KEDANGKALAN PEMIKIRAN DI KALANGAN MUDA-MUDI MALAYSIA – satu teguran

Sekiranya kita amati hujah-hujah dan komen-komen di kalangan mahasiswa atau pelajaran institusi pelajaran tinggi serta pemuda-pemudi Malaysia di internet ciri-ciri pemikiran mereka amat terselah. Ye, cukup jelas.

 Ramai yang tidak tahu mengeja dengan betul dan membuat ayat dengan sempurna. Sekiranya mereka menggunakan SMS di telefon bimbit memang boleh diterima ejaan dan ayat-ayat ringkas, tetapi apabila membuat komen di internet, mereka masih tidak dapat mengubah pemikiran mereka ke platform yang lebih sempurna ini. Sifat begini menunjukkan sikap yang negatif dan tidak menambah nilai kepada individu tersebut.

Hujah-hujah yang mereka berikan di laman social, portal berita, majalah atas talian dan sebagainya cuma berkisar kepada  topik spontan dan tidak mengambil kira topik keseluruhannya serta yang ada kaitan dengannya.

Sebagai beberapa contoh;

Apabila Mat Sabu membuat ulasan dan sebahagian dari ulasannya disiarkan di akhbar Utusan Malaysia, majoriti mahasiswa yang memberi komen hanya mengiakan atau menidakkan artikal di akbar itu tanpa berfikir panjang dan membuat sebarang semakan dan rujukan lain.Mereka memberikan komen yang pedas, panas dan beremosi tetapi malangnya tanpa sebarang isi! Malah ramai yang keluar dari tajuk dan meyimpang jauh dari isu sebenar, ia itu isu sejarah. Mat Sabu ada buku terbitan Johor mengandungi Mat Indera sebagai seorang wira negeri Johor. Kenapa tidak kaitkan isu Mat Indera dengan “kebenaran sejarah” atau “ mencari kebenaran”?

 Isu JAIS “menyerbu” Gereja Methodist Damansara Utama dan perarakan damai BERSIH 2.0 pun begitu. Kenapa tidak kaitkan kedua-dua isu ini dengan “mencari kebenaran” atau “menegakkan kebenaran” atau “menyuarakan kebenaran”?

Mereka yang memberi komen sebenarnya tidak serious dan hanya memberi komen dan tekaan sembrono. Hanya suka-suka.

Saya rasa tidak salah sekiranya komen-komen yang tidak serious, berjenaka dan bergurau dibuat di portal hiburan seperti Akademi Fantasia ataupun majalah hiburan yang lain. Tetapi janganlah terbawa-bawa ke perkara yang serious seperti masalah negara dan masa depan anda sendiri!

Kalau inilah sikap dan sifat sebenar muda-mudi di Malaysia, ini bermakna Malaysia akan menghadapi zaman kegelapan kerana generasi inilah yang akan mengambil alih dan menduduki Malaysia kelak . Generasi yang berfikiran dangkal akan hanya menjahanamkan negara.

Semasa isu Imelda Rosmah dengan cincin RM24 juta, ada yang percaya ianya benar. Kenapa tidak mahu memastikan kebenarannya dahulu? Ada pula yang percaya ia dibeli dengan duit Imelda Rosmah sendiri yang berjimat dan menyimpan sejak kecil lagi. Adakah ini munasabah?  Ada pula yang mengatakanlah biar Imelda Rosmah beli kerana beliau mampu dan apa salahnya kalau Imelda Rosmah beli cincin tersebut dengan duit sendiri. Adakah ini juga munasabah? Berbaloikah RM24 juta untuk menghias satu jari, walhal dengan wang yang sama dapat mengurangkan sengasara ratusan rakyat Malaysia yang miskin! Di manakah rasional pemikiran anda, muda-mudi semua? Kenapa tidak kaitkan isu RM24 juta dengan “pembaziran di Malaysia”?

Semasa Najib dibidas kerana memperuntukkan slot ucapan Selamat Hari Raya khas untuk Imelda Rosmah mengucapkan selamat hari raya kepada penonton tv melalui Astro, ada yang mengatakan tidak mengapa kerana Imelda Rosmah adalah isteri PM. Adakah alasan ini boleh diterima pakai sekiranya Imelda Rosmah yang hanya seorang isteri PM berhak mengarahkan kakitangan kerajaan ataupun pihak kastam supaya tidak dikenakan cukai ketika mengimport barang kemas ke Malaysia? Apakah wajarnya Imelda Rosmah diberikan slot tv tersebut yang tentunya perlu dibayar! Siapa yang harus bayar? Kalau Najib ynag keluarkan duit sendiri tidak mengapa, tetapi buktikanlah dengan resit bayaran sekali. Kalau wang rakyat digunakan, tidakkah itu satu pembaziran kerana ramai lagi rakyat Malaysia yang perlukan bantuan untuk menyambut hari raya.Cuba lihat rancangan Bersamamu TV3 yang memaparkan ramai rakyat yang miskin. Tidakkah anda semua terfikir bahawa wang bayaran slot tv Imelda Rosmah itu patut diberikan kepada mereka yang tak mampu menyambut haru raya kerana terlalu miskin? Kenapa tidak kaitkan isu slot tv dengan “salah guna kuasa” dan “salah guna duit” serta “kemiskinan di Malaysia”?

Satu nasihat;

Mahasiswa dan semua golongan muda masakini mesti serious kerana langit tidak sentiasa cerah. Masa depan mereka terletak di bahu mereka sendiri. Mereka mesti berfikiran kritikal, rasional dan matang. Jangan bersifat kebudak-budakan. Masa itu telah berlalu dan berlalu dengan pantas. Cergaskan badan dan cerdaskan fikiran.

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/umno-riding-on-the-slippery-mat-sabu-bandwagon-kim-quek/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s