PENDATANG TANPA IZIN – Bahagian 2

………….dari Bahagian 1

  • Menggunakan pendatang tanpa izin yang telah mendapat kerakyatan sebagai pengundi. Mereka sudah tentu berterima-kasih kepada UMNO dan semestinya diharap mengundi UMNO di setiap pilihanraya.
  • Kemasukan pendatang ini dirancang oleh pegawai-pegawai tinggi di Jabatan Imigresen dimana surat-surat kebenaran untuk membawa masuk pekerja-pekerja ini kepada syarikat-syarikat kroni dan pegawai-pegawai imigresen ini dijanjikan dengan pulangan wang yang amat lumayan. Bagi setiap individu, pegawai-pegawai ini mendapat habuan. Bayangkan sudah berapa ratus ribu warga asing yang telah masuk ke Malaysia setakat ini. Pegawai-pegawai ini pula dilindungi oleh pemimpin-pemimpin UMNO. 
  • Pemimpin-pemimpin MCA dan MIC pun turut terlibat. Maka di suatu ketika dahulu pemimpin MCA pernah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana kaum China di Malaysia akan jadi kaum yang amat minoriti, tetapi setelah diberi kebenaran dari UMNO, maka pemimpin MCA dan MIC senyap begitu sehaja.
  • Olehkerana rakyat Malaysia yang asal telah banyak yang berpelajaran dan mempunyai pandangan yang terbuka, mereka telah menyaksikan sendiri apa yang telah dilakukan oleh UMNO, dan ramai yang telah mula mempersoalkan segala perbuatan UMNO selama ini. Sokongan mereka terhadap UMNO telah mula luntur seperti yang UMNO jangkakan dan memihak kepada pembangkang. Dengan ini UMNO telah menjadi lebih terdesak dan lebih berharap kepada warga negara baru untuk memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada UMNO. Golongan yang baru mendapat kerakyatan Malaysia ini dilindungi oleh UMNO. Media-media kerajaan pun tidak banyak menyiarkan berita mengenai perkara negatif yang dilakukan oleh warga baru ini. Malahan mereka diberi kemudahan, tanah, peluang perniagaan dan sebagainya oleh UMNO, umpama beruk di hutan disusukan anak di rumah dibiar kelaparan.
  • Sindiket-sindiket pelacuran juga memberikan pulangan lumayan kepada pemimpin  MCA. UMNO mengaburi pandangan rakyat dengan selalu menyiarkan berita pelacur-pelacur ini diserbu oleh pihak berkuasa, menunjukkan UMNO menjalankan tugas dan tidak bersengkongkol dengan MCA di dalam hal ini. Semuanya hanya sandiwara yang diulang-tayang.

                                                                                               ………bersambung Bahagian 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s