Sistem biometrik dan proses mengundi SPR

Sistem biometrik dan proses mengundi

Apakah sistem biometrik

Biometrik ialah satu bidang sains dan teknologi  yang boleh mengesan, menilai dan menganalisa data-data biologi (sesuatu yang hidup).

Teknologi ini boleh digunakan untuk mengesan DNA, cap jari, retina mata, suara, raut muka dan bahagian lain di badan manusia.

Setiap manusia mempunyai DNA, retina, cap jari, suara dan wajah yang berbeza, tidak ada dua individu yang sama.

Sistem biometrik yang akan digunakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) adalah sistem elektronik dan IT untuk mengesan dan mengenalpasti cap jari seseorang pengundi.

Bagaimana SPR kendalikan sistem ini.

Apabila kita mendaftar  untuk mendapatkan kad pengenalan (MyKad), cap ibu jadi kanan dan kiri serta gambar kita direkodkan di dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).  SPR akan mendapatkan kerjasama dan maklumat dari JPN.

Apabila kita pergi mengundi kita akan diarah untuk meletakkan ibujari di atas satu alat pengesan electronik/laser-optik. Sistem ini akan merujuk secara on-line kepada data (senarai pengundi) simpanan SPR bagi mengesahkan kita memang wujud, sah dan sememangnya bukan individu lain yang menggunakn MyKad tersebut. Maka kita layak mengundi. Ingat kita semuanya berbeza.

Kebaikan dan keburukan sistem biometrik.

Keburukan sistem ini Cuma satu; sistem ini melibatkan kos yang tinggi.

Sistem ini telah digunakan banyak negara dan syarikat-syarikat bagi memastikan keselamatan dari diceroboh masuk terjamin. Sistem ini memang efektif.

Bagaimana proses mengundi boleh diselewengkan.

http://mutaligat.blogspot.com/2011/07/pendedahan-1-pengundi-punya-2-nama.html

http://mutaligat.blogspot.com/2011/07/pendedahan-2-spr-menipu-nama-sama-no.html

Olehkerana computer digunakan di dalam proses pengundian maka penyelewengan amat mudah sekali.

Hanya dengan mengubah satu angka atau abjad di alamat pengundi tersebut semasa menginputkan data di dalam sistem SPR, individu ini boleh mengundi di beberapa tempat. Ini bermakna satu pengundi boleh mengundi beberapa kali di lain-lain tempat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s