliau mempersalahkan pemimpin Melayu secara am.Baca di sini.

Malangnya beliau gagal untuk menyatakan dengan tepat siapa yang merupakan pemimpin Melayu yang korup dan tamak. Ini bukan kali pertama orang Melayu menyuarakan pendapat yang serupa dan pemimpin-pemimpin Melayu terus dengan agenda peribadi mereka memperkudakan orang Melayu selama 55 tahun hanya untuk memperkayakan diri mereka masing-masing.

Syed Ali mesti berani menyatakan perkara sebenar dan menyuarakan apa yang dimaksudkannya secara terbuka dan terus terang. Siapakah pemimpin Melayu yang dimaksudkan Syed Ali itu?

Kalau difikirkan sudah tentulah mereka yang berkuasa selama ini dan siapa pemimpin Melayu yang berkuasa jika tidak mereka yang di dalam UMNO?

UMNO cuba mempersalahkan Anwar seorang sehaja.

Pemimpin Melayu yang paling berkuasa untuk melakukan sesuatu bagi agenda Melayu tidak lain dari presiden UMNO sendiri! Mereka adalah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tetapi sudah tentu beliau juga mesti senaraikan semua pemimpin UMNO yang korup dan tamak. Sanusi Joned bekas Menteri Besar Kedah pula menyalahkan Anwar semata-mata (baca di sini)sedangkan Anwar cuma Menteri Kewangan semasa Mahathir menjadi perdana menteri.

Sekiranya Anwar tidak sepatutnya membenarkan penubuhan Alliance Bank dan Hong Leong Bank, kenapa Mahathir tidak campur tangan dan menghalang Anwar dari berbuat demikian kerana Mahathirlah yang paling berkuasa dimasa itu? Sedangkan apabila Anwar tidak mahu menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan Konsortium Perkapalan Bhd (baca di sini), syarikat perkapalan Mirzan anak Mahathir, Mahathir amat marah dan telah mengggunakan kuasanya bukan saja memaksa Petronas menyelamatkan syarikat tersebut, malahan Anwar dan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas juga dipecat sekali!

Syed Ali Alattas presiden Dewan Perdagangan Melayu adalah seorang pengecut!

Tetapi mengapa Syed Ali takut untuk memperincikan tuduhannya memandangkan ini telah berlaku selama lima dekad lamanya, selama UMNO memerintah Malaysia apabila merdeka dan selepas begitu banyak kongres Melayu telah diadakan! Apakah gunanya mengatakan perkara-perkara rasuah dan tamak haloba secara umum apabila ia semestinya diperincikan!

Adakah Syed Ali bermaksud sebaliknya?

Sesungguhnya pemimpin Melayu dalam parti pembangkang semua tidak mempunyai kuasa seperti pemimpin UMNO, malahan mereka telah diganggu dan dipinggirkan. Suara mereka tidak pernah didengar sehingga kini!

Come on Syed Ali, katakan dengan jelas yang pemimpin-pemimpin Melayu yang rasuah dan tamak, sebutkan nama-nama mereka dan perinci kan aktiviti rasuah mereka yang sudah menjadi rahsia terbuka, dan boleh didapati di internet. Beberapa daripada mereka telah pun didapati bersalah seperti Isa Samad, Ali Rustam dan Khir Toyo. Jadi apa yang anda takutkan?

Mungkin Syed Ali, anda tidak jujur di dalam apa yang anda katakan. Pepatah Melayu mengatakan “Cakap tak serupa Bikin”, anda tidak berani mengotakannya!

Sebenarnya semua komuniti perniagaan Melayu bergantung pada belas ihsan UMNO. Ahli-ahli perniagaan Melayu perlu menjilat punggung pemimpin UMNO supaya diberi peluang perniagaan. Malahan lebih dahsyat lagi kerana pemimpin UMNO akan terus meminta lagi walaupun sudah menerima apa yang telah dipersetujui dalam tawaran rasuah yang telah dijanjikan kepada mereka! Walaupun projek telah lama siap dan wang dari projek tersebut telah lama habis, pemimpin UMNO pasti akan meminta lagi!

Para peniaga Melayu yang malang, apakah yang anda semua perolehi?

Anda tidak akan mendapat daging tetapi akan ditinggalkan dengan tulang; hanya sisa-sisa, kerana bahagian yang lebih baik daripada peluang niaga tersebut adalah untuk orang-orang kuat dan pemimpin UMNO itu sendiri!

