KERAJAAN UMNO/BN SELALU MENYERU RAKYAT MALAYSIA SUPAYA SENTIASA BERSYUKUR – Bahagian 2

………..dari Bahagian 1

Tetapi adakah betul semua saranan supaya kita bersyukur ini?

Keadaan ketiadaan bekalan air di Melaka di masa itu saya ujarkan kepada kawan saya seorang jurutera di Jabatan Bekalan Air Melaka. Saya telefon dan terus secara bergurau mengutuk JBA Melaka. Beliau menjawab juga secara berseloroh ” Engkau ingat jurutera-jurutera  di JBA bodoh ke?” “Engkau tanyalah sendiri pada Rahim Thamby Chik” beliau menjawab. Rahim Thamby Chik pula mengisytiharkan bahawa kesemua tiga daerah di negeri Melaka mengalami masaalah tidak cukup bekalan air iaitu di daerah  Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Saya pergi ke Jasin.

Saya dapati bekalan air masih ada dan bekalannya didapati dari Rim, satu kolam takungan dalam sistem bekalan air JBA Melaka. Perisytiharan yang Rahim Thamby Chik buat tidak betul. JBA Melaka juga telah menasihatkan supaya projek menaiktaraf Empangan Durian Tunggal perlu ditangguhkan kerana masa yang tidak sesuai, di musim kemarau. Yang anihnya di masa yang sama Rahim Thamby Chik juga berjaya mendapatkan peruntukan dari kerajaan pusat sebanyak RM140 juta untuk mendapatkan bekalan air mentah dari Johor, dari Muar. Projek New Melaka Water Supply Line From Durian Tunggal to Selandar, Melaka juga berjalan serentak dengan projek bekalan air mentah dari Muar tadi. Saya tidak mahu mengulas lebih terpeinci mengenai isu air di Melaka kerana saya ingin menyuarakan tentang bersyukur.

 Memang  benar, Malaysia berada di tahap yang lebih baik dari Negara-negara di benua Afrika. Kita juga memang dianjurkan supaya berjimat-cermat menggunakan air dan juga di dalam perbelanjaan seharian terutama di bulan puasa ini. 

Kita wajib bersyukur apabila kita mendapat sesuatu nikmat, selamat dari bencana, kemalangan, atau sembuh dari penyakit atau terselamat dari menerima musibah yang lebih teruk yang semuanya datang dari Allah sebagai ujian dan juga untuk mendapat keampunan dan dinaikkan darjat di pandangan Allah.

Kita juga mesti beringat bahawa apa jua yang terjadi pada kita boleh disebabkan Allah murka kepada kita. Kalau dahulu tiada bencana, kenapa sekarang kerap berlaku bencana di Malaysia. Salah satu musibah yang berlaku di Malaysia ialah umat Islam yang murtad yang berlarutan dari tahun 60an, ditambah pula dengan gejala salahguna dadah, buang anak dan perceraian. Kes-kes bunuh, ragut, rogol, rompak, rasuah dan lain-lain memang menjadi-jadi. Kita juga dilanda tsunami , banjir dan tanah runtuh. Kita juga menghadapi kes berbagai penyakit . Kita juga dibebani hutang yang tak habis-habis dan kenaikan harga barang yang tidak dapat dikawal. Masih ramai rakyat Malaysia lepasan institusi pendidikan tinggi yang masih menganggur dan mereka ini telah mula dibebani hutang (PTPTN) walaupun masih belum bekerja lagi!! Maka kita bukan sehaja wajib bersyukur, tetapi juga beristighfar dan muhasabah diri.

 Sama juga dengan segala “nikmat tambahan” yang Malaysia alami seperti mampu membeli kereta, rumah, sistem tv dan komunikasi yang canggih serta mampu menyara seorang amah atau oranggaji dari Indonesia, adakah ini bermaksud Allah sayang atau murka kepada kita semua?

Kita dibebani hutang yang bertimbun-timbun dan kadar faedah yang tingggi, kita terpaksa menerima riba yang dilarang sedangkan kita ramai yang Muslim dan pemimpin kita juga ramai yang Muslim.Bil air dan elektrik sentiasa naik. Harga barang juga naik dan jarang sekali turun. Sumber petroliam PETRONAS sudah susut. Segelintir orang kaya dan pemimpin bertambah kaya, rumah mereka besar-beasr dan hidup mewah dan mereka tidak terjejas sedikitpun dengan isu kenaikan harga barang. Rakyat pula terpaksa bekerja siang-malam.Ibubapa tidak dapat menguruskan rumahtangga dengan sempurna dan memerlukan oranggaji, dan anak-anak generasi kita tidak dapat didikan dan kasih sayang yang sempurna. Anak-anak disusukan dengan susu lembu! Anak-anak kita juga belajar sampai ke IPT selama 15 tahun tetapi tidak dapat kerja yang setaraf dengannya. Pergolakan ekonomi, sosial dan politik negara sentiasa meruncing.Tidakkah ini semuanya merupakan bebanan hidup dan bukan nikmah?

Kita juga perlu menilai segala perbuatan kita dari tahap diri kita sendiri sebagai seorang individu hinggalah ke tahap kerajaan, iaitu UMNO/BN. Olehkerana UMNO/BN telah 54 tahun memerintah. Adakah semuanya ini akibat ramai dari rakyat Malaysia yang masih memilih UMNO/BN untuk memerintah yang ramai telah tahu betapa rakusnya UMNO/BN menyalahgunakan kuasa, wang dan sumber semulajadi di Malaysia ini?

Kita semua mesti berfikir dan membuat penilaian. Jangan tersalah pilih, Jangan pilih kerajaan yang membebankan; jangan lagi pilih UMNO/BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s