UMNO MASIH MEMERLUKAN NAJIB

Dari Malaysia Chronicle;

http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=17583:khabar-baru-bertiup-kencang-dalam-umno&Itemid=2

Dari Malaysia-Today;

http://mt.m2day.org/2008/content/view/14162/84/

Dari UMNO REFORM;

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1189&Itemid=58

 UMNO MASIH MEMERLUKAN NAJIB

Masalah yang dihadapi UMNO sekarang ini ada berbagai-bagai:

  • Sokongan dari orang Melayu telah berkurangan sedikit demi sedikit. Pemuda UMNO di bawah pimpinanan Khairy Jamaludin telah gagal untuk membuat “roadshow” yang dijanjikan semasa dilantik sebagai ketua pemuda dan muda-mudi Melayu tidak dapat dipujuk menyertai UMNO seperti yang diwar-warkan. Penyokong UMNO generasi dulu telahpun ramai pergi buat selama-lamanya. Orang-orang Melayu yang menjadi ibu dan bapa kepada generasi muda ini pula berpecah kepada 5 bahagian menyokong UMNO, PAS, PKR, DAP dan berkecuali atau tidak mengundi langsung.
  • Pergolakan di dalam UMNO sendiri yang telah menjadi darah-daging di dalam UMNO di mana pemimpin UMNO berebut jawatan dan kuasa, semuanya atas kepentingan peribadi dan bukan kerana parti, bukan kerana UMNO dan bukan kerana orang Melayu. Pergolakan ini terjadi di setiap cawangan, bahagian, negeri dan malahan di Majlis Tertinggi. Semuanya yang terlibat dengan “mazhab” UMNO sekarang ini bergolak. Penyokong, pembodek, pekerja parti, kakitangan awam, guru-guru, para profesional, ahli perniagaan, pengamal media dan yang benci UMNO pun sedang bergolak di bawah “mazhab” UMNO. Pergolakan ini telah memuncak dan akibatnya, barisan UMNO telah goyah dan longgar hingga mencetuskan krisis kepimpinan di setiap peringkat. Malahan kedudukan presiden UMNO juga tergugat.
  • UMNO pada keseluruhannya telah membuat berbagai kesilapan, skandal, rasuah, penyelewengan, pembaziran dan pembohongan. Saya tidak mahu menghuraikan satu persatu, cukuplah dengan anda sendiri melayari internet untuk mendapatkan berbagai informasi. Malangnya UMNO tidak mahu mengaku kesilapan mereka dan tidak langsung mahu memperbaiki keadaan.
  • UMNO juga telah gagal untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu khasnya dari dahulu lagi, dari Dasar Ekonomi Baru, Bersih Cekap Amanah, Pandang Ketimur,Melayu Baru, Wawasan 2020, Bekerja Dengan Saya, Islam Hadhari dan terkini 1Malaysia. Disini cukup dengan saya petik pengakuan Dr. Mahathir yang beliau telah gagal menyedarkan orang Melayu dan equiti ekonomi orang Melayu merundum ke bawah 10%. Akibat dari kegagalan ini UMNO telah hilang punca dan hilang pedoman. Usaha untuk membangkitkan semangat “Ketuanan Melayu” menghadapi jalan buntu, dan ada pihak yang telahpun menyindir “Tanah Melayu Ketuanan China” akibat dari UMNO berurusan dengan semua “Towkay China”  yang menjadi tulang belakang UMNO.
  • UMNO juga sekarang ini kekurangan dana terutama untuk memenangi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.Beratus -ratus juta Ringgit diperlukan ,malahan ada yang menganggarkan RM5 billion (mungkin tidak betul).Ramai tahu dibelakang menteri dan pemimpin UMNO semuanya ada “Towkay Cina”, Vincent Tan (Berjaya Group), Ting Pek Khing (Ekran Bhd), Francis Yeoh (YTL Bhd), Yeoh Tiong Lay (YTL Bhd), Lim Goh Tong/ Lim Kok Thay Genting Bhd), Tan Kay Hock (George Kent Bhd),  Lee Shin Cheng (IOI Bhd), Tiong Hiew King (Ribunan Hijau-balak), Kua Sian Kooi (Kurnia Insurance), Lim Wee Chai (Top Glove-getah), Jeffrey Cheah (Sunway). UMNO mendapat sokongan dana dari mereka semua untuk mengekalkan kuasa dengan politik wang. Tetapi kini, UMNO telah kurang mendapat sokongan dari mereka ini kerana ekonomi Malaysia telah jatuh.Konglomerat China ini tidak dapat untung yang diharapkan.

