UMNO TELAH SAMPAI TARIKH LUPUT?

Tidak ada yang kekal didunia ini. Sejarah telah membuktikan kekuasaan  kerajaan Firaun di zaman purba Mesir lenyap setelah 3000 tahun, yang tinggal hanya sisa-sisa sejarah yang juga akan ghaib disuatu masa nanti. Firaun yang terkenal di dalam lipatan sejarah diampu oleh penasihat yang sentiasa bersekongkol dan menyokong semua tindakan firaun dan membelakangi rakyat.

Kerakusan diktator dan pemimpin yang zalim di zaman ini seperti Marcos di Filipina, Sukarno dan Suharto di Indonesia, Ceaucescu di Romania, Saddam Hussein di Iraq, Bush di Amerika, Mubarak di Mesir dan terkini Ghadafi di Libya semuanya lenyap. Golongan ini telah sampai ke tarikh luput dan akan dilupuskan secara sendiri, semulajadi atau dipaksa.

Sejarah pemimpin dan parti politik yang diketuai oleh mereka pada asalnya bermatlamat baik tetapi kesemuanya membuat kesilapan naluri manusia yang gila kuasa dan harta serta  bergelumang dengan penyelewengan, rasuah dan kezaliman. Mereka juga mempunyai penasihat dan pengampu yang membawa rebah.

UMNO juga setelah sekian lama memerintah tidak terlepas dari fenomena ini. Kita telah banyak diberitahu melalui media dan juga mengalamani sendiri segala yang telah dibuat oleh UMNO. Memang benar ada kebaikan yang telah dibuat oleh UMNO kepada semua rakyat Malaysia, tetapi kita perlu menilai kembali sejauh mana kebaikan tersebut. Kita juga harus persoalkan samada segala kebaikan ini merupakan sesuatu yang istimewa atau sesuatu yang lumrah bagi semua kerajaan di dunia ini. Kita juga harus menilai adakah semuanya ini merupakan budi yang ditarik balik oleh UMNO umpama; 

  • Tangan dihulur, jari berkait
  • Buruk siku
  • Rasuah politik
  • Ayam berkokok ekor bergelumang tahi
  • Kera dihutan disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan
  • Menang sorak, kampung tergadai

 Saya yakin masih ramai tidak sedar keadaan Malaysia sekarang ini yang hampir muflis. Kerajaan sudah tidak ada wang simpanan serta dana modal untuk menyenangkan rakyat. Rakyat dihimpit kemiskinan, kenaikan harga barang, hutang PTPTN, hutang rumah, hutang kereta dan bil-bil serta tol yang tak pernah turun. Kedua-dua suami dan isteri terpaksa bekerja untuk menampung beban hidup.Segalanya membebankan rakyat dan subsidi ditarikbalik sedikit demi sedikit. Walaupun dalam keadaan sebegini, UMNO/BN masih degil membuat projek-projek mega yang menguntungkan towkay-towkay sehaja. Walaupun dalam keadaan ini UMNO/BN masih membazirkan wang rakyat dengan berbagai program yang sia-sia, dimana kesemua program yang dibuat hanya mengeluarkan wang dan tidak ada satu sen pun yang masuk.

Salah satu yang dibanggakan oleh UMNO ialah membangunkan ekonomi orang Melayu dan bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (NEP). Saya suka berterus terang di sini dan saya anjurkan satu persoalan –

“Berapa banyakkah faedah yang didapati oleh kaum bukan Melayu dan bukan bumiputera akibat dari dasar ini?”

Saya pernah mendengar ulasan Allahyarham Tun Gafar Baba tentang “keistimewaan bumiputera”

Jelas beliau;

“Apakah yang dikatakan istimewa? Yang istimewa semestinya lain dari yang lain dan bukan setara atau setaraf dengan kaum-kaum lain. Itulah dikatakan istemewa. Usaha kerajaan BN masa ini cuma mahu memastikan orang Melayu dan bumiputera hanya menjadi setaraf dengan kaum lain dari segi kerjaya, tenaga kerja, pendapatan isi keluarga  dan ekuiti dalam ekonomi…..ini bukanpun istimewa…”

Kalau kita fikirkan balik penjelasan Tokoh UMNO ini, UMNO sebenarnya telah gagal!

Tun Dr. Mahathir pun akui beliau telah gagal untuk menyedarkan orang Melayu.

Kita cuma sentiasa diwar-warkan dengan pencapai segelintir kaum Melayu sehaja, yang tidak juga menampakkan sesuatu yang luar biasa. Mungkin ramai golongan profesional dari kaum Melayu, tetapi bukankah ini satu tanggung-jawab setiap kerajaan yang diberikan kepercayaan untuk memerintah? Sama juga seperti seorang suami yang beristeri, yang bertanggung-jawab untuk memberikan segala yang mampu kepada isteri dan anak-anak.

Masalah yang kaum Melayu hadapi sampai sekarang ini yang masih ditakuk lama kerana UMNO tidak jujur dan tidak amanah. Umpama suami yang bermain kayu tiga dan berfoya-foya, berjoli  dengan hiburan, maksiat dan perempuan lain sehinggakan mengabaikan tanggung-jawab terhadap keluarga sendiri. Inilah puncanya yang mengakibatkan kaum Melayu berpecah hari demi hari. Umpamanya setelah diketahui suami bermain kayu tiga, si isteri pun turut sama dengan jantan lain dan anak-anak jadi liar, merempit, dadah, bohsia, bohjan dan buang anak sana sini. Ada yang murtad, ada yang ikut Bangla, Indon, Pak Hitam dan sebagainya.

 Kalau inilah yang terjadi selepas 54 tahun, maka UMNO tidak relevan lagi. UMNO sudah tidak boleh dipakai lagi, kena tukar, kena buang; pakai-buang.

 

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/umno-riding-on-the-slippery-mat-sabu-bandwagon-kim-quek/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s