Kita tahu bagaimana kaya Mirzan Mahathir kini! Kita semua tahu bagaimana kaya kesemua menteri UMNO kini! Rumah –rumah besar mereka boleh dilihat di dalam internet! Oh, jangan lupa perempuan-perempuan simpanan mereka juga. Maka tidak hairanlah kenapa mereka berasa paling tidak selesa apabila mereka mendengar perkataan “Hudud” yang Chua Soi Lek seolah-olah sedang mendera mereka sekarang ini!

Malahan Jamil Khir Baharom umpamanya yang semoleknya menjalani hidup yang sederhana berdasarkan latar belakang agamanya mempunyai sebuah mahligai! Bandingkannya dengan rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan!

Syed Mokhtar Albukhary mungkin lelaki ke-7 terkaya di Malaysia dan secara rasmi merupakan Melayu terkaya di negara ini, tetapi kumpulan konglomerat beliau terhutang RM34 bilion sehingga kini. Syed Mokhtar sering diamanatkan untuk mengambil-alih syarikat GLC yang kerugian seperti Proton danKTMB dan adakah anda masih ingat Tajuddin Ramli, yang telah terpaksa melepaskan MAS yang kerugian beratus juta Ringgit dan walaupun dia telah membuat beratus-ratus juta, beliau hampir terperangkap dalam kemelut itu dan hampir muflis jika terpaksa kembalikan berjuta-juta yang telah diambil daripada MAS! Datuk Abdul Rahman Maidin juga hampir terperangkap di dalam kemelut MRCB.

Tan Sri Rozali Ismail juga menerajui Syabas yang sedang mengalami kerugian! UMNO yang merencanakan semuanya dan Syabas akhirnya terjerat dengan penyelewengan dalamnya sendiri kerana tidak menunaikan tanggung-jawab syarikat yang termaktub di dalam perjanjian konsesi bekalan air Selangor. UMNO cuba berdalih dan menyalahkan Kerajaan PR Negeri Selangor, tetapi ini adalah satu isu berasingan.

Bukan “Ketuanan Melayu” TETAPI “Ketuanan Taukeh Cina”

Sebenarnya UMNOlah yang menggagalkan agenda Melayu yang diciptanya sendiri kerana rasuah dan tamak. UMNO sebenarnya lebih selesa berurusan dengan Taukeh-Taukeh Cina an UMNO tahu, segala bantuan dan modal yang di berikan kepada peniaga Melayu, akhirnya akan disalurkan (baca di sini) kepada Taukeh-Taukeh Cina yang merupakan kawan-kawan karib pemimpin-pemimpin UMNO.

Sanusi Joned mengatakan, “The Malays were unable to accumulate wealth as while they earned money it was ultimately spent in non-Malay businesses. Who is rich? Are we? Where is the money? There is none! It goes through the channels of non-Malays. The money only passes through Malays and that’s why we are unable to accumulate!

Bekas Menteri Besar Kedah itu juga menyatakan bahawa kebiasaannya “kuasa politik” dipegang oleh mereka yang “menguasai ekonomi” Ini bermakna laungan “Ketuanan Melayu” yang dibuat UMNO selama ini hanya bermain di bibir mereka, ketuanan sebenarnya adalah “Ketuanan Taukeh Cina!” Pemimpin UMNO boleh dibeli oleh Taukeh Cina!

UMNO sengaja membenarkan perkara ini berlaku selama 55 tahun mereka berkuasa atau menutup sebelah mata. Lihat sehaja apabila Tun Mahathir sendiri mengatakan Tun Ling Liong Sik yang didakwa ddi dalam kes PKFZ (baca di sini) merupakan seorang yang jujur dan tidak mampu menipu (baca di sini) untuk menyelamatkan Taukeh-Taukeh Cina di dalam projek PKFZ yang akan mengaut RM12 billion di dalam masa beberapa tahun saja lagi!

Peringatan kepada peniaga-peniaga Melayu

Selagi dan sehinngga semua perniaga-peniaga Melayu terutama di bawah naungan Dewan Perniagaan Melayu membebaskan dari belenggu UMNO yang mengikat leher mereka, anda boleh anjurkan beratus-ratus malahan beribu-ribu kongres, nasib anda tidak akan banyak berubah dan tidak akan berupaya berdikari dan menyaingi kaum lain selama-lamanya. Masakan tidak, kerana anda semua penakut walaupun untuk menyuarakan perkara yang benar untuk, kepentingan and sendiri! Pepatah Inggeris mengatakan ,” Don’t even hope if you dare not even talk!”

Related articles;

  1. Desperate year for UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s