PIAGAM PELANGGAN – DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Salah satu perkara yang dinyatakan di dalam Piagam Pelanggan DBKL;

http://www.dbkl.gov.my/portalv7/index.php?option=com_content&view=article&id=116&Itemid=37&lang=bm

ialah;

3. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam dan prasarana yang berkualiti, mencukupi, efisien, mesra pengguna dan mudah sampai bagi memenuhi keperluan warga kota.

Saya ingin menyentuh kepada Piagam Pelanggan DBKL no. 3 di atas, kerana ianya melibatkan orang ramai dan kejayaan mencapai matlamat piagam no.3 ini mencerminkan prestasi DBKL yang sebenar.

Saya juga ingin merujuk kepada media on line The Malay Mail http://mmail.com.my/  yang banyak membangkitkan isu-isu yang menyentuh kepincangan di dalam perlaksanaan Piagam Pelanggan DBKL no.3

Datuk Bandar DBKL

Sehingga kini KL telah diterajui oleh 9 orang Datuk Bandar yang ramai tidak mengenali. Saya sendiri tidak sedar telah ada 9 orang Datuk Bandar. Saya juga tidak tahu apakah tugas yang sepatutnya dilakukan oleh beliau dan apa perubahan dan kebaikan yang KL telah capai selama ini. Pada kebiasaanya seseorang individu yang tidak dikenali ramai dan ketokohannya tidak menyerlah, individu tersebut tidak mempunyai sebarang sifat dan kebolehan yang hebat. Ianya sama taraf dengan manusia biasa seperti melukut di tepi gantang. Sekiranya individu itu cuma rakyat biasa, ia tidak mengapa, tetapi individu yang menjawat jawatan Datuk Bandar tidak harus begitu. Kita masih dapat lagi membezakan Tun Dr. Mahathir  Mohamad dengan Tun Abdullah Badawi. Kita boleh bandingkan antara Dr. Elyas Omar, Datuk Yaacob Latiff dan Datuk Bandar sekarang ini. Datuk Bandar sekarang ini, namanya pun ramai yang tak tahu!

Pencapaian yang dapat dilihat KL sekarang ini semakin;

  • Sesak bertambah sesak. Keadaan ini menjadikan warga kota sentiasa dia dalam tertekan, kecewa dan marah. Di manakah keselesaan dan kecemerlangan yang dinyatakan di website DBKL. Kenyataan hanya tinggal kenyataan. Mungkin Datuk Bandar DBKL sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya beliau tahu dan mesti melaksanakannya.
  • Jalan raya berselirat lintang-pukang sehingga memerlukan GPS. Ini bukan suatu kemajuan, ini adalah kerana terpaksa. Apa perlunya GPS RM600 sekiranya mudah bagi kita menuju destinasi? Kos tambahan yang rakyat perlukan untuk membeli GPS ini berapakah jumlahnya?
  • Bangunan tumbuh merata berselerak macam kudis. Ditambah lagi dengan bangunan yang akan menambahkan lagi manusia di KL dan menambahkan bermacam-macam perkara yang lain.
  • Penyelenggaraan yang tidak ada kesudahnya di mana ada saja warga kota yang membuat aduan, tak putus-putus di radio, di online dan di media. Kadang-kadang mereka mengadu perkara yang serupa yang sepatutnya DBKL sudah pasti tahu dan tidak perlu warga kota membuat aduan. Ini menunjukkan betapa tidak efisiennya DBKL atau pun memang kaki-tangannya dari Datuk Bandar hingga ke pengawal keselamatan merupakan golongan yang pemalas? Golongan ini dikatakan golongan “Gaji Buta

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Tahun 2010

Saya hairan dengan tiada sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan bagaimana DBKL boleh dipilih menerima anugerah tersebut? Baru-baru ini The Malay Mail mendedahkan satu projek ladang buah-buahan dan tumbuhan yang terbengkalai dan tidak dapat mencapai matlamat yang diwar-warkan. Pembaziran dan penyelewengan in melibatkan RM 17 juta, di tahun 2010. http://mmail.com.my/content/77544-more-dirt-unearthed

http://mmail.com.my/category/channel/hotlinemail/hotline-stories

Kalau kita merayau  di KL, banyak perkara yang dapat dilihat yang memerlukan perhatian dan tindakan dari DBKL, tetapi malangnya kebanyakan tindakan akan hanya diambil oleh DBKL setelah ianya dilaporkan di akhbar dan setelah isu tersebut dihebahkan. Kenapakah DBKL terlampau malas? Adakah kerana majoriti kakitangan DBKL terdiri dari orang Melayu yang makan gaju buta? Atau Datuk Bandar KL seorang yang tidak layak menduduki jawatan tersebut?

Bagi saya kedua-duanya sama sehaja, PEMALAS.

DBKL mendapat anugerah ini mungkin kerana kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  yang lain adalah lebih teruk dari DBKL. Tetapi sepatutnya untuk menjaga taraf dan standard anugerah tersebut hanya PBT yang memenuhi kriteria yang ketat boleh dianugerahkan dan bagi tahun 2010 sepatutnya tiada satupun PBT di Malaysia ini layak untuk memenangi anugerah tersebut. Sekiranya untuk tahun-tahun berikutnya masih tidak ada PBT yang layak, ini tidak menjadi satu masalah. Anugerah ini tidak perlu diberi setiap tahun. Dengan begini, semua PBT di Malaysia akan dapat menyedari prestasi mereka sebenar.

Anugerah yang dibanggakan oleh DBKL di dalam websitenya bagi saya tidak mempunyai sebarang nilai. Anugerah yang sepatutnya diberikan adalah Anugerah Penyapu yang Khir Toyo perkenalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s