Apakah pilihan UMNO, Najib atau Muhyidin?

Najib sukar dijatuhkan kerana sokongan kepada beliau masih menyeluruh dari semua lapisan pembodek UMNO di semua negeri di Malaysia. Najib masih ketua UMNO Selangor. Ketua-ketua UMNO di negeri-negeri lain masih membodek Najib kerana Najib yang meletakkan mereka di tempat tersebut.

Muhyidin (dan Hishamudin) cuma boleh berlagak di Johor. Di manakah kekuatan Muhyidin? Memang benar Mahathir di belakang Muhyidin tetapi Mahathir sudah tidak bertaring macam dulu. Ketajaman taringnya telah digunakan untuk menjatuhkan Pak Lah dan sudah tumpul sekarang.

Muhyidin tidak pandai berpolitik, malahan kedudukan beliau di Johor pun bukan stabil sangat, kerana ramai pemimpin UMNO di Johor yang berkaliber. Muhyidin pernah digerhanakan oleh Ghani semasa Muhyidin dipindahkan ke pusat sebagai menteri pertanian di zaman Pak Lah, suatu jawatan yang sengkek.

Muhyidin tidak ada paras dan tokoh seorang PM. Beliau tidak pandai berbahasa Inggeris dan isteri beliau walaupun bukan suatu bebanan, dia juga bukan satu “asset” yang boleh menambah nilai Muhyidin.

Najib tidak pandai merancang dan mengolah tetapi usahanya berterusan dan orang awam nampak beliau berusaha walaupun tidak seberapa. Persepsi orang awam amat penting. Orang awam tidak dapat melihat  satu apa jua dari Muhyidin dan kementerian pendidikan tidak menyerlahpun, malahan isu Bahasa Inggeris masih tiada kepastian. Kalau satu isupun Muhyidin tak boleh selesaikan, bagaimana beliau boleh selesaikan isu negara?

Muhyidin cuma pandai memberi idea dan mencetuskan sesuatu tetapi tiada usaha selanjutnya untuk menjayakan ideanya.” Malay first …and Malaysian second “ tidak ada susulan langsung dari Muhyidin. Mungkin Muhyidin sendiri telah lupa ucapan beliau tersebut. Sekarang ada pula ura-ura untuk melantik pemimpin MCA sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila Muhyidin berjaya menjadi Perdana Menteri!! Dari pandangan orang awam dan Melayu marhain, ini kerja gila!!

Najib masih ada kekuatan diri walaupun dilanda berbagai skandal.Ini terbukti kerana beliau masih boleh bertahan sehingga kini. Beban sebenar Najib cuma satu, ia itu isteri beliau sendiri. Kalau Najib singkirkan isteri beliau dan suruh duduk di rumah diam-diam, maka Najib mungkin menjadi kuat semula.Slogan 1Malaysia walaupun tidak ada kesan yang banyak, ianya masih berterusan, masih bernyawa. UMNO tidak ada pilihan lain. Sekiranya pertukaran pemimpin dilakukan sekarang, risiko perpecahan dan kalah teruk di masa pilihanraya nanti terlampau tinggi kerana masa teramat singkat untuk membuat kerja baik-pulih (overhaul). UMNO tiada seorangpun tokoh yang boleh menyatukan UMNO dan BN.

Dengan berbagai masalah yang telah saya nyatakan, UMNO terpaksa menaruh harapan kepada Najib. Tetapi bila pula agaknya pilihanraya akan diadakan?

2 responses to “UMNO MASIH MEMERLUKAN NAJIB

  1. Kebanyakan orang lebih suka kondem dari membantu…Same goes to you I guess.

    • Well Najib has so many scandals of his own making. He has to solve it himself. UMNO has done so many wrongs for the past 54 years nad still continuing doing it. The only way is to get them out.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s