KERAJAAN UMNO/BN SELALU MENYERU RAKYAT MALAYSIA SUPAYA SENTIASA BERSYUKUR – Bahagian 1

Saranan UMNO/BN supaya kita bersyukur.

Semasa Negeri Melaka mengalami kemarau ia dibebankan lagi dengan bekalan air yang tidak mencukupi dan keadaan menjadi amat kritikal kerana air takungan di Empangan Durian Tunggal kering-kontang disebabkan kerja naiktaraf dijalankan semasa itu dan bekalan dari sumber kolam-kolam dan simpanan-simpanan semuanya merosot.

Saya berada di sana pada masa itu dan secara kebetulan sempat bersolat Jumaat di sana. Ini berlaku di tahun 1991 di zaman Rahim Thamby Chik. Sebelum azan pertama seorang ADUN UMNO telah dibenarkan menggunakan kesempatan untuk menjelaskan keadaan yang sedang berlaku dan meminta rakyat menjimatkan air. Para jemaah diminta jangan membasuh kereta dan menyiram bunga. Jemaah juga diminta supaya bersyukur kerana keadaan tidak teruk seperti di Afrika. Jemaah juga telah diberitahu Kerajaan Negeri Melaka sedang berusaha memastikan rakyat Negeri Hang Tuah itu dapat bekalan air melalui tangki-tangki walau macam mana sekalipun. Itu saja.

Walaupun kita disarankan supaya menumpukan konsentrasi dan khusyuk semasa solat, berbagai persoalan timbul di dalam fikiran saya semasa itu dan kadang-kadang bermain di fikiran saya sehingga hari ini 12hb. August 2011 bersamaan 15hb Ramadhan tahun 1432 Hijriah.

Di suatu program Ceramah Perdana rtm1 yang pernah saya tontoni bagi meraikan perlantikan DYMM Agong yang  ke 13 penceramah Dr. Uthman El-Muhammady juga menyarankan agar umat Islam di Malaysia sentiasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini, aman, damai, ada rezeki, dan sebagainya. Beliau juga memberi amaran “apakah yang akan kita jawab di akhirat nanti apabila disoal, adakah kita telah bersyukur kepada kurniaan Allah?”

Pihak kerajaan UMNO/BN juga sentiasa menyarankan kita sentiasa bersyukur. Ucapan khas PM di setiap kali Hari Raya saranan ini mesti diucapkan dan wajib ada di dalam skrip yang disediakan.

 Tetapi adakah betul semua saranan supaya kita bersyukur ini?

                                                                    ……..bersambung Bahagian 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s