PRU-13: UMNO/BN SEPATUTNYA KALAH, tetapi …

PRU-13: UMNO/BN SEPATUTNYA KALAH, tetapi akan membuat satu penipuan yang paling hebat dalam sejarah PRU untuk kekal berkuasa.

Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan ‘kelabu’”, kata Profesor Emeritus Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Baca seterusnya di sini.Tetapi ada pihak menyanggah(baca di sini) pendapat Prof.Shamsul, tetapi apa gunanya kalau UMNO/BN tetap akan menipu untuk menang!

Segala usaha telah dijalankan oleh UMNO untuk menang tetapi dengan cara menipu;  dengan menggunakan segala jentera kerajaan dan swasta berkaitan dengan kerajaan (GLC) untuk mencapai kemenangan di PRU-13 kali ini.

Najib telahpun menyatakan secara terbuka bahawa “ menang dengan apa cara sekali pun” di Selangor. Baca di sini.

Muhyiddin juga telah menyatakan “hidup mati UMNO/BN’. Baca di sini

Sebagai permulaan Najib telahpun memastikan kerusi beliau di Pekan selamat dengan menambah pengundi sebanyak 18,000 orang. Baca di sini

Peranan SPR dan tiada pemerhati asing semasa PRU

UMNO juga telah memberi peruntukan  sebanyak RM 405 juta (baca di sini) dan mandat kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk sedaya upaya membantu kemenangan UMNO/BN di kerusi-kerusi strategik seperti berikut;-

  1.  mengubah kawasan mengundi dan mengubahsuai sempadan kawasan atau memecahkan kawasan supaya jumlah pengundi akan memihak kepada UMNO/BN
  2. menyediakan pengundi di  mana pemimpin-pemimpin UMNO/BN bertanding
  3.  menambah pengundi di mana parti pembangkang menang  dengan majoriti tipis
  4. menambah pengundi di negeri yang UMNO/BN tewas, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan
  5. kurangkan tumpuan di Pulau Pinang kerana sukar untuk menang dan kerja yang sia-sia, Sarawak dan Sabah yang UMNO/BN pasti menang dengan mudah.

SPR akan menggunakan semua undi pos, pengundi hantu dan pendatang asing yang telah diberi kewarganegaraan segera.Baca di sini.

SPR juga sengaja tidak mahu membersihkan senarai pemilih dari pengundi hantu walaupun sudah diberi masa beberapa tahun lamanya, supaya UMNO/BN menang dan menegaskan pengundi hantu pun layak mengundi. Baca di sini.

Sebab itulah UMNO/BN tidak membenarkan pemerhati asing datang untuk memantau proses pilihanraya di Malaysia dengan alasan tidak mahu campur-tangan asing bagi menentukan demokrasi di negara ini, walhal mereka hanya bertugas sebagai pemerhati. Tugas pemerhati adalah untuk mengesahkan dan memberi kredibiliti kepada pihak yang menang.

Ini bermakna, jikalau UMNO/BN menang, dan disaksikan pemerhati, maka tiada pihak boleh mempertikaikan kemenangan tersebut. Tanpa pemerhati semua pihak boleh menuduh UMNO/BN menipu.

Olehkerana UMNO/BN memang secara menipu, maka mereka takut pemerhati akan dapat mengesan taktik penipuan yang UMNO/BN lakukan dan megesahkannya.

UMNO gunakan propaganda dan sokongan pihak-pihak tertentu

Media massa, elektronik, televisyen, internet, radio dan semua saluran digunakan juga untuk menyebarkan propaganda UMNO/BN setiap hari dan setiap masa. Video klip tentang pencapaian kerajaan UMNO/BN sentiasa disiarkan. Kelemahan-kelemahan pembangkang dan fitnah-fitnah sentiasa ditaburkan supaya rakyat membenci kepada pembangkang. Isu-isu semasa diputar-belitkan supaya rakyat marah dan mual dengan pembangkang.

Pegawai tinggi kerajaan digunakan untuk mengugut kakitangan awam supaya mengundi UMNO/BN. Baca di sini.Mereka yang berpengaruh di universiti juga digunakan untuk memastikan mahasiswa menyebelahi UMNO/BN. Baca di sini. Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai tinggi aggota keselamatan juga diamanahkan untk bersekongkol sama bagi memberi kemenangan kepada UMNO/BN. Baca di sini.

Syarikat-syarikat kroni akan menyediakan sumber kewangan yang diperlukan untuk setiap kerusi yang ditandingi.Dana dari luar negara juga akan didapati dengan imbuhan dari projek-projek mega ynag dibuka diperingkat antarabangsa. Baca di sini.

Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERKASA,  PEKIDA dan persatuan seni mempertahankan diri, kelab-kelab sosial dan lain-lain badan yang dapat peruntukan dari kerajaan akan juga digunakan bagi membantu UMNO/BN menang.

Memaksa rakyat mengundi UMNO

UMNO/BN juga terus menerus membeli undi dengan segala skim bantuan kepada rakyat. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah berpuluh-puluh tahun menyalurkan bantuan dan dengan licik rakyat tersebut akan pasti terhutang budi kepada UMNO/BN.

Untuk menjamin sokongan mereka, UMNO akan meyemak senarai nama dan merujuk kepada kertas undi berkenaan dan pasti dapat disahkan mereka memberi undi kepada UMNO/BN atau pembangkang. Baca di sini untuk memahami muslihat SPR dan bagaimana hendak mengelak kertas undi kita dari dikesan.

Setelah diketahui, pengundi berkenaan tidak akan diberi bantuan dan hanya setelah menyatakan taat setia untuk menyokong UMNO/BN barulah bantuan seterusnya diberikan.

Taktik begini tidak perlu dilakukan secara menyeluruh, cukup untuk memberi tauladan atau gertak kepada beberapa pengundi sehaja, maka yang lain tidak berani memangkah pembangkang.

Selain dari itu, UMNO/BN akan menyediakan lot-lot tanah dengan harga premium yang rendah. Rumah-rumah kos rendah, gerai-gerai perniagaan dan lesen-lesen tertentu akan diberi kepada mereka yang menyokong UMNO/BN. Penyokong pembangkang tidak akan dilayan. Maka ramai akan menyokong UMNO/BN kerana hendakkan peluang-peluang berkenaan. Kemudian UMNO juga akan mengambil kesempatan. Baca di sini.

Kemudahan asas seperti jalanraya, jambatan, longkang, bekalan elektrik dan air, juga telefon akan hanya disediakan kepada kampong-kampung dan ceruk rantau yang menyokong UMNO/BN dan penyokong pembangkang akan diabaikan.Baca di sini dan sini.

UMNO terus-menerus menipu rakyat; beri sikit ambil balik banyak; dulu, kini dan selamanya

Najib menggunakan BR1M, PRiMA, KR1M, KK1M , Ki1M dan segala jenis sogokan untuk membeli undi.

Terakhir sekali Budget 2013 juga digunakan hanya sebagai strategi untuk menyenangkan rakyat dan akhirnya setiap rakyat terpaksa membayar balik segala yang yang telah ditaburkan, subsidi yang dikekalkan, cukai yang diringankan, tol yang dibatalkan dengan mengenakan GST setelah UMNO/BN menang di PRU-13 kelak.

Inilah apa yang terjadi pada 5hb Mei 2013 ; http://www.sarawakreport.org/2013/05/caught-on-camera-bns-hatchet-faced-vote-buyers/

Artikal berkaitan;

  1. UMNO has always cheated in elections
  2. Peranan SPR yang dipertikaikan – Bahagain 1
  3. Peranan SPR yang dipertikaikan – Bahagian 2
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s