MAHATHIR/UMNO; umpama Alibaba dan 40 orang penyamun

Mahathir/UMNO;  umpama Alibaba dan 40 orang penyamun

Mahathir Mohamad

Mahathir sememangnya seorang pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan. Malangnya semasa beliau menjadi PM, kuasa yang diamanatkan kepadanya telah digunakan dengan sepenuhnya (extreme) hingga memberi impak yang negatif kepada UMNO dan Malaysia.

Dengan kuasa yang ada pada Mahahtir, beliau menjadi degil, rakus hingga lupa diri sehingga tidak boleh menerima teguran atau pandangan orang lain. Maka sesiapa yang berani menegurnya dan terus mencabarnya akan dihukum. Jadi yang tinggal hanyalah Pak Turut iaitu ‘yes man’ dan golongan pembodek dan yang bacul sehaja.

Justeru itu , kesilapan Mahathir tidak dapat diperbetulkan dan natijahnya  UMNO sekarang ini ketandusan satu lapisan pemimpin yang berintelek dan berani  sehingga Pak Lah yang tidak berwibawa terpaksa dilantik sebagai PM dan Khairy menjadi “de facto PM”. Najib pula tidak sehebat mana dan segala rancangan transformasinya tidak mencapai apa yang diharapkan.

Malaysia pula terpaksa berhutang kerana Mahathir menghabiskan hampir kesemua sumber kewangan negara kerana taksub dengan segala projek mega yang sebenarnya hanya pembaziran dan skim buat duit UMNO.

Apakah pencapaian rakyat sekarang ini?

Cuba kita lihat, apa yang kita rakyat Malaysia dapat setelah berjaya menawan kemuncak Everest atau pun berjaya menghantar angkasawan ke Pusat Angakasa Antarabangsa? Adakah rakyat Malaysia dihormati apabila oleh orang luar negara? Adakah kita hidup dengan lebih selesa dan bertambah harmoni? Jawapan untuk ketiga-tiga soalan tadi ialah “TIDAK,TIDAK,TIDAK”. Rakyat hidup dengan hutang sekeliling pinggang! Malahan pencacai UMNO pun berhutang keliling pinggang juga dan yang kenyang cuma pemimpin atasan UMNO!!

Mahathir sendiri mengaku bahawa Menara Kembar Petronas masih tidak dipenuhi sepenuhnya hingga ke hari ini! Tol yang perlu dibayar untuk menggunakan lebuhraya masih meningkat sedangkan permukaan lebuhraya bertambah teruk; terkopek, tidak rata dan bergelombang membuatkan kenderaan seolah-olah dilambung ombak ketika menggunakannya.

KLIA yang dibanggakan juga telah mula kusam kerana pihak Malaysia Airport Bhd (MAB) kekurangan dana untuk membuat penyelengaraan yang berkualiti. Sikap penyelia kerja-kerja membersih yang malas memantau kerja tersebut memburukan lagi keadaan. MAB ketandusan dana kerana terpaksa menampung kos menyelengara Litar F1 Sepang, membantu penerbangan Malaysia (MAS)dengan tidak menuntut bayaran fee pendaratan pesawat MAS dan memberikan kontrak-kontrak MAB kepana kroni-kroni Mahathir dengan harga yang lumayan. MAS pula kerugian ratus juta Ringgit setiap tahun!

Malahan pusat pemerintahan Malaysia, Putrajaya juga menerima nasib yang sama; ianya semakin kusam dengan jalanraya yang tidak diperbaki dengan betul, tanda-arah yang masih bercelaru, rumah kediaman yang telah hilang serinya, tanah di tebing jalan runtuh, bumbung masjid bocor, siling pejabat kerajaan runtuh dan beberapa pejabat kerajaan yang bumbungnya bocor sehingga sekarang.

Akibat dari perbuatan Mahathir yang tidak bertanggung-jawab untuk memastikan dana Negara masih cukup, Pak Lah terpaksa membatalkan beberapa projek mega kerana Malaysia terpaksa tumpukan perhatian untuk membayar hutang. Sekiranya Mahathir betul-betul pandai, UMNO sekarang ini sepatutnya lebih mantap, tetapi akhirnya UMNO menjadi begitu lemah.

Mungkin ada penyokong UMNO mengatakan Malaysia banyak membangun di zaman Mahathir, tetapi sebenarnya pada era Mahathir pembangunan berlaku secara global; “Mahathir is just around at the right time”, Mahathir bernasib baik kerana beliau menjadi Perdana Menteri di masa itu. Satu perkara yang mesti kita persoalkan adakah Mahathir mampu melakukan pembangunan di masa keadaan yang tidak menentu sekarang ini , di dalam kedudukan Hutang Negara mencecah RM260 billion?

Kenapa perlu tolak UMNO/BN?

Sekiranya pencapaian negara adalah terbaik, kenapa keadaan ini tidak berkekalan? Di mana silapnya? Kenapa dahulu, pelajar tidak perlu berhutang, kenapa sekarang terpaksa berhutang dengan PTPTN? Kenapa rakyat sekarang memerlukan bantuan BR1M?

Penyokong UMNO terpengaruh dengan gesaan Mahathir supaya rakyat bersyukur kepada UMNO dengan apa yang ada. Ini satu gesaan yang salah kerana kita hanya bersyukur pada Tuhan. Kenapa pula kita mesti bersyukur kepada UMNO sedangkan UMNOlah yang menyebabkan negara ini menjadi tidak menentu selepas memerintah selama 55 tahun?

Mahathir mengatakan sebagai contoh, ramai rakyat Malaysia yang diberi biasiswa belajar ke luar Negara tidak berterima kasih, malahan mereka menentang kerajaan. Sila baca di sini .

