PENDATANG TANPA IZIN – Bahagian 1

Pendatang tanpa izin telah berhijrah ke Malaysia sejak lebih 25 tahun yang lalu tetapi kemuncaknya ia apabila UMNO berusaha untuk mendaftarkan mereka secara biometrik. Setakat hari ini hampir 500K telah didaftarkan.

Kehadiran mereka pada mulanya memang dialu-alukan kerana jumlah mereka tidak ramai dan tenaga mereka sangat diperlukan. Majoriti daripada mereka ada kaum serumpun nusantara. Mereka mudah menyesuaikan diri di Malaysia kerana ramai yang seugama dan sabahasa. Pihak yang memerlukan tenaga mereka seperti ahli perniagaan, pekilang, kontraktor dan surirumah amat selesa dengan mereka.

Rakyat Malaysia yang prihatin dan memikirkan kesan di masa depan telah menyuarakan rasa waspada mereka supaya kedatangan, jumlah, dan kepakaran mereka dipantau. Walaupun pihak prihatin ini bersuara, pihak berkuasa tidak langsung endahkan perkembangan ini, malahan semua proses imigresen, pemantauan dan permohonan untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap dipermudahkan malahan digalakkan. Pendatang asing ini tergolong dari pelacur, perompak, samseng, pembunuh, pesalah seks, ustaz, guru, buruh am, ahli sukan, peniaga, artis, arkitek, jurutera, doktor dan profesor.

Banyak juga perkahwinan diantara penduduk tempatan dan pendatang terjadi, ada yang berkesudahan dengan kebahagian dan ada juga kesengsaraan. Ada pendatang yang menjadi kaya dan lebih berjaya dari penduduk tempatan. Ada yang menjadi anggota keselamatan dan ada yang mewakili negara di bidang sukan setelah menjadi warga negara ataupun generasi kedua.

Tetapi di masa ini jumlah pendatang ini telah tidak terkawal dan mereka juga datang berduyun-duyun dari Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka, Filpina, Vietnam, Burma, Kampuchea, China. Malahan ada juga yang datang dari Afrika, Amerika Selatan, negara bekas Soviet, negara Arab, Korea dan beberapa negara Eropah ( tetapi jumlahnya tidak ramai).

Masalah yang ditimbulkan oleh pendatang

Pendatang-pendatang ini banyak dikaitkan dengan berbagai jenayah, sosial, beban kos perubatan, aliran wang dan berbagai kerenah.

  • Rompakan, kes ragut, bunuh, curi, rogol dan menceroboh
  • Membawa lari anak gadis rakyat tempatan, bergaduh sesama sendiri dan pendatang keturunan lain serta rakyat tempatan
  • Berjudi, mabuk dan berkelakuan tak senonoh
  • Kegiatan maksiat seperti pelacuran, rumah urut, perjudian, menipu dan mengacau ketenteraman awam
  • Mereka tidak peduli langsung untuk berterima kasih kepada negara yang menawarkan peluang kerja, kehidupan yang selesa dan kesihatan yang lebih baik. Malahan kos menampung kesihatan mereka juga membebankan negara
  • Mereka membawa aliran wang keluar berbillion RM
Apakah tidak ada kebaikan langsung?

Memang ada kebaikan:

  • Upah mereka rendah dan majikan serta ahli perniagaan suka dengan urusan yang murah begini kerana mendapat untung yang lebih. Produk dari Malaysia boleh bersaing di luar negara dan para pelabur telah melabur beratus RM billion dan menjana ekonomi dan pembangunan Malaysia.
  • Mereka sanggup membuat kerja yang rakyat Malaysia tidak mahu lakukan di dalam keadaan apa sekalipun
  • Kehadiran mereka mewujudkan suatu kelas lagi di dalam masyarakat majmuk Malaysia. Mereka di letakkan di kelas bawahan, boleh diperlekehkan, boleh dipersalahkan dengan mudah, boleh dieksploitasi dan rakyat Malaysia berpeluang meningkatkan ego mereka ke tahap yang lebih tinggi.
  • Ada di kalangan pendatang ini berpendidikan tinggi dan berpendidikan agama. Golongan ini tidak ramai tetapi sedikit sebanyak dapat memberi sesuatu yang positif secara perwatakan dan ilmiah di dalam pergaulan mereka di dalam masyarakat.Mereka juga prihatin tentang perkembangan di Malaysia dan sedar kedudukan mereka dan tidak mahu Malaysia bermasalah akibat dari kehadiran mereka. Ada juga yang sanggup membantu dan memberi pandangan dan pendapat tentang politik di Malaysia. Ada yang menyokong UMNO/BN ada yang menyokong PAS/PR.

Apakah pendirian dan tindakan UMNO terhadap pendatang ini.

  • UMNO berpendapat sekiranya mereka dari nusantara, amat sesuai dipermudahkan untuk dijadikan warganegara kerana sebangsa, sebahasa dan seagama. Malahan majoriti rakyat Malaysia memang berasal dari nusantara. Ini tidak dapat banyak tentangan.
  • Pemimpin dan kroni mempunyai banyak kepentingan di dalam permasalahan pendatang asing ini.              bersambung – Bahagian 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s