PERANAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA YANG DIPERTIKAIKAN – Bahagian 2

PERANAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA YANG DIPERTIKAIKAN – Bahagian 2

1. “Gerrymandering”

“the dividing of a state, county, etc., into election districts so as to give one political party a majority in many districts while concentrating the voting strength of the other party into as few districts as possible”

UMNO, melalui SPR telah mengolahkan persempadanan kawasan undi bagi memastikan kawasan-kawasan di seluruh Malaysia dibahagikan supaya menyebelahi kemenangan UMNO/BN.

Sebagai contoh, kawasan yang padat dengan penduduk Cina seperti di bandar-bandar cuma diperuntukkan seorang wakil sama ada diperingkat DUN atau parliamen. Ini bagi memastikan bahawa sekiranya pengundi memihak kepada pembangkang seperti DAP, maka DAP cuma akan dapat satu kerusi sehaja walaupun ia mewakili 60,000 pengundi. Sebaliknya dikawasan yang majoritinya pengundi Melayu yang mempunyai 60,000 orang pengundi juga, ianya dipecahkan kepada dua kawasan. Maka UMNO/BN akan menang dan mempunyai dua kerusi yang masing-masing mewakili cuma 30,000 orang pengundi sehaja.

2. Undi pos

Undi pos adalah diperuntukan kepada semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar dan layak mengundi tetapi tidak boleh berada di tempat membuang undi pada tarikh yang ditetapkan kerana sebab tertentu.

Biasanya mereka yang bertugas atau berada di luar negara. Keistimewaan diberi kepada polis dan tentera kerana mereka terpaksa menjalankan tugas di tempat lain semasa mengundi.

Yang menjadikan masalah ialah individu polis dan tentera ini tidak dapat mengundi dengan bebas. Pertama, kerana kertas undi mempunyai nombor siri yang boleh dikaitkan dengan individu tersebut sekiranya beliau memilih pembangkang. Kedua, kerana anggota bawahan tidak menerima kertas undi tersebut tetapi diberikan kepada pegawai atasan. Menurut beberapa individu, kebiasannya, pegawai atasan inilah yang akan memangkah bagi pihak mereka atau pegawai atasan mengarahkan beberapa pegawai lain untuk memangkah bagi rakan-rakan setugas. Ketiga,kertas undi ini kemudiannya tidak dihantarkan kepada kawasan-kawasan mengundi individu tersebut, tetapi digunakan untuk menambah undi UMNO/BN di kawasan yang kritikal, seperti kawasan menteri kanan dalam kerajaan, di kawasan yang majoriti kemenangan UMNO/BN amat tipis atau di kawasan yang membolehkan UMNO/BN menang dengan beberapa undian saja.

3. Undi hantu

Pengundi hantu adalah individu yang tidak wujud di dalam kawasan tersebut contohnya;

  • telah lama meninggal dunia,
  • telah berpindah tetapi rekodnya masih kekal di kawasan itu,
  • pendaftaran di dalam rekod SPR yang dipalsukan oleh SPR sendiri dan pengundian tersebut menggunakan identiti yang palsu
  • atau pengundi yang sama didaftarkan di beberapa kawasan.

4. Membolehkan pendatang asing layak mengundi. (SPR memang tidak mempunyai kuasa terhadap JPN, tetapi perlu berbuat sesuatu. SPR boleh mempersoalkan dan menggesa kerajaan, malangnya SPR berdiam diri malah tersenyum sinis)

Warga asing, tidak layak mengundi. Mereka ini biasanya didaftarkan oleh JPN dengan diberikan MyKad yang tidak melalui proses yang ditetapkan dan yang menyalahi undang-undang. Mereka juga didaftarkan di atas nama pengundi yang telah menunggal dunia. Mereka ini mengundi UMNO/BN secara “haram”. Ini banyak dilakukan di Sabah. Ini dilakukan juga di beberapa negeri yang penting bagi UMNO/BN seperti Kelantan dan Selangor.

5. SPR tutup mata sementara UMNO/BN mengongkong penggunaan media.

Badan penyiaran seperti RTM,  stesen TV swasta dan akhbar bukan hak milik UMNO/BN. Maka semua pihak berhak menggunakan saluran tersebut. Malangnya UMNO/BN mengongkong pihak lain menggunakannya dan media ini menjadi berat sebelah dan cuma menyebelahi UMNO/BN sahaja.

Akhbar parti pembangkang dan organisasi yang tidak menyokong kerajaan juga disekat dengan berbagai cara dan syarat, maka sukar bagi pihak ini untuk menjelaskan kepada umum mengenai pandangan, program dan perjuangan mereka. Kepincangan UMNO/BN juga tidak dapat dihebahkan kepada umum.

6. SPR menghadkan masa yang diperuntukkan untuk berkempen semasa pilihanraya, terhad.

Olehkerana pihak pembangkang tidak diberi kebebasan sepanjang masa dan UMNO/BN pula menggunakan semua saluran media sepanjang masa bagi kepentingan UMNO/BN, pihak pembangkang tidak diberi peluang yang cukup untuk berceramah semasa kempen pilihanraya. Sudah tentu jangkawaktu yang singkat ini tidak efektif. Bermacam syarat pula dikenakan semasa berceramah dan semuanya dihadkan.

7. SPR tutup mata semasa terang-terang UMNO/BN menggunakan jentera kerajaan

  • Semasa pilihanraya, Malaysia tidak ada kerajaan yang memerintah kerana parliamen dibubarkan dan tidak ada seorangpun ahli parliamen dimasa itu, semua jawatan digugurkan. Kerajaan yang ada cuma kerajaan “caretaker”, sementara. Maka UMNO/BN tidak lagi berkuasa dimasa itu dan pihak kerajaan tidak boleh menggunakan segala hak kerajaan, seperti semua jabatan kerajaan, pegawai dan kakitangan kerajaan, peralatan dan pengangkutan jabatan-jabatan tersebut.
  • Tetapi setiap pilihanraya kita dapati banyak pegawai kerajaan dikerah, peralatan jabatan penerangan, kenderaan jabatan-jabatn digunakan untuk membantu dan memberi kemudahan kepada UMNO/BN semasa berkempen.

8. SPR tutup mata semasa UMNO/BN gunakan politik wang dan taktik kotor

  • UMNO/BN banyak menyalurkan wang semasa pilihanraya. Jalan-jalan, parit-parit, jambatan-jambatan di kampung-kampung semuanya diperbaiki atau dibuat baru. Janji-janji pembangunan di buat serta upacara pecah tanah, bantuan rakyat miskin, semuanya diadakan. Wang tunai juga ditaburkan supaya mengundi UMNO/BN.
  • Ceramah pembangkang disabotaj (bekalan elektrik putus, polis sengaja buat kecoh, dan sebagainya). Rakyat ditakut-takutkan dengan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu. Rakyat diugut dengan ditarik balik pembangunan yang telah dirancangkan di kawasan tersebut. Rakyat ditipu dengan janji palsu dan menfitnah pembangkang akan merosakkan negara (walhal UMNO/BN telah banyak membuat onar dan pembangkang bukannya yang berkuasa selama ini pun).

9. SPR jelas berat sebelah

SPR tidak memberi kemudahan membenarkan rakyat Malaysia mengundi semasa berada di luar negara. Pada kebiasaannya mereka yang berada di sana telah membuka mata dan sedar mengenai kepincangan kerajaan Malaysia. Mereka sudah tentu tidak menyebelahi kerajaan yang korup.

Segala jawapan kepada persoalan parti pembangkan ditangkis oleh SPR dengan alasan-alasan yang dan bukan jawapan yang jelas dan jitu.

SPR juga menjelaskan sekiranya SPR dan UMNO/BN bersegkongkol, kenapa Perak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditawan oleh pembangkang?

  •  Jawapannya ialah :Sekiranya SPR tidak bersengkongkol dengan UMNO/BN, maka lebih banyak negeri sepatutnya ditawan oleh pembangkang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s