Ini tidak benar sama sekali kerana tiga perkara seperti berikut:-

  1. Sudah menjadi tanggung-jawab kerajaan menyediakan segala kemudahan, menguruskan kewangan negara dan memajukan negara. Ini tugas pemerintah, dan olehkerana keadaan memerlukan, pelajar terpilih dihantar ke luar negara. Mereka berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Tuhan. Tetapi kenapa harus diungkit? Kenapa Mahathir kerap mengungkit perkara ini, seolah-olah tdak ada perkara lain? Mungkin inilah sehaja kebaikan yang kerajaan UMNO/BN telah lakukan!!
  2. Ramai pelajar yang dihantar ke luar Negara dapat menilaikan tahap kedudukan ekonomi, politik dan perundangan di luar negara. Pemimpin di sana tidak mengamalkan sistem rasuah, menguruskan ekonomi dengan baik dan bijak sehingga maju dan mengikut peraturan dan undang-undang negara secara demokratik. Maka pelajar-pelajar ini membuka mata mereka dan sedar bahawa kerajaan pimpinan Mahathir/UMNO banyak menyeleweng, rasuah, membazir, mencuri duit rakyat dan mengkayakan kroni. INILAH yang ditentang oleh pelajar-pelajar ini dan juga yang ditentang oleh rakyat.
  3. Rakyat menyokong semua kebaikan UMNO/BN dan menentang semua keburukan dan kejahatan UMNO/BN. Malangnya setelah 55 tahun Merdeka di bawah UMNO/BN, lebih banyak masalah dan keburukan yang telah dilakukan oleh UMNO, maka inilah yang ditentang oleh mereka.

Kita harus ingat juga sifat kepimpinan pun ada di kalangan penyamun, pencuri

Ketua Penyamun

dan perompak. Sekiranya sumber kewangan negara telah habis,dan ramai pemimpin UMNO dan kroni bertambah kaya-raya, tidak terbayangkah anda  semua tentang daya kepimpinan P.Ramlee di dalam fliem “Ali Baba dan 40 orang penyamun’?

Di sini ada dua perkara yang boleh kita lihat;

  1. P.Ramlee, (Ketua Penyamun) telah bejaya sebagai pemimpin penyamun untuk mengumpulkan harta di dalam gua. Ini adalah ketua penyamun yang ‘berwibawa’. Sebaliknya Malaysia mempunyai harta semulajadi yang dianugerahkan Tuhan seperti bijih, hutan balak, petroliam, getah, kelapa sawit, alam semulajadi, lokasi yang selamat dari bencana alam dan lautan yang menyediakan sumber dari laut, tetapi semua khazanah negara ini habis di tangan UMNO. (Bandingkan Afghanistan dan banyak Negara di dunia ini tidak ada hutan dan laut, Indonesia dilanda gempa bumi, Filipna dilanda rebut taufan, Thailand dilanda banjir besar dan Singapura hanya sebuah pulau yang kecil).
  2. Aziz Satar (Ali Baba) pula hanya mengambil sedikit sehaja harta dari

    Aziz Satar (Ali Baba)

    gua   tersebut untuk kegunaannya. Beliau tidak tamak. Tetapi Shamsudin (Kasim Baba) pula mejadi tamak dan mengaut kesemua harta di dalam gua tersebut kecuali sebiji lampu yang tidak diusik kerana panas.

Kecurian, penyamunan dan rompakan terjadi beberapa kali dan peringkat di Negara ini.

  1. Pertama ; khazanah semulajadi yang dianugerah Tuhan telah hamipr habis disonglap oleh UMNO/BN.
  2.  Kedua ; segala wang, dana dan sumber kewangan di dalam institusi     kewangan seperti perbendaharaan negara dari hasil cukai yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dihabiskan oleh UMNO/BN dan perlu berhutang. Petronas, Khazanah Nasional, KWSP juga tidak selamat kerana UMNO/BN telah mula mengeluarkan wang dari institusi-institusi tersebut dan sedikitpun tidak membayar balik sehingga sekarang. Malahan UMNO/BN tidak ada niat dan  rancangan untuk membayar balik walau satu sen sekali pun.
  3.  Ketiga; UMNO/BN tidak berjimat cermat di dalam melaksanakan projek-projek pembangunan. Kos projek sentiasa meningkat dan kos perbelanjaan semua kementerian melebihi bajet yang disediakan. Penyelewengan terjadi kerana tender diuruskan secara rundingan dan tertutup. Pihak yang membazir tidak pernah diambil tindakan. UMNO/BN juga tidak mahu memikirkan projek alternatif yang lebih, baik, efisien dan menjimatkan. Sebagai contoh, kerajaan Negeri Selangor baru sehaja mengumumkan bahawa ada alternatif yang sama berkesan tetapi murah untuk menyelesaikan masalah air di Selangor. Sila baca di sini. Sama juga dengan projek RAPID di Pengerang Johor, ada alternatifnya  di sini.
  4. Keempat; kerana UMNO/BN jugalah negara kita akan tergadai sekiranya Hutang Negara tidak mampu dibayar balik, ataupun UMNO/BN akan menambah lagi hutang yang sedia ada sekarang sehingga negara muflis seperti apa yang terjadi di Greece.

Inilah yang semua rakyat Malaysia termasuk penyokong dan ahli UMNO mesti tentang. Sama seperti masalah air di Selangor yang ada alternatifnya, kita rakyat Malaysia juga mempunyai alternatif untuk memilih kerajaan, selain dari UMNO/BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s