PENDATANG TANPA IZIN – Bahagian 4

……..bersambung dari bahagian 3

Menurut Tukiman, di dalam bot tersebut ada sepasang suami-isteri yang baru mendapat cahaya mata. Bayi yang baru lahir itu hanya berumur beberapa hari sehaja. Olehkerana wang telah dibayar  beberapa bulan yang lalu pasangan tersebut terpaksa mengikuti rombongan ini yang jadualnya telah dipercepatkan dan sekiranya mereka gagal menyertai rombongan ini, wang yang mereka kumpulkan sekian lama serta menjual segala harta yang mereka ada dan derma dari kaum keluarga akan dikira hangus, maka mereka rela berkorban untuk mengejar kemewahan di Malaysia. Mereka bertekad untuk membalas budi kaum keluarga yang membantu.

Bayi yang baru sehaja dilahirkan itu dibawa bersama. Mereka terpaksa membayar wang tambahan kerana membawa bayi tersebut maka wang bekalan sementara belum mendapat gaji ketika bekerja di Malaysia nanti terpaksa diserahkan kepada penganjur rombongan. Pasangan tersebut tidak langsung mempunyai wang ketika dalam pelayaran itu. Bayi yang baru lahir itu kerap menangis semasa pelayaran dan ahli rombongan dan tekong sentiasa memarahi pasangan tersebut kerana khuatir suara bayi menangis akan memecah kesunyian dan mengakibatkan mereka dapat dikesan oleh pihak berkuasa Malaysia. Tetapi mereka bersyukur kerana tiada masalah sepanjang pelayaran dan sudahpun  mendarat di daerah Muar, Johor dengan selamat.

Suasana sepi diawal subuh itu tiba-tiba diganggu oleh bayi pasangan tersebut yang mula menangis. Keadaan sunyi itu pula menyebabkan tangisan bayi itu kedengaran amat nyaring sekali. Rombongan itu menjadi panik. Ketua rombongan mula naik marah dan ahli rombongan yang lain juga marah berapi.

Berbagai cara dilakukan oleh pasangan tersebut untuk mententeramkan anak mereka, diberi susu, dipupuk,dipujuk, dibisikkan kata-kata sayang, tetapi bayi tersebut masih menangis. Pasangan yang masih mentah itu cuma boleh berharap agar anak mereka boleh berhenti menangis. Mereka juga berharap mungkin ada ahli rombongan yang tahu menguruskan bayi menangis, tetapi malangnya tiada seorangpun yang tahu kerana kebanyakan mereka adalah kaum lelaki dan cuma beberapa orang wanita muda. Semuanya tidak dapat membantu, malahan kesemuanya menghamburkan kata-kata marah dan kesat. Mereka semua juga tidak mahu segala yang telah dikorbankan selama ini untuk ke Malaysia supaya dapat kemewahan digagalkan oleh tangisan bayi tesebut. Mereka rasakan pihak berkuasa Malaysia akan sampai bila-bila saat sehaja untuk menangkap mereka.

Mereka diarah oleh ketua rombongan supaya bergerak pantas masuk kedalam belukar dan meninggalkan pantai secepat mungkin. Rombongan tersebut berharap agar hutan bakau dan semak samun di darat itu dapat memberi perlindungan kepada mereka dari pihak berkuasa Malaysia. Bayi tersebut masih terus menangis. Sudah setengah jam rombongan itu berjalan.Mereka masih dilindungi kegelapan. Pasangan tersebut masih gusar dengan tangisan anak mereka itu. Secara naluri pasangan tersebut dapat merasakan sesuatu akan terjadi tetapi mereka sangat-sangat berharap tiada sebarang musibah akan menimpa mereka.

Perjalanan masih jauh, kegelapan yang melindungi mereka hanya sementara. Mereka diarah berhenti. Ketua rombongan terus bergegas kearah pasangan tersebut dengan keadaan yang amat bengis. Ahli rombongan yang lain mula mengerumuni pasangan tersebut dan sekiranya tidak ditegah ketua rombongan, mereka sudah tentu menerkam kearah pasangan tersebut kerana terlalu marah disebabkan tangisan bayi itu masih berlarutan dan akan menggagalkan semua rancangan mereka.

Ketua rombongan memberi kata dua. “Kalau kamu masih bersama kami, tinggalkan bayi yang membebankan ini sekarang juga dan teruskan perjalanan. Hari sudah hampir subuh dan keadaan akan menjadi terang. Kita sudah hampir ke daerah orang ramai kesemuanya akan gagal dengan tangisan anak kamu ini.” “ Kalau tidak, kamu sekeluarga berhenti di sini sehaja dan jangan menggangu kami semua!!” “Cepat, beri jawapan kamu sekarang” “ Atau mahu saja aku suruh kalian yang lain membuat keputusan bagi pihak kamu, sudah tentu mereka sanggup membunuh anak ini”

Tukiman memberitahu bahawa bayi tersebut ditinggalkan sehaja di dalam semak-samun itu dan rombongan tersebut meneruskan perjalanan mereka ke destinasi yang dituju, tempat persinggahan yang pertama sebelum mereka di pisahkan ke beberapa kumpulan kecil. Perjalanan Tukiman masih jauh….

                                                                                        ………………..bersambung Bahagian 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s