PENDATANG TANPA IZIN – Bahagian 3

……..bersambung dari bahagian 2

 Kisah benar PATI: Mencari kekayaan

 Tukiman (bukan nama sebenar) dahulunya adalah seorang tukang jahit yang tersohor di kampung halamannya di Indonesia. Beliau mempunyai  44 buah mesin jahit yang memberi peluang pekerjaan dan kemahiran kepada ramai penduduk tempatan. Usahanya ini juga memberikan pendapatan yang lumayan untuk beliau sendiri.Beliau mempunyai sijil kemahiran menjahit, boleh dikatakan maju, seorang usahawan yang professional dan hampir ke puncak kejayaan.

Sadimin  pula (bukan nama sebenar) telah lama berada di Malaysia dan bekerja di sektor binaan. Beliau mempunyai pendidikan tinggi di Indonesia dan  berdiploma. Beliau berjaya bekerja dengan syarikat Jepun yang masa itu sedang membina Menara Dayabumi di Kuala Lumpur, satu-satunya kebanggaan Malaysia yang dikira amat canggih dengan sistem-sistem otomatik termodern di masa itu. Sadimin perlu mejalani ujian kepakaran dan perlu menyelesaikan secara kejuruteraan masalah yang diberi semasa ujian dan temuduga. Syarikat Jepun tersebut terus menerima beliau bekerja bukan sebagai jurutera, tetapi sebagai penyelia. Itu sudah memadai bagi Sadimin.

Pendapatan Sadimin amat lumayan dan dia banyak menyimpan wang.Setiap kali cuti panjang beliau akan balik ke kampung halaman yang sedaerah dengan Tukiman. Walaubagaimanapun setiap kali balik, beliau tidak balik ke kampung, tetapi hanya tinggal di hotel di Bandar yang berdekatan. Semua keluarganya di berikan wang untuk datang ke Bandar dan mereka semua dijamu dan diberikan berbagai barangan. Malahan semua jiran-jiran keluarganya di kampung juga akan dipanggil turut serta. Sadimin menghabiskan wangnya begitu setiap kali pulang ke Indonesia. Kekayaan Sadimin hingga mampu menyara keluarga dan jiran tinggal di hotel selama seminggu dan kemudian pergi balik ke Malaysia menjadi buah mulut orang ramai yang semestinya membesarkan cerita sebenar. Dari asal cerita keluarga dan jiran duduk seminggu di hotel, cerita kehebatan Sadimin berubah menjadi, kesemua ahli keluarga Sadimin dan satu kampung telah duduk sebulan di hotel. Cerita inilah yang menjadikan Tukiman mula menjadi tamak.

Bot kecil yang biasanya menampung 10 orang dengan selamat dan selesa telah dimuati dengan 20 orang termasuk tekong. Setelah 5 jam menyeberangi  Selat Melaka dan mengalami beberapa saat cemas ketika terserempak dengan bot pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia, serta ombak besar yang tidak diduga, kecekapan tekong bot itu akhirnya berjaya membawa mereka sampai ke destinasi dekat Muar , Johor. Diawal subuh yang gelap dan dingin, mereka mengharungi air untuk sampai ke darat. Sebelum mendarat, mereka telah diberikan amaran supaya jangan bersuara, tidak membuat bising dan jangan gunakan lampu suluh. Mereka mesti sentiasa dilindungi kegelapan dan kesunyian sehingga sampai ke tempat singgah pertama. Tukiman berasa amat bersyukur kerana cita-cita dan impiannya akan tercapai. Beliau telah menjual kesemua mesin jahit dan perniagaan beliau di Indonesia untuk ke Malaysia dan menjadi hartawan seperti Sadimin. Masakan tidak, sebulan pendapatan Sadimin melebihi setahun pendapatan Tukiman tukang jahit yang tersohor di kampungnya. Tukiman juga mahukan kemahsyuran seperti Sadimin dan dapat memberi kesenangan untuk seluruh anggota keluarga dan penduduk di kampungnya.

                                                                                        ………………..bersambung Bahagian 4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s