PENEROKA FELDA YANG SENTIASA DIABAIKAN

http://www.malaysia-today.net/archives/archives-2011/44770-fakta-fakta-penyenaraian-felda-yang-tidak-kan-disiarkan-tv3-dan-utusan

http://sakmongkol.blogspot.com/2011/11/chairman-isa-and-listing-of-felda.html

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/17/clandestine-secret-society-operating-govt-businesses/

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/16/49-peneroka-tuntut-rm7-35-juta-dari-felda/

http://cdn.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=22972:anak-challenges-minister-to-prove-claim-over-felda-listing&Itemid=2

Rancangan  tanah FELDA dicetuskan dan dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak bermula dari tahun 1956 bertujuan memberi peluang rakyat yang miskin dan tidak mempunyai tanah, pendidikan yang sempurna dan tiada potensi untuk mendapat kerja selain dari kerja kampung untuk meneroka kehidupan baru dan berjaya.

 Segala perlaksanaan projek ini serta kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bukanlah percuma. Kerajaan cuma menyediakan modal, melaksanakannya rancangan meneroka tanah baru dan perlu dibayar balik oleh peserta tanah rancangan melalui  potongan dari jualan hasil mereka selama 15 tahun. Keluasan tanah yang akhirnya dimiliki oleh peneroka ialah 10 ekar termasuk kawasan pertanian, kebun buah-buahan dan tapak rumah. Hampir semuanya telah habis dibayar dan peneroka sekarang ini bebas membuat keputusan sendiri untuk mengusahakan tanah mereka atau untuk menjualnya tetapi hanya dengan kebenaran dari FELDA.

 Walupun begitu, mereka sebenarnya masih tidak bebas dan halangan ini sengaja dibuat oleh UMNO bagi menggunakan peneroka FELDA untuk membuat duit serta untuk mendapat undi bagi memenangi pencalonan dan piliharaya, ini sudah menyelewengan dari matlamt asal dan  wajib diperbetulkan dan dibendung. UMNO tahu, hampir keseluruhan peneroka tidak bijak berfikir dan mereka ini senang dipermainkan dengan hanya janji-janji kosong dan sedikit “gula-gula”

 Kita perlu sedar bahawa peneroka tanah FELDA berasal dari golongan yang daif di dalam segalanya dan meraka mudah terpedaya . Bukan sehaja UMNO tidak  peka, sensitif atau prihatin terhadap masalah ekonomi, rumahtangga, social, pelajaran, kebajikan dan masa depan tanah rancangan tersebut, malahan mereka selalu ditipu.

 Masalah dadah, bohsia, cerai-berai, pengangguran, buta huruf, pecah rumah, kecurian dan macam-macam lagi masih menghantui peneroka, waris dan  generasi berikut tanpa sebarang tidakan proaktif dari UMNO malahan mereka ditipu yang terbukti di dalam beberapa kes tuntutan dari peneroka di mahkamah baru-baru ini. Mereka terus diabaikan dan hanya segelintir sehaja yang mampu mengubah nasib dan masa depan mereka, segelintir inilah sehaja yang diheboh dan diwar-warkan melaui media dan propaganda UMNO.

 Baru-baru ini UMNO menggambarkan kejayaan yang amat cemerlang telah dicapai oleh FELDA kerana ianya akan menjadi suatu syarikat gergasi di bidang pertanian. Rakyat juga dikaburi dengan persepsi FELDA mempunyai dana yang besar bagi melaksanakan segala projek yang dirancang.

 Pihak pembangkang pula menyatakan FELDA hampir muflis. Datuk Ahmad Maslan masih menegakkan benang basah walaupun kita tahu FELDA telah gagal di bidang pelaburan dan pengurusan dana serta terpaksa meminjam RM6 billion dari KWSP yang pulangannya masih tidak menentu dan kemungkinan ianya akan hangus begitu sehaja memandangkan Datuk Isa Samad yang menerajui FELDA adalah seorang yang rasuah.

 Rakyat umumnya dan peneroka FELDA serta anak-anak peneroka yang celik IT dan mengetahui isu semasa mesti membuat sesuatu dan tidak harus bediam diri. Mereka mesti bertindak sekarang sebelum semuanya terlambat. FELDA berkemungkinan besar untuk bankrap (muflis) dan saham serta tanah peneroka yang terlibat akan tergadai. Walaupun tidak bankrap, tetapi ianya tidak memberi untung kepada peneroka dan hanya pihak pengurusan dan pemimpin-pemimpin UMNO di dalam FELDA akan menjadi kaya-raya dan bermewah-mewahan.

 Kita semua mesti sedar bahawa setiap projek samada besar atau kecil, membaik-pulih jalanraya, membina longkang, papan-tanda jalan, membeli hasil, menanam semula dan segalanya yang dijalankan FELDA sentiasa melibatkan penyelewengan dan rasuah.

 Pegawai FELDA mendapat imbuhan dari kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal. Mereka juga bersekongkol dengan pekilang-pekilang untuk menipu peserta. Menteri pula tidak pedulikan semua penyelewengan ini kerana mereka juga terlibat sama. FELDA adalah lubuk wang bagi mereka. Memang sukar untuk membuktikannya. Sebab itulah UMNO selalu memberikan alasan, “kalau ada bukti, laporkan kepada pihak berkuasa!”. Orang yang membuat  jahat seperti mencuri tidak akan terang-terang membuatnya. Orang yang rasuah, sudah tentu merahsiakan perbuatan mereka!

 Sokongan perlu diberikan kepada gerakan anak-anak FELDA, layarilah   

http://anak-anakfelda.blogspot.com/

 http://en.harakah.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2418:felda-plantation-is-illegal-insists-anak&catid=36:headline&Itemid=70

 http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/27/police-report-on-rm6-billion-epf-loan-to-felda/

http://inertz.com/2010/02/demo-anak-felda/

 http://web7.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=324214 

untuk maklumat